Friday, June 25, 2010

sangat tidak sabar

lagi 2 hari saya akan bebas dari semua assignment yg sgt2 menggugat jiwa raga selama almost 1yr. sgt2 tak sabar ok. i'm trying hard to finish the last assignment with full blast effort. hopefully resultnye nanti worth the effort.

nampaknya, selasa depan bolehla menjengah ke bicester village sbg reward kpd diri sendiri.. hmm, nak beli apa ye? or maybe ke stoke-on-trent menambah pinggan mangkuk maybe.. dah kena mula berangan ni..

Thursday, June 24, 2010

tah pape jer

lately nih asyik mood swing jek. nak kata malas, mcm rajin. kekadang rasa nak cakap banyak2, tapi ada time nak bercakap pon malas. rasa cam nak sunbathing pon ada. tapi tobat hitam legam. tah pape je.

oleh yg demikian, walaupun summer, nak tempek gak background snow ni. saja nak bagi cool sket. macam miss plak kat encik snow. tahun ni nampaknya takde can nak jumpe encik snow lagi. sedih ok, snowman tak sempat bikin pong :( tula padan muka. time winter dok nyorok dalam duvet siapa suruh?

oklah. tah pape jer membebel..

excuses..

bile bosan buat essay assignment, inilah akibatnya.. it always happen ok, like every week gitu.. habisla my kchiinggg!!!

Wednesday, June 09, 2010

it's summer!

but it's raining, almost daily. ingatkan bleh gi park hari2..
niat nak jogging selang sehari mcm kabur jek (haha <--- alasan!)

anyway still rasa happy sbb dah summer. bye2 all the thick, heavy coats (hate it!)
and that's why i changed my skin! i'm feeling 'summer' now!! :)

Monday, June 07, 2010

semput

huh.. semput ok siapkan assignment yg ke 8 daripada 9. tak tidur cukup 24 jam. kalau takde dateline, sure tak siap lagi assignment ni. hahaha teruks (sgt teruks ok!)

mcm tak caya je, dah nak habis 1yr dah kat sini. sure miss gile cuti setahun yg best takyah pk keje ni. hehehe.. lagi 1 assignment kena siap before end next week. then vamonos ke wales. cuti2 caravan. (sian aisya tak ke mana pon school break 1 week. sori ye sayang, mama bz)

hmm.. mana nak pegi lepas ni ek? europe belum jejak lagi ni. asyik jln dlm uk jek. paris ke italy dulu ek? (sambil tangan menyeluk saku yg kosong huhuhu)

Saturday, June 05, 2010

roti jala + kari ayam

tak tahula kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak makan mcm2. pregnant ke? hahaha.. rasanya tidak. maybe sebab stress dengan assignment and project kot. apa lagi, asyik nak makan jer rasa.

so smlm saya decide to study at home, usually saya pergi faculty and study with friends. but since hari Jumaat kena jaga budak2 masa hubby gi solat, so rasa mcm nak stay-in jer the whole day.

hasilnya, lunch saya buat roti jala & kari ayam. tak plan pun. just tiba2 teringin (susah betul kes teringin ni). ni nak share recipe sbb saya rasa mcm recipe ni sgt simple and yet, menjadi. courtesy by kak marjan, a friend of mine..


(gambar courtesy dari internet)
bahan2:
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar minyak sapi (optional)

* utk bancuhan di atas, saya dapat 40 ketul roti jala. kalau nak lebih, sila gandakan qty bahan2 tersebut

steps:
1) masukkan semua bahan di atas dlm blender & blend hingga sebati
2) sieve bancuhan tepung incase ada ketulan tepung (optional)
3) bancuhan ready utk proses mengirai

tips:
1) saya guna nonstick pan yg sgt best. so setitik minyak pun tak perlu. kalau pakai hot plate biasa, maybe perlu leserkan minyak before mengirai adunan
2) saya guna acuan roti jala yg plastik colour kuning tu (ada colour lain tak?). rasanya kalau nak jala yg lebih halus, kena guna acuan tembaga kot (tak sure logam apa)


utk kari ayam, saya guna curry paste Pataks jer sbb malas (gambar di atas). lagipun curry paste ni tak pedas sangat, so budak2 boleh makan. kalau rempah kari pakistan, mau nangis budak2 makan. cara nak buatnya sgt2 simple & cepat.

bahan2:
1/4 jar Pataks Vindaloo curry paste
1 biji bawang besar (dihiris)
4-5 helain daun kari
6-7 ketul ayam
1 sudu besar pes tomato atau 1 biji tomato didadu (optional)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
minyak utk menumis

steps:
1) panaskan minyak. tumis bawang and daun kari
2) masukkan Pataks curry paste dan ayam. gaulkan hingga ayam berpalut dgn curry paste
3) biarkan sekejap hingga ayam agak kecut (api perlahan)
4) masukkan tomato/pes, santan, then air
5) perasakan garam and biarkan mendidih
6) bila dah mendidih, perlahankan api sehingga kari pecah minyak
7) tutup api and siap! boleh tabur hirisan daun coriander kalau mahu

alhamdulillah.. anak2 & hubby suka sgt sampaikan berebut makan. haruslah buat lagi banyak next time. sampaikan si faris masuk dapur berkali2 minta "nak lagi.." so, tak sempat nak ambil gambar pun untuk tempek kat sini. sorryla yer gambar pinjam..