tahun ni, saya dan adik-beradik menyambut ramadhan ke-6 tanpa insan yg kami panggil mak.
tiap kali bersahur, berbuka dan bertarawikh, saya pasti teringatkan mak. masa kami kecik2, maklah yg paling bz dlm bulan ramadhan. mak akan pastikan lauk-pauk untuk berbuka menyelerakan & menepati selera ayah dan kami adik-beradik. mak pasti melayan segala wish list kami. even kalau ayah tiba2 bawa masuk dapur aym kampung yg baru disembelih pada time2 dah dekat berbuka pon, mak takkan merungut. mak akan cuba masak aym kampung tu as lauk sahur tanpa banyak soal. dan yg pasti, menu berbuka dan bersahur tak pernah sama.
biasanya mak akan masak cukup2 jer utk berbuka, then akan masak menu baru untuk bersahur supaya semua org makan dengan berselera. dan yang paling saya rindukan ketika bersahur adalah ikan keli goreng, yg panas2 gitu. lauk itulah yg slalu kejutkan kami utk bangun bersahur. hebat kan? utk berbuka, kuih muih pon jarang2 kami beli sbb mak tak suka membazir. kadang2 hujung minggu kami adik beradik buat stok popia frozen atau cek mek molek frozen utk dimakan sepanjang ramadhan. kami juga slalu request cucur udang dari kakak sulung kami sbb cucur udang dia memang best. even sampai skrg pon kalau balik kampung saya akan request kak mimi buat cucur udang bcoz she's the best!
mak akan ke pasar tiap2 hari selepas balik kerja. pasar kat rumah kami hanya walking distance, dan lauk2 basah mmg banyak dijual pada waktu petang. mak tak suka stok lauk basah banyak2 dlm freezer, katanya tak fresh. lagipon pasar dekat, so better makan lauk fresh hari2. saya kagum dengan mak, sbb walaupon kerja 8-5, mak masih punya masa utk masak untuk keluarganya setiap hari without miss. maklah idola saya bab2 masak ni.
selepas berbuka dan solat maghrib, kami adik-beradik cepat2 bersiap utk ke masjid. dulu ayah ada van, so kami semua boleh pergi terawikh di masjid. saya suka solat tepi mak, sbb mak wangi. mak tak suka berborak mcm setengah2 makcik yg sibuk bergossip dlm masjid. saya masih ingat, ada sekali tu saya tertidur masa tahyat akhir, dan mak sigung lengan saya utk kejutkan saya. he he. kalau weekend, mak ajak kami subuh di masjid sbb lepas subuh ada kuliah jumaat. ni pon saya slalu tertidur masa sujud/tahyat akhir. maklah juga yg kejutkan saya. what a sweet memory kan?
bila cuti sekolah, kami akan insist ayah untuk mengecat itu ini. dan slalunye kami akan cat grill dan pagar rumah supaya nampak berseri2 di hari raya. tapi slalunya kami cat halfway jer sbb bila dah reach tempat2 sukar, semua tanak buat. in the end, ayah juga yg kena siapkan. time cuti sekolah juga kami akan lumba2 baca quran sbb kalau khatam 1 quran, ayah dan mak akan bagi duit raya lebih rm30 dari org lain. masa tu, rm30 sgtlah besar buat kami sbb tiap2 hari pon hanya dapat 50sen. dan biasanya kami semua akan khatam 1 quran sepanjang ramadhan.
kalaulah saya dapat pergi ke masa lampau..
kalaulah saya boleh panggil 'mak' lagi..
sobbs..