Saturday, November 21, 2015

Terjebak dgn korean skincare via Althea

Tiba2 malam ni terasa nak intai blog kawan2. Dah lama sgt tak update blog sendiri or blog hopping huhu. Dan bila singgah di blog my fren farra, sgt tertarik dgn review farra mengenai korean skincare drpd online shop ALTHEA

Since dah lama bebenor tak membeli set lengkap skincare (cleanser, toner, mosturizer), maka sangatlah justify utk mencuba produk korea ini chewahh. Ada jer justification bila nak membeli kannn? hehe

Hasilnya, saya pilih 3 item ni yg mendapat good review (4-5 star) di ALTHEA:
1. Innisfree jeju volcanic mousse cleanser
2. Innisfree jeju volcanic pore toner
3. Innisfree the green tea seed serum

Kenapa pilih Innisfree? Sebab farra cakap product ni natural ingredient dan sangat sesuai utk kulit dia. Pastu tertarik nak beli di althea ni sbb rata2 org cakap harga brg di althea lebih murah berbanding beli di mall atau outlet. I cannot comment on anything yet sbb tak pernah ambil tahu pun pasal skincare korea ni hihi. Yang penting althea claim produk mereka original dari Korea.

Oklah, apa2 pun kita tunggu dulu parcel pink sampai utk further review. Aduh, harap2 althea malaysia ada stok so cepat sket boleh try huhuhu.. Tetiba je beauty concious !

Tuesday, July 14, 2015

ya Allah, permudahkanlah..

hati ini berdebar-debar menunggu makluman tarikh tersebut.. selagi tak dimaklumkan tentang tarikh tersebut, semuanya adalah kemungkinan.. banyak percaturan yang bermain di minda..

tiba2 terbaca balik entry 5 tahun lepas.. semoga hasrat dan cita2 kami termakbul.. ya Allah, permudahkanlah..

xoxo

#masihtertangguhentrysingaporeday3

Sunday, May 24, 2015

Singapore ~ Day 2

sambungan daripada entry before this.. 

hari ke-2 di Singapore memang dedicated untuk ke USS. tiket ke USS telah pun selamat dibeli 2 hari sebelumnya. it took me a few days juga nak decide samada nak beli tiket daripada official website atau melalui agent. selepas membuat perbandingan kos serta mengambilkira penjimatan, akhirnya tiket dibeli melalui agent. harga yg ditawarkan agent utk 2 tiket dewasa & 2 tiket kanak-kanak adalah RM570 (2xRM155 + 2xRM130). kami juga menambah express pass utk setiap seorang, so tambah lagi RM400 (4xRM100). so in total harga tiket kami adalah RM970. risau juga dgn risiko yg diambil tetapi selepas baca banyak testimoni, hati yakin dgn keputusan yg dibuat. Alhamdulillah kesemua tiket dan express pass diterima melalui email sehari sebelum bertolak.. risau den.. huhu

Day 2 - 1 May 15

7.00am    :   kami bangun awal pagi, semuanya bersemangat nak ke USS. actually pergi awal ke USS adalah salah satu tips (Tips #1) utk mengelak daripada crowd yg semestinya ramai especially pada cuti umum macam Labour Day

8.30am    :   selepas makan alas perut di hotel & pack sandwich sebagai bekalan, kami menaiki MRT di Dhoby Ghaut station untuk ke Harbour Town station. tak perlu transit2, hanya 1 line sahaja. di Harbour Town station, kami board train Sentosa Express di station VivoCity untuk ke Sentosa Island. actually nak ke Sentosa Island ada banyak cara; by car, bus, train or cable car. we chose train sebab murah. harga tiket per entry ke Sentosa Island adalah SGD4/seorang, boleh round the whole island using same ticket

9.00am    :   turun di 1st station di Sentosa Island iaitu Waterfront station di mana terletaknya USS. follow jer crowd menuju ke mana, sebab pastinya semua nak ke USS. since gate USS belum buka (open at 10am), kami bergambar dulu di landmark paling tersohor USS sementara orang tak ramai. then, ternampak Malaysian Food Street foodcourt just besides USS entrance. since lama juga nak menunggu USS, rasanya lebih afdal utk isi perut terlebih dahulu. dalam banyak2 gerai kat foodcourt ni, hanya ada 2 gerai halal; 1 selling roti canai & briyani and another 1 selling nasi lemak & mi goreng. we had 2 nasi lemak & 2 roti canai for breakfast utk seisi keluarga. sedap sgt rasa, maybe sbb dah rindu nasi lemak KL hehe. sepinggan nasi lemak dengan ayam harganya SGD6, not bad la kan.. tipsnya - jangan convert :P (Tips #2) 

post wajib!
Malaysian Food Street
love the ambiance in here
9.45am    :   kami mula beratur di express lane bersama dgn crowd yang semakin ramai. syukur sangat dah beli tiket online (Tips #3) sbb tak perlu Q utk beli tiket.. dengan 2 anak kecil, memang terasa sgt penting to get ready in such way


10.00am   :   akhirnya gate dibuka yeehaa! apa lagi, kaki laju menapak masuk dan terus menuju ke Sci-Fi City. memang dah study & baca tips2 di internet suruh prioritize semua rides yg best2 (Tips #4) . kali ni sebab dah bayar mahal, semua orang dipaksa naik semua ride hehe. barulah berbaloi. 1st ride kami adalah Transformer. since we came in 6 (2 adult, 2 kids, 1 small kid & 1 baby), so kenalah take turn utk naik rides. Hb partner dgn Faris & me partner with Aisya. Imran & Maryam mmg tak boleh naik most of the rides (especially Maryam). the best part is using express pass (Tips #5), langsung tak perlu Q panjang. kalau kena Q pun, dalam 5-10min sahaja. memang berbaloi baloi..








to cut short the story, these are the rides yang kami naik:

  1. Transformer Ride
  2. Accelerator (small kids allowed)
  3. Revenge of The Mummy
  4. Treasure Hunters (small kids allowed)
  5. Jurasic Park Rapid Adventure
  6. Dino-Soarin
  7. King Julien's Beach Party-Go-Round
  8. Shrek 4-D Adventure
  9. Puss-In-Boots
  10. Magic Potion Spin (small kids & babies allowed)
  11. Sesame Street Spaghetti Space Chase
  12. Sesame Street Stage Shows ~ When I Grow Up

rasanya tu jer kot. tak sempat nak tgk Waterworld stunt, naik Canopy Flyer, tgk Lights Camera Action show, tgk stage shows or bergambar dgn characters sbb orang semakin ramai bila dah semakin petang. timing banyak yg clash, mmg sengaja kot diorang buat mcm tu supaya org datang lagi lain kali. bila dah petang, kids pun dah start cranky sebab cuaca panas sgt dan kaki dah lenguh. so this is the time kami bergambar di sekeliling USS. bergambar pun dah takde mood sebenarnya hehe. through put the day, kami just break for solat, makan & toilet sahaja. untuk makan agak murah, kami keluar ke Malaysian Food Street foodcourt sebab harganya half daripada harga food dalam USS (Tips #6) masa nak keluar, cakap je nak re-enter dekat gatekeepers tu, nanti diorang akan cop tangan kita. nak masuk nanti dia just check balik cop tu. not much hassle pun

6.00pm    :   we decided to go back. before that, kami pergi jalan2 kat waterfront ada fountain and orang lepak2. dari jauh nampak kapal Star Cruise yang femes itu berlabuh. then kami bergerak ke station Waterfront utk pulang. terkejut tgk orang raaaamai sangat tgh Q nak balik. terasa ralat sebab tak gerak balik awal sikit (Tips #7). but Alhamdulillah, since kami bawa anak2 kecil, Allah permudahkan urusan dan tak perlu Q lama sangat

7.30pm   :   sampai di Dhoby Ghaut station, mula2 niat nak balik hotel dulu & keluar dinner later. tapi badan dah letih sangat2 & kaki rasa nak tercabut. so kami decide utk terus dinner before balik ke hotel. we had KFC, sambil gilir2 manage anak2. hubby just tapau KFC balik sbb dah tak larat sangat2 & anak2 dah tak mampu nak bekerjasama hehe

sampai je bilik hotel, semua dikerah utk mandi & solat.. then chit chat sambil tgk tv, reminisce balik ride2 yang best tadi.. tup2 semua dah tertidur kepenatan.. Alhamdulillah, another day well spent. so, tinggal sehari jer lagi cuti2 Singapore.. bersambung later :P 

Monday, May 18, 2015

Kali pertama ke Singapore ~ Day 1

End April lepas menandakan percutian pertama kami ke Singapore. Ianya bersempena dengan cuti panjang 5 hari; company force leave + cuti hari pekerja + cuti hujung minggu + cuti ganti hari wesak. Kami membuat keputusan untuk menaiki flight kerana ianya percutian 3 hari 2 malam sahaja dan dijangkakan Johor dan Singapore akan sesak pada hujung minggu tersebut. Itinerary percutian kali ini agak ringkas kerana ada nangoi-nangoi yang masih kecil.. :) 1-2 minggu sebelum ke Singapore persiapan telah dimulakan dengan membeli tiket flight dan membuat tempahan bilik hotel. lokasi hotel juga diambil kira supaya senang untuk bergerak ulang alik dari hotel ke public transport terdekat. Plus, once dah sampai sana nanti tak buang masa nak google tempat mana nak visit & hal ehwal transportation.. so let's start with Day-1..

Day 1 - 30 Apr 15

930am   :    bertolak ke Putrajaya Sentral untuk park kereta. Setengah jam kami mencari parking berbumbung tetapi tak berhasil (RM4/day). So kami decide utk park shj di parking uncovered dan tawakkal kepada Allah (FREE)

1100am   :   naik ERL ke KLIA2 (info: harga tiket Putrajaya Sentral - KLIA2 = RM6.20 (dewasa) & RM3 (kanak-kanak)). Sampai sahaja di KLIA2, kami withdraw some cash, beli bekal makanan & terus ke departure gate sebab dah ambat

0100pm   :   flight AA berlepas dari KLIA2 agak lewat dari masa yang sepatutnya. anak2 tidur sahaja di dalam flight kerana penat berkejaran. perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam

0200pm   :   tiba di Changi Airport. selesai urusan cop-mengecop passport, beli EZlink card (macam TnGo) yang  dijual pada harga SGD12 (nilai credit SGD7 & harga kad SGD5 non-refundable)


0300pm   :   naik bas no. 36 ke Orchard Road. perjalanan mengambil masa almost sejam (39 stops). basnya efisyen cuma stop yg banyak agak tidak best. cuma ada satu kelebihan menggunakan bas, bus stop terletak betul2 di hadapan hotel :)

0400pm   :   tiba di Concorde Hotel yang saya book di www.booking.com. selesai check in hotel, kami makan stok maggi yg dibawa untuk alas perut, solat, mandi dan berehat. imran happy dpt berendam dlm bath tub main bubbles :P 

0630pm   :   naik bas no. 7 menuju ke Zam Zam Restaurant yang terletak berdekatan Arab Street dan Sultan Mosque. cuaca gelap dan hujan renyai2. Alhamdulillah tak sesat & kenyang dapat menjamu selera dengan Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam yg glemer itu.. rating saya bagi 3/5 sebab Briyani Kapitan masih pujaan hati saya hihi


0800pm   :   selesai dinner, kami berjalan kaki ke Bugis MRT station utk ke Marina Bay Sands. hajat di hati nak tgk Wonder Full light and water show di Event Plaza. utk ke sana, kami turun di Bayfront MRT station (opposite tempat yang dituju)


0930pm   :   show Wonder Full bermula. walaupun hujan renyai2, kami dapat port yang best sbb masa sampai, orang masih tak ramai. Alhamdulillah, the kids enjoyed the show very much, itu yang paling penting pun


1030pm   :   balik ke hotel, this time naik MRT dari Bayfront MRT station dan turun di Dhoby Ghaut station. dari Dhoby Ghaut station, perlu berjalan dalam 400mtr utk sampai ke hotel.. tak jauh pun, dalam 10min jalan santai-santai

Tamat sudah Day-1 di Singapore.. not much done sebab flight delay, tetapi yang penting semua pun happy.. bilik hotel juga luas dan sgt selesa, Alhamdulillah, sesuai untuk kami yang ramai umat ni :) 

bersambung... (kisah Day-2 ke USS dengan tiket murah & express pass)

Monday, May 11, 2015

Selepas 2 tahun berhibernasi

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur olehNya. Secara jujur, I really miss this space. Tetapi masa sangat mencemburui, so ini adalah coretan pertama setelah 2 tahun menyepi. 

Lagi sekali, sepi yang ada hasil hehe :) Alhamdulillah Allah telah anugerahkan keluarga kami dengan seorang lagi ahli baru, Maryam Azzahra. Saya melalui caesarean kali ke-4 pada 21 Februari 2014 ketika usia kandungan 37 minggu. Berat kelahiran hanya 2.96kg, lebih kurang berat abangnya Imran yang lahir pada usia 37 minggu juga.. memang saya nak deliver cepat2 hihi :P

Sedikit catatan untuk ingatan ~ pregnancy yang ke-4 ini saya diuji dengan eczema yang sangat teruk. Tak dapat jamah semua jenis makanan laut, belacan dan sesetengah jenis ikan. Jika tersilap makan, terpaksalah berhadapan dengan akibat yang sangat meruntun jiwa. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Doktor hanya cadangkan losyen2 non-steroid untuk mengurangkan keradangan. Teman baik saya ketika itu adalah minyak zaitun;  perlu dilumur ke seluruh badan setiap pagi dan malam bagi mengelak diri daripada menggaru. Sejurus selepas melahirkan Maryam, 95% eczema tersebut hilang serta-merta. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Amat besar kekuasaan Allah..
Lahirnya Maryam Azzahra pada 21 Feb 2014
Hari Raya pertama Maryam di usia 5 bulan
Maryam genap setahun. Imran pula nak masuk 3 tahun

Sekarang usia maryam sudah 1 tahun 2 bulan. Buah hati mama masih belum berjalan, takut barangkali. Insya Allah, banyak lagi yang hendak dicoret di sini. Semoga Allah beri sedikit kelapangan masa untuk catatan peribadi ini.. 

Wallahualam... xoxo