Monday, May 18, 2015

Kali pertama ke Singapore ~ Day 1

End April lepas menandakan percutian pertama kami ke Singapore. Ianya bersempena dengan cuti panjang 5 hari; company force leave + cuti hari pekerja + cuti hujung minggu + cuti ganti hari wesak. Kami membuat keputusan untuk menaiki flight kerana ianya percutian 3 hari 2 malam sahaja dan dijangkakan Johor dan Singapore akan sesak pada hujung minggu tersebut. Itinerary percutian kali ini agak ringkas kerana ada nangoi-nangoi yang masih kecil.. :) 1-2 minggu sebelum ke Singapore persiapan telah dimulakan dengan membeli tiket flight dan membuat tempahan bilik hotel. lokasi hotel juga diambil kira supaya senang untuk bergerak ulang alik dari hotel ke public transport terdekat. Plus, once dah sampai sana nanti tak buang masa nak google tempat mana nak visit & hal ehwal transportation.. so let's start with Day-1..

Day 1 - 30 Apr 15

930am   :    bertolak ke Putrajaya Sentral untuk park kereta. Setengah jam kami mencari parking berbumbung tetapi tak berhasil (RM4/day). So kami decide utk park shj di parking uncovered dan tawakkal kepada Allah (FREE)

1100am   :   naik ERL ke KLIA2 (info: harga tiket Putrajaya Sentral - KLIA2 = RM6.20 (dewasa) & RM3 (kanak-kanak)). Sampai sahaja di KLIA2, kami withdraw some cash, beli bekal makanan & terus ke departure gate sebab dah ambat

0100pm   :   flight AA berlepas dari KLIA2 agak lewat dari masa yang sepatutnya. anak2 tidur sahaja di dalam flight kerana penat berkejaran. perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam

0200pm   :   tiba di Changi Airport. selesai urusan cop-mengecop passport, beli EZlink card (macam TnGo) yang  dijual pada harga SGD12 (nilai credit SGD7 & harga kad SGD5 non-refundable)


0300pm   :   naik bas no. 36 ke Orchard Road. perjalanan mengambil masa almost sejam (39 stops). basnya efisyen cuma stop yg banyak agak tidak best. cuma ada satu kelebihan menggunakan bas, bus stop terletak betul2 di hadapan hotel :)

0400pm   :   tiba di Concorde Hotel yang saya book di www.booking.com. selesai check in hotel, kami makan stok maggi yg dibawa untuk alas perut, solat, mandi dan berehat. imran happy dpt berendam dlm bath tub main bubbles :P 

0630pm   :   naik bas no. 7 menuju ke Zam Zam Restaurant yang terletak berdekatan Arab Street dan Sultan Mosque. cuaca gelap dan hujan renyai2. Alhamdulillah tak sesat & kenyang dapat menjamu selera dengan Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam yg glemer itu.. rating saya bagi 3/5 sebab Briyani Kapitan masih pujaan hati saya hihi


0800pm   :   selesai dinner, kami berjalan kaki ke Bugis MRT station utk ke Marina Bay Sands. hajat di hati nak tgk Wonder Full light and water show di Event Plaza. utk ke sana, kami turun di Bayfront MRT station (opposite tempat yang dituju)


0930pm   :   show Wonder Full bermula. walaupun hujan renyai2, kami dapat port yang best sbb masa sampai, orang masih tak ramai. Alhamdulillah, the kids enjoyed the show very much, itu yang paling penting pun


1030pm   :   balik ke hotel, this time naik MRT dari Bayfront MRT station dan turun di Dhoby Ghaut station. dari Dhoby Ghaut station, perlu berjalan dalam 400mtr utk sampai ke hotel.. tak jauh pun, dalam 10min jalan santai-santai

Tamat sudah Day-1 di Singapore.. not much done sebab flight delay, tetapi yang penting semua pun happy.. bilik hotel juga luas dan sgt selesa, Alhamdulillah, sesuai untuk kami yang ramai umat ni :) 

bersambung... (kisah Day-2 ke USS dengan tiket murah & express pass)

No comments: