Tuesday, December 15, 2009

puasa 'update'

lamerrrrrrrrrrrrrrr sangat tak update blog nih. feel sorry utk diri sendiri, huhu. i'm bz dgn mcm2 ok. just want to update some pictures of the loved ones. semenjak diorang sampai dah tak berupdate langsung. almaklumla kan. dah takyah rindu2. hehe

so far aisya dah masuk school, faris stay rumah dgn papa dia. aisya is doing great! alhamdulillah senang nak settle down kat sekolah. but unluckily nyer dia kena masuk foundation class sbb dia lahir 31st oct. kelas kat sini semua start early september. so kiranya aisya ni budak tua dlm kelas dia la. mostly budak2 4 yrs +, dia 5yrs +. blaja maths pon baru kira numbers sampai 10. so, papa dia kena pulun sketla buat kelas tambahan kat rumah. but tidakla memaksa dia utk blaja pon. yg penting dia enjoy pegi sekolah. :)

ok. itu saja update kali ini. ada assignment perlu dibuat. bila la boleh gi jalan2. sedih2. insyaallah next week cuti krismas nak ke manchester rumah yat & beny. enjoy!


at transport museum, coventry

aisya's 1st day to school


faris 1st day sending kakak to school


outing by bus.. sian diorang, sejuk


faris wif favorite sis Mariam


Aisya & friends (adik2) at jamuan hari raya korban

faris & papa dia

aisya & our 'new' cute ride

aisya pose for aunty2 di malaysia

aisya wif her "writing cup"

piasa pusingan ni, esok nak kena pulangkan

aisya ready to school, posing in our kitchen
cheers!

Friday, October 23, 2009

gerammm..

dah lama tak update sini. nak kata bz tak sgt, bz jalan & shopping jela kot. kelas next week baru start. supposedly dah kena cari tajuk project but tak buat pape lagi. takutnye, tapi takde mood lagi sbb masih tak settle down betul2 lagi (alasan). hoho

actually tgh geram kat satu agent rumah ni. rumah dah elok2 booked with booking fees pon bleh bagi kat org. dia cakap landlord yg sewakan. geram betul. rasa mcm diperkotak-katik je. i know i'm not white but i'm still a human & i've got feelings too ok. sejak sampai uk saya tak rasa pon mcm nak nangis sbb homesick or whatnots, but smlm lepas agent tu bagitahu rumah dah tak ada, terus berderai airmata. my hubby & kiddos are coming lagi 2 weeks and i have no shelter for them yet. rasa hopeless sangat. and rasa cam nak gugur jantung macik. sbb tula org cakap "kita hanya merancang"...

bila pk balik, maybe ni dugaan or maybe ni balasan. bila duduk negeri org, terasa kerdil sgt diri ni. maybe masa kat malaysia semuanya ambil mudah sbb semuanya senang, semuanya mewah. bab bersyukur pon ambil mudah. maybe Allah nak tunjuk, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. ya Allah, takutnya saya. kak balkis suruh saya sabar & redha. mungkin rumah tu bukan terbaik utk saya & family. kebetulan smlm ada newspaper free, so kak balkis terus belek newspaper column house to rent. and suprisingly, tetiba jumpa iklan rumah yg 1st skali kitorang view awal bulan hari tu. rumah tu patutnya dah let by tapi tetiba available balik. heran. mungkin ni jodoh utk saya? mungkin kan?

cepat2 kak balkis call house agent (yg lain) minta viewing. and cepat pula dapat feedback, terus boleh view ptg smlm juga. slalu2nya susah nak schedule appointment dgn mereka2 ni. since i dont have much choice, eventhough mahal sedikit if compared to the size, i really feel i need to take this house. so pagi tadi, awal2 pagi lagi kak balkis & me pegi town office house agent tu. fuhh, alhamdulillah takde org grab lagi. i pay the booking fees and pray hard hoping that the credit check process wont take long & succeed. takutnya saya ya Allah. semoga Kau permudahkan segala urusan hambamu ini. ameen.

moral of the story, kita hanya mampu merancang, Allah juga yg menentukan segala perjalanan & keputusan dlm hidup kita ni. so, jgnlah kita lupa, alpa, riak & sombong dgn apa yg kita ada. ada masa kita di atas, and ada masa kita boleh tersungkur. beringat2lah ye..

p/s: tahniah to my ex hosmet yg khabarnya sudah conceive lagi.. jaga diri baik2 ok? :)

p/s2: sekadar gambar hiasan penyejuk hati.

Wednesday, October 14, 2009

hujan emas di negeri orang..

hari ni masuk hari ke-14 saya di bumi org putih ini. it means dah 2 minggu saya kesejukan kat sini. huhu. autumn is beautiful i must say, but it's quite chilling too. harap2 saya get used to this chillingness a.s.a.p. oh ye, saya masih menumpang di rumah kak balkis. sgt2 terhutang budi dgn dia, rasanya tak terbalas budi baik dia. thanks yer kak balkis, semoga Allah membalas budi baik kak balkis sekeluarga dengan balasan yg terbaik!

ramai kwn2 tanya, saya dah settle down ke belum. saya jawab belum sepenuhnya. yg dah settle hanyalah buka bank account, register course dan booking rumah. yg belum settle masih berjela2; duit elaun belum dapat, kereta belum beli, rumah belum boleh masuk & family belum boleh datang. and banyak lagi kot.

the most miserable part is hubby & kiddos yg sepatutnya datang on 16 Oct kena reschedule ke 6 Nov, gara2 susah nak dapat rumah yg dekat dgn uni. biarlah apa org cakap, memilih or whatsoever, saya tetap nak rumah dekat dgn uni sbb niat saya nak blaja dan kelas saya 9am - 630pm 5 hari seminggu on selected weeks, and saya ada anak2 & hubby yg perlu diisi perut mereka. plus saya tak boleh datang lewat ke kelas, so punctuality is very crucial. furthermore, kelas saya hanya 20 org. mmg tersangatlah obvious kalau datang lewat, penaltynya pula, either deduct 3 marks atau tak boleh masuk kelas langsung!

alhamdulillah, the house yg saya delisted awal2 rupa2nya yg itulah yg paling saya berkenan, furnished, 10mins walk to Tesco dan 20mins walk to faculty. and that house hanya boleh masuk early november. hopefully tak ada masalah dgn application. Ya Allah, mudahkanlan urusan hambamu ini. and utk keselesaan hubby & anak2, saya minta hubby tunda flight date diorang sbb better bersusah2 di tempat sendiri drpd di tempat org. it won't be that easy, huhu (sila rujuk tajuk).

saya harap once hubby & anak2 sampai, saya kembali ceria inside out. hari2 saya rindukan mereka, nasib baik kak balkis ada ramai anak yg buatkan hari2 saya tak sunyi. if not, mau saya nangis hari2 kat sini. keluar air mata beku la jawabnya.

oklah, gtg. hope i will blog again soon!

Tuesday, October 06, 2009

saya rindu mereka..





my 1st day to school

hari ini hari pertama saya ke sekolah utk mendengar taklimat. kelas belum bermula, so kami masih boleh relax2. cuaca baik, tak sejuk & tak panas. just the way i love it.

dlm faculty WMG saya, dlm ramai2 org yg ambik MSC tu, hanya saya & cik Zamie yg bertudung. bila saya katakan hanya kami bertudung, saya bukan maksudkan hanya kami yg islam. mungkin ramai yg islam, tapi yg pastinya hanya kami berdua bertudung dan hanya kami melayu dari Malaysia. tak tahulah kalau2 ada lelaki melayu yg kami tak nampak. bayangkan, tahun lepas hanya cik Mar sahaja yg dari Malaysia dlm coursenya. unik kan?

harapan kami, tahun2 akan datang akan berlipat ganda warga Malaysia seperti kami di sini. harapan saya, agar saya dapat belajar bersungguh2 di sini utk menimba ilmu. semoga Allah permudahkan perjalanan saya. ameen.

Saturday, October 03, 2009

alhamdulillah i arrived safely..

today is the 3rd day i'm in canley, coventry. i don't how to express my utmost gratitude to kak balkis, she's the one who's taken care of me since my arrival here. with her 6 kids around (imagine that), i really feel at home. thanks to mar too, who's helped me & zamie settling down, assist us in university registration, opening bank account, collecting our student id, shopping and the list goes on.

so far, i'm still adjusting my hearing to how the local people speak. sometimes quite susah nak faham coz some people speak very fast and some have their slang. but forget about that, i'm sure i'll get used to it sooner or later. never fear to speak up kan?

actually tak tahu nak tulis apa coz takleh nak berfikir dengan aman, anak2 kak balkis tgh havoc kat blakang ni. hehe. looking at the kids make me missed my kids sooooooo much!! :( ever since i reached here, tak sempat nak cakap phone dgn diorang lagi. tapi dgn hubby of course dahla. itu wajib. rindu sgt aisya & faris, memang saya takkan tahan dok sini for 1 year without them around. tak sabar nak fetch diorang mid oct nanti. hopefully i've settled in by then.

as of now, i need to concentrate on searching for a home to live in. i need a home coz i want my family to feel at home when they arrive here. tanaklah diorang rasa tak best nanti. i like rumah kak balkis but it's too big for our family of 4. besides i can save some money if i go for a smaller house. i've decided to get a house very near to uni & school so that i could walk to uni and hubby could walk aisya to/fro school every day. food shouldn't be much a problem here. tesco is very near and they have loads of halal meat and other foods too. kedai paki pon not far from here. mcm2 ada, even yg tak penah jumpa kat malaysia pon ada kat sini. the most important, the food here is very cheap. and that's my greatest fear!! hahaha

and here's some pictures i've taken since i arrived here. the weather is sooooo cold that i need to wear 3 clothes at a time..

wif zamie, baru lepas register kat uni..


it's a bright sunny day but gile sejuks!

tgh scout for house with zamie..

with kak balkis yg budiman..

with mar yg budiman juga..
will blog again very soon!

Sunday, August 23, 2009

saya rindu...

tahun ni, saya dan adik-beradik menyambut ramadhan ke-6 tanpa insan yg kami panggil mak.

tiap kali bersahur, berbuka dan bertarawikh, saya pasti teringatkan mak. masa kami kecik2, maklah yg paling bz dlm bulan ramadhan. mak akan pastikan lauk-pauk untuk berbuka menyelerakan & menepati selera ayah dan kami adik-beradik. mak pasti melayan segala wish list kami. even kalau ayah tiba2 bawa masuk dapur aym kampung yg baru disembelih pada time2 dah dekat berbuka pon, mak takkan merungut. mak akan cuba masak aym kampung tu as lauk sahur tanpa banyak soal. dan yg pasti, menu berbuka dan bersahur tak pernah sama.

biasanya mak akan masak cukup2 jer utk berbuka, then akan masak menu baru untuk bersahur supaya semua org makan dengan berselera. dan yang paling saya rindukan ketika bersahur adalah ikan keli goreng, yg panas2 gitu. lauk itulah yg slalu kejutkan kami utk bangun bersahur. hebat kan? utk berbuka, kuih muih pon jarang2 kami beli sbb mak tak suka membazir. kadang2 hujung minggu kami adik beradik buat stok popia frozen atau cek mek molek frozen utk dimakan sepanjang ramadhan. kami juga slalu request cucur udang dari kakak sulung kami sbb cucur udang dia memang best. even sampai skrg pon kalau balik kampung saya akan request kak mimi buat cucur udang bcoz she's the best!

mak akan ke pasar tiap2 hari selepas balik kerja. pasar kat rumah kami hanya walking distance, dan lauk2 basah mmg banyak dijual pada waktu petang. mak tak suka stok lauk basah banyak2 dlm freezer, katanya tak fresh. lagipon pasar dekat, so better makan lauk fresh hari2. saya kagum dengan mak, sbb walaupon kerja 8-5, mak masih punya masa utk masak untuk keluarganya setiap hari without miss. maklah idola saya bab2 masak ni.

selepas berbuka dan solat maghrib, kami adik-beradik cepat2 bersiap utk ke masjid. dulu ayah ada van, so kami semua boleh pergi terawikh di masjid. saya suka solat tepi mak, sbb mak wangi. mak tak suka berborak mcm setengah2 makcik yg sibuk bergossip dlm masjid. saya masih ingat, ada sekali tu saya tertidur masa tahyat akhir, dan mak sigung lengan saya utk kejutkan saya. he he. kalau weekend, mak ajak kami subuh di masjid sbb lepas subuh ada kuliah jumaat. ni pon saya slalu tertidur masa sujud/tahyat akhir. maklah juga yg kejutkan saya. what a sweet memory kan?

bila cuti sekolah, kami akan insist ayah untuk mengecat itu ini. dan slalunye kami akan cat grill dan pagar rumah supaya nampak berseri2 di hari raya. tapi slalunya kami cat halfway jer sbb bila dah reach tempat2 sukar, semua tanak buat. in the end, ayah juga yg kena siapkan. time cuti sekolah juga kami akan lumba2 baca quran sbb kalau khatam 1 quran, ayah dan mak akan bagi duit raya lebih rm30 dari org lain. masa tu, rm30 sgtlah besar buat kami sbb tiap2 hari pon hanya dapat 50sen. dan biasanya kami semua akan khatam 1 quran sepanjang ramadhan.

kalaulah saya dapat pergi ke masa lampau..

kalaulah saya boleh panggil 'mak' lagi..

sobbs..

Wednesday, August 19, 2009

Alhamdulillah.. Terima Kasih TM!

(gambar hiasan semata2 - at Hyde park, London)

2004 - saya dan hubby both dpt tajaan mara utk overseas, tapi kami tolak sbb saya mengandung anak pertama. at 6 mths pregnant, mak pergi buat selama2nya. so, itulah hikmahnya kami tak fly. kalau tak, sure tak byk spend masa dengan mak.

2006 - saya dan hubby both selected for interview utk biasiswa separuh masa YTM. tapi hubby jer berjaya. saya gagal, so hubby jer yg proceed buat EMBA. walaupon EMBA pon saya lulus interview, tapi saya decide nak jaga anak kat rumah. hikmahnya, kalau 2-2 sambung time tu, agaknya apa dah jadi kat anak2 kami.he he

2008 - saya apply biasiswa penuh luar negara YTM. alhamdulillah short-listed for interview. tapi time tu saya take for granted. uni belum apply, course pon belum decide. and worst of all, saya demam masa interview. memang kena komen pedas dari panel - kurang persediaan. at the point keluar bilik interview, saya dah agak yg saya gagal. in summary, dah 2 kali gagal dengan YTM.

2009 - saya nekad nak sambung blaja. determine course & uni mana nak further study. then at the same time apply SPC MARA. then apply Yayasan Khazanah. pendek kata, semua yg lalu depan mata saya rembat. utk MARA, alhamdulillah selected for interview. and alhamdulillah dapat tawaran. utk Khazanah, alhamdulillah selected for 1st & 2nd round. tapi setakat itu sajalah, then sodaqallahula'zhim.. oh btw, Khazanah ada 4 round. dapat ke 2nd round pon dah rasa terharu dan bertuah.

after dah nekad nak further study dgn MARA, tiba2 YTM keluar iklan biasiswa penuh luar negara dan biasiswa separa. so, apa lagi, saya yg muka tebal ni apply lagi skali dgn YTM. sampai GM pon heran kenapa banyak sgt dia kena sign. he he. right after balik dari BTN, YTM panggil untuk interview. berbekalkan sedikit sebanyak pengalaman pergi bermacam interview scholarship, haruslah saya betul2 bersedia as not to regret myself. and alhamdulillah, interview berjalan lancar, maybe sbb saya pon dah 3/4 prepared untuk ke seberang laut. tinggal visa jer belum apply.

and finally, hari ni saya terima jawapan dari YTM.. dan saya rasa nak melompat2 ke awan biru (:


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

TAHNIAH diucapkan kerana telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa Penuh Luar Negara secara sepenuh masa bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana. Kerjasama tuan/puan diperlukan bagi memberikan maklumat seperti di bawah sebelum 28 Ogos 2009 bagi penyediaan Surat Tawaran Rasmi.

Maklumat yang diperlukan adalah:

1. Unit/Bahagian:
2. Alamat Pejabat:
3. Alamat Surat Menyurat:
4. Nama dan Jawatan Pengurus Besar:
5. Kursus:
6. Institusi:

Tawaran ini berkuatkuasa mulai JULAI 2009 bagi yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana ipta/ipts (yang diiktiraf oleh TM).

Sila majukan Surat Tawaran dari universiti berkaitan sekiranya tuan / puan telah mendapat tempat bagi penyediaan surat tawaran rasmi. Bagi mereka yang masih belum mendapat tempat, tawaran ini sah sehingga JUN 2010.

Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak YTM

Sekian dan salam hormat.

Yayasan Telekom Malaysia

Tuesday, August 18, 2009

saya sesak nafas

no, not h1n1.. nauzubillah. moga dijauhkan dari pandemic ini. pagi ni si Faris demam, actually since last night. mmg dah niat dah, kalau hari ni demam berpanjangan, haruslah saya cuti walaupon cuti saya hanya tinggal cukup makan jer utk hari raya.

we went to klinik menara at bkt jelutong and of course dr rasool takde kat situ. siang mmg doctor lain. malam jer baru dr rasool take over. masyallah cantik sungguh klinik baru dia. just moved in 2 weeks ago. si faris nampak a bit active, dan makan breakfast sup cendawan dengan roti. alhamdulillah. susu pon laju jer. temp dia turun sket. this very morning 38.7, but masa kat klinik dah 37. alhamdulillah. since dia nampak sihat, kitorang decide hantar nursery sbb me got so many urgent things at the office. right now tgh monitor temp dia, doc pesan kalau naik mlambung cepat2 g hospital.

oh ye.. saya rasa sesak nafas dengan jerebu yg teruk dan banyak unsettled things. kerja kat ofis toksah cakaplah. saya akan mula bercuti starting 1st oct 2009 selama 1 tahun. 13 bulan away from office. haruslah dungu saya balik nanti. he he. so skrng banyaklah hal2 nak diwasiatkan kepada staff dan pemangku saya. and at the same time kerja harian pon nak layan. tak penah saya tinggal unread mail cecah 50+ at the end of the day. but today it happend. average email saya dapat dlm sehari is 100. and more than half yg kena take action. esok & lusa pula training sbb nak cukupkan jam training before start cuti. panic2. tapi saya urut2kan dada cakap "jgn susah hati".

saya tahu yg paling susah hati adalah bos dan staff saya sbb diorang pon tahu byk kerja saya bertangguh atas bermacam2 alasan teknikal. pemangku saya tak nampak stress sgt sbb dia budak yg sgt fresh and not much to expect. hemm. rasanya sempat kot nak buat handover. bulan puasa ni harap2 ada extra time sbb tak perlu makan. he he

lagi penambah stress adalah visa yg belum dimohon sbb afidavit belum ready. at the same time, saya masih mengharap sinar harapan dari yayasan T* untuk sponsor biasiswa wif paid leave. accomodation di coventry pon saya belum finalize sbb susah gak kalau tak tgk dulu. but my bro at london will assist me on this. harap2 semuanya urusan berjalan lancar. ameen

antara unchecked to do list :
  • visa appointment (pending afidavit)
  • pesuruhjaya sumpah (sbb translate sijil nikah jawi kpd english)
  • lhdn (to clear all debts, if any)
  • agreement (pending from sponsor)
  • accomodation at coventry (pending house scouting)
itu antara 5 yg terpenting, yg lain tu remeh temeh jer. now dah rasa sesak nafas balik sbb saya masih sempat blogging walaupon time sgt limited. he he

spt biasa, jangan susah hati, ok?

Saturday, August 01, 2009

UK trip 17 - 24th July 2009

macam malas jer nak menaip.. :) in summary - uk tgh summer, but it rains everyday, and sejuk kat luar tu lebih sejuk drpd aircond TM Annexe.. it's a beautiful place, banyak historical places & buildings.. shopping best!! but food mahal.. that's all, the rest tgk gambar kay..

day 1 - attended my sis' convo at southampton.. frm left : syazana (my youngest sister), me & aisya, nurul (the one who graduated) and the rest is family friends.. with the kurung & kebaya only, we're all freezing!

my sis wif her bestfriend, maya.. CONGRATS u ols!

day 2 - from southampton, we headed to winchester, a cute city wif lots of historical building.. pictures shown below is The Cathedral Church.. very the besar one!





then, we headed to Wolvesey Castle, which is about 15 minutes walking distance from the cathedral.. castle ni owned by a bishop long long time ago.. dah runtuh banyak, so what left is only the basic structure..



on the way back, we stopped at the High Street, Winchester.. there are loads of shops having Sales but unfortunately the shops closed at 6pm.. even we ols kena halau from kedai Clarks, so makcik tak nyempat nak beli apa2 pon..

kat sini memang ramai gile tourist & local people.. semua bz shopping..

everytime penat, this is a must go place - starbuck! sbbnya ada toilet and kopi yg sedap.. the coffee price not much differ from our price when converted to RM, for example vanilla toffee frapucino costs us around 3.40pound (grande).. with the disount card, we have it at 2.70pound.. so, lebih kurang harge sini jela..

from the high street, we walked back to the carpack to have our packed lunch - nasi goreng & keropok.. after top-up the car parkticket, we walked to this place (lupa nama), where there's king arthur's round table.. sampai je situ dah 5pm, and the hall is supposed to close.. seb baik 'king arthur' baik, bagi kitorang snap a few pictures of the round table..

ni dah nak balik ke car park, stranded dalam hujan, so lepak jap bawah this small bridge.. as usual, when it comes to raining, Aisya yg paling risau.. just look at her face, dah takleh nak smile.. he he
day 3 - from soton, we headed to north of London, our destination is Manchester.. my bro dah contact member dia so kitorang dapat accomodation free kat situ, thanks to my bro's friends! actually we dropped by at Oxford, but all pictures taken hilang sbb my sis' memory card went kong! terkilan sgt sbb Oxford is a very beautiful old town.. :(
day 4 - we tour the Manchester city including Old Trafford stadium, cuaca cantik, tak hujan.. but see the cloud, sangatlah nak hujan.. (hari2 hujan deh)
we were among the first guess at the Old Trafford stadium, that day ManU team ada kat Mesia, kitorang plak kat ManU stadium.. he he


bought some souvenirs from the souvenir shop.. i managed to get myself a ManU keychain with my name on it (eventhough takdela fanatic bola pon).. look at muka Aisya yg bosan sbb kedai ni takde princess2 thingy..


after Old Trafford, we went to the city center..
ni kat Sports Direct, Arnsdale (the shopping mall).. ala-ala Al-Ikhsan but very2 big.. i bought a pair of crocs for Faris at 13pound.. not bad kan walaupon ada time yg bleh dapat cheaper price.. i also grabbed a few more kids' clothes sbb murah amat..

ini tak ingat nama apa, mcm eye of manchester la kot.. hehe.. lalu jer, tak naik pon..

this is the Manchester's Cathedral.. we ols siap masuk lagi dalam ni.. saja nak experience..


ok dah nak balik coz penat.. that day we tapau nasi goreng & kue teow goreng from Rice, a halal stall recommended by a friend.. so-so jela the taste, but since lapar and mahal (4-5pound per meal), kitorang makan gak sampai habes.. he he

before balik rumah, we decided to go to Cheshire Oak, branded outlet yg besar amat.. but since our hands are fully occupied with shopping bags, not a single photo was taken.. :) my sis Syazana yg paling banyak borong (or was it me?) murah amat, i grabbed a lot of kids' clothes (again).. GAP sweater for Aisya = 9pounds, and for Faris = 6pounds.. jeans Pumpkin Patch Aisya = 5pounds.. seronok sangat.. this is a must go place if you go northern of london!
ok for now.. will upload more photos later.. renyahla nak upload.. ke ada tactic lain? hu hu