Monday, May 11, 2015

Selepas 2 tahun berhibernasi

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur olehNya. Secara jujur, I really miss this space. Tetapi masa sangat mencemburui, so ini adalah coretan pertama setelah 2 tahun menyepi. 

Lagi sekali, sepi yang ada hasil hehe :) Alhamdulillah Allah telah anugerahkan keluarga kami dengan seorang lagi ahli baru, Maryam Azzahra. Saya melalui caesarean kali ke-4 pada 21 Februari 2014 ketika usia kandungan 37 minggu. Berat kelahiran hanya 2.96kg, lebih kurang berat abangnya Imran yang lahir pada usia 37 minggu juga.. memang saya nak deliver cepat2 hihi :P

Sedikit catatan untuk ingatan ~ pregnancy yang ke-4 ini saya diuji dengan eczema yang sangat teruk. Tak dapat jamah semua jenis makanan laut, belacan dan sesetengah jenis ikan. Jika tersilap makan, terpaksalah berhadapan dengan akibat yang sangat meruntun jiwa. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Doktor hanya cadangkan losyen2 non-steroid untuk mengurangkan keradangan. Teman baik saya ketika itu adalah minyak zaitun;  perlu dilumur ke seluruh badan setiap pagi dan malam bagi mengelak diri daripada menggaru. Sejurus selepas melahirkan Maryam, 95% eczema tersebut hilang serta-merta. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Amat besar kekuasaan Allah..
Lahirnya Maryam Azzahra pada 21 Feb 2014
Hari Raya pertama Maryam di usia 5 bulan
Maryam genap setahun. Imran pula nak masuk 3 tahun

Sekarang usia maryam sudah 1 tahun 2 bulan. Buah hati mama masih belum berjalan, takut barangkali. Insya Allah, banyak lagi yang hendak dicoret di sini. Semoga Allah beri sedikit kelapangan masa untuk catatan peribadi ini.. 

Wallahualam... xoxo

4 comments:

asmasalleh said...

hi julie.. welkem bek! .. lalalala

julie.yaacob said...

hi semah.. hahaha let see bila pula nak menulis .. lalalala

Farra Da Smiley said...

welkem back..haa ada post psl baby je ek..so next bby lahir je ada next entry ekekke

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.