Thursday, August 12, 2010

The longest fasting day

Semalam pengalaman pertama berpuasa di Negara orang setelah 30 tahun menjadi khalifah di bumi Allah..

MasyaAllah, sungguh2 rasa gembira dan bertuah. 1st time dapat pengalaman berpuasa selama 18jam! Lagi 6 jam jer nak cukup 1 hari.. surely akan rindu perasaan ini lepas balik Malaysia nanti.. :(

Hari ni maybe dah kurang sket, rasanya dah jadi 17jam lebih duration berpuasa.. MasyaAllah, kagum sgt dengan how human body works.. Kalau ikut akal, rasa mcm tak terdaya jer nak puasa selama itu. But Allah maha Pencipta, Dia dah buat badan dan akal manusia mampu menahan sabar dan cabaran sedemikian rupa.. ni baru sikit jer cabaran, baru suruh puasa, bukan suruh pergi perang pon :P Bayangkan orang2 yg takde makanan utk dimakan, semoga mereka beroleh rezeki lebih di bulan rahmat ini.. ameen..

Since semalam sahur ala kadar sahaja dgn sup ayam dan telur dadar, utk iftar kami makan ‘mewah’ sket, lagipun ada tetamu.. saja ajak kawan2 yg belum berkeluarga utk sama2 berbuka. Surely diorang pon rindu kat family di Malaysia, at least ada juga perasaan kekeluargaan bila ramai2 berkumpul.. and saya jemput juga rakan Khazakstan yg bukan beragama Islam, just nak mendekatkan dia dengan cara hidup dan amalan umat Islam di bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, dia suka dgn lauk-pauk yg kami masak :P

Lauk2 kami semalam: grilled lobster with butter and garlic, siakap 3 rasa, sayur campur dan tempeh goreng kicap.. utk desert, saya masak bubur jagung, dan member bawa creampuff with chocolate sauce.. sgt2 yummy! Alhamdulillah tiada pembaziran, semua lincin! Perut sungguh2 gembira! Hehe.. actually takdela mewah mana pon, cuma mewah sikit dari lauk2 biasa. Lobster tu pon 1st time beli kat London sbb murah amat, 1 ekor 5 pound = RM25.. kalau kat Malaysia, mana nak dapat kan? but honestly, saya lebih suka udang dan ketam.. biasa2 saja ittew lobster.. :)

Alhamdulillah, dah masuk 2 Ramadhan dan dah berjaya terawih 2 malam berturut2.. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. (berniat tanak tinggal terawih tahun ini) semoga Allah mudahkan segala urusan di bulan mulia ini..

xoxoxo

2 comments:

Farra Da Smiley said...

alhamdulillah...tak lama lg kurus la ko juli. ekkekke

aku terfikir la kat sana pon ada tempe dan ikan siakap..tak kurang hebatnya..

kuih raya dah fikir ke nak wat apa?

julie.yaacob said...

farra, alhamdulillah so far kat sini food takde masalah pon. and rasanya lagi mewah dari kat malaysia sbb org sini malas masa. so, kat tesco banyak betul readymade. semua masuk microwave jek hehe

kuih raya tak pk lagi. mcm nak buat simple2 cam honeycornflakes and shortbread je kot.. and nak minta resepi cheesetart dari ko ok?