Friday, July 30, 2010

Kasut oh kasut!

Gile tak? bile Clarks sale jer, surely angkut 1 pasang utk diri sendiri. Hubby cakap saya dah takyah beli kasut sampai 10 tahun! haha mungkin benar kata2 ittew! ^^ limit saya hanyalah clarks, not more than that.. so, ape salahnya kalau angkut stok utk 10 tahun pon kan?


by the way, kasut2 kat atas tu idaklah semuanya saya punya.. ada kepunyaan hubby, kakak, adik, adik lagi, and member2 punya.. tapi besides that, ada lagi yg dah masuk kotak. hubby sound saya, mama ni asyik beli kasut utk diri sendiri jer, utk anak2 beli sikit jer.. tapi kan, kasut kanak2 walaupon sales sangatlah mahal! lebih afdhal kalau cari kat carboot jer, boleh dapat clarks dalam 1-2pound yg elok2 jer lagi.. boleh kumpul sampai umur 2-3 tahun akan datang gittew..

alasan mama, kaki mama dah tak membesar, so beli banyak pon takpe :P ni baru 1 tahun kat sini, kalau 4 tahun agaknya banyak mana ek?

Wednesday, July 28, 2010

AVENT pre-order

Dear friends,

I'm going back to Malaysia by the end of September. Currently I'm actively buying some AVENT items to bring back to Malaysia sbb kat sini much cheaper than Malaysia.. nanti kan nak beranak lagi, so why not buat early preparation kan kan? ^^

So, nak tanyala kot2 ada member2 nak order AVENT or MEDELA items from UK. Kalau boleh, not an urgent order sbb I agak busy lately. Kalau nak segera pon, bajet2 arrival mid September tu ok kot. Sbb I pon kena prioritykan yg mana patut dulu eks.. sibuk dgn shopping je kang En. Suami menjeling ganazz.. ^^

Kalau macam bottle, the difference tu takdela very2 huge but items macam breastpump, sterilizer, or bottle warmer, mmg sgt2 beza harganya.. setakat nak jimat dalam RM50-RM100, insyallah boleh, but depending on items juga..

So, kalau nak order silalah email kat julie.yaacob@gmail.com item apa yg berkenan, then saya bagi quotation harga. kalau setuju dgn quotation dan payment mode, kita make a deal..

order utk delivery September dan October akan diterima sehingga mid August. order2 selepas mid August akan diship bersama brg2 saya nanti (expected delivery end Oct - mid Nov)

Antara item2 yg berbaloi utk dibeli di sini:
  
digital bottle and food warmer

electric bottle and food warmer

digital sterilizer


microwave steam strilizer
single electronic breastpump

Single manual breastpump
Double electronic breastpump
Alrite, that's all! ^^

Friday, July 23, 2010

Happy 3rd Birthday Faris Akasyah!


13th July was Faris' 3rd birthday. kejap je rasa Adek dah besar.. 3 years back, I gave birth to you on Friday, 13th July 2007, 2 days earlier than your actual EDD sbb mama kena caesarean instead of normal birth.. sedih sgt tau sbb mama expect nak deliver Faris thru normal delivery.. tapi nak buat macam mana kan, Allah lebih arif dgn percaturanNya.. then masa dlm OT tu, mama suffer jugakla sbb ada complication, doctor mcm tak dapat nak keluarkan Faris.. adakah kamu sudah engaged masa tu, wallahualam.. tah2 mama patutnya bleh beranak normal, ye tak? tak kesahla kan, yg penting you grow up healthily walaupon jaundice awal2 tu quite teruk disebabkan distress masa delivery..

Alhamdulillah, 3 tahun mama besarkan Faris, not much hassle or complication.. maybe sbb minum susu ibu tak? Kakak dulu tak merasa susu ibu sbb mama naive time tu, plus stress sbb arwah nenek baru meninggal.. and mama tak cukup strong and tak cukup support utk bfeed kakak.. Alhamdulillah, mama nekad nak breastfeed Faris, even though tak fully bfeed, sempat juga la kamu minum susu ibu sampai umur 1 tahun.. syabas utk mama! (syiok sendiri hehehe)

kamu strong, setakat jatuh katil, tunggang terbalik, semuanya no hal, maybe sbb susu ibu la kot.. seronok bleh main lasak2 dgn kamu, bleh fight2 kan?.. :) you love Legos, football, and anything mechanical.. asal ada bolt and nut, sure kamu enjoy main sorang2 2-3 jam pon takpe.. pen2 and pencils mama pon habis punah dikerjakan.. you're really like tok ayah ok.. nanti balik kampung bleh tolong tok ayah baiki enjin or mesin basuh ye sayang ^^ bleh jadi engineer bila besar nanti.. err, but jadi doctor pon boleh gaks..

Mama doakan Faris membesar jadi anak yg soleh, dengar cakap mama and papa, suka tolong orang, penyayang, rajin, pemurah, dan jadi orang yg berguna kepada agama, bangsa dan negara.. ingat ye Adek.. :) and jangan suka buli kakak, u know kan kakak tu drama queen, sensitip sgt2.. penat ok mama nak selalu dengar kakak's cry.. no buli2 ok?

Nanti balik Malaysia kita celebrate lagi sekali birthday Faris dgn birthday kakak ok, sbb kat sini kek kedai tak best.. hehe.. i will fulfill your wish to have a big cake with strawberries on top and with lots of candle.. and hadiah yg square (box kot).. love you my prince charming! 

xoxoxoxoxoxoxo
(kakak cakap x tu hugs, o tu kisses, ntah betul ke tidak huhuhu)

Saturday, July 17, 2010

Ireland day1 - our 1st Europe getaway!

last weekend, my family and my friend's family went to Ireland, saja jalan2 sementara my friend ada member kat sana. me also has friend in Dublin, dah 13 tahun tak jumpa. so, sajala nak ambik peluang berjumpa sambil jalan2 tgk tpt org. and yupp, it's our 1st Europe trip! hehehe

we all travel light, just bawa handluggage. tu yg merah tu beg CK yg baru dirasmikan. hehe. dlm paperbag plak isi booster seat Aisya. malas nak sewa. (read: tak nak membazir). kat sini kids semua wajib duduk atas carseat or booster seat, ikut umur and berat. leceh betul.. but safety la kan..

ni pukul 6am, dah terang benderang. budak2 kena paksa bgn awal sbb flight from Birm pukul 8am. breakfast pukul 5.30am ok.. macam sahur la plak

from Canley, kitorang naik train je ke Birm Airport, senang dan murah. total price for 1 family 3pound jer. kalau sewa taxi, 27pound! sungguh2 penjimatan di situ..

ni Aisya wif BFF, Maryam.. budak2 skrg ni dah pandai berBFF ok..

yay! Alhamdulillah selamat mendarat di Dublin airport. budak2 jakun lama tak naik flight. hehe. Faris very the good boy, tidur all the way to Dublin. dia tanya "mama, aeroplane ni tak fly ke?" hehe

lepas settle hal ehwal sewaan kereta, kitorang straight ke Dublin. parking ya Allah mahalnye, but no choice la kan sbb dah sewa kete. then lepas park, kitorang jalan kaki sekitar town. takde mende sgt pon Dublin ni, terkenal dgn bar yg banyak jela. sana sinun org dok minum.. gambar yg kat atas ni Wax Museum, tak masuk pon sbb nak tunggu masuk Madam Tussaud kat London nanti2.. (read: mahal)

ni depan tourist info center. ke situ sbb nak berteduh je, sbb tiba2 hujan lebat. so dapatla beli fridge magnet buat tambah koleksi..

Cafe ni sgt menarik, mcm cosy gitew. but lalu jela, sbb tak sanggup nak masuk dgn rakyat yg ramai (read: mahal ok!)

yg kat depan nun, Dublin arcade kot. ala2 mcm CM jek. kat dlm tu banyak jual brg2 mcm tak best pon. takde apa yg berkenan pon, just jenguk masuk jer..
then berjalan lagi ke Dublin Castle. ni pon takde mende. just castle tinggalan yg sgtla biasa. castle kat UK lagi best la.

Prince Ali tgh cari Princess Jasmine.. diorang pecaya dulu2 ada Princess kat puncak castle tu. hehe. then saya cakap, "lepas tu, Princess tu pun kawen dgn Papa.." diorang pon cakap "owhhh..." hehe kena tipu lagi..

ni kat tgh2 castle.. layan jela..

then, kitorang pon drive meneruskan perjalanan ke Balinasloe, a small town near Galway.. kat situlah rumah member kepada member saya.. nanti ada masa (read: rajin) saya sambung day2 pula ok.. maka tamatlah day1 kami di Ireland. malam tu tuan rumah jamu sgt special, and 1st time saya cicah budu ok. kat Ireland gitew.. hehehe

Wednesday, July 07, 2010

CK lagi (siri 2)

sambil pening2 lalat mengarang research methodology utk project..
jom jamu mata dgn tangkapan CK from Bicester Village..

passport holder with matching keychain

yg bunga2 mama punya, polkadot pink aisya punya..
sorry yer papa and faris, pattern yg tinggal utk gegirl jek..

make-up case utk kak elin

and lagi satu toiletries bag lupe nak tangkap gambar. so, ni saje utk kali ini..
sekian terima kasih.. :)

Saturday, July 03, 2010

my first Cath Kidston

yang ni hasil belian online. and this is my first purchase of CK. so, harus tempek gambar parcel yg sungguh chumel.. kiranya ni hadiah besday utk diri sendirilah..

siap ada TQ card yg cantiks

bucket bag utk bawa bekal, botol air, payung and diary ke opis

mini tote bag ni big boss yg kirim, sgt kiut


box bag ni matching pattern with my bucket bag

ticket holder ni utk taruk id card and train pass (ada ajer reason)


lastly clasp purse yg big boss kirim gaks..

then hari selasa, pergi Bicester beli lagi benda ngarut2 kat CK, macam passport holder and keychain. then semalam member pergi Bicester kirim lagi beg sbb berkenan and takut dah tak sempat nak pergi. nanti balik Malaysia dah tak jumpa CK. sobbs sobbs. so, kalau dah berkenan dan harga berpatutan tu, beli ajelah kan. ramai jer penunggu kat sana nun..

huhuhu ni kes berjangkit dgn kak elin la nih..

Friday, July 02, 2010

i'm happy i'm 30!

alhamdulillah. semalam 1 july 2010 genaplah umur saya 30 tahun, kalau ikut kalendar masehi. kalau kalendar hijrah, birthday saya 18 syaaban 1400h. alhamdulillah Allah masih bagi peluang utk saya meneruskan liku2 hidup sbg khalifah di bumiNya.

bday ke-30 ni kalau ikut adat org Cina, sgt bermakna utk diorang. My Taiwanese friend cakap, on 30th birthday mak dia akan hadiahkan something special sbg tanda ingatan, like neclace ke, bracelett ke. maybe sbb mak dia dah berjaya besarkan anak dia kot. but since my mum dah takde, maybe i will buy something special for myself. bukan sbb nak ikut adat org lain, but just for my own thought on my achievement so far. tgh dok pk2 lagi ni..

(bercuti di Cymru (or Wales))

at the age of 30, i feel contented with my life. of course saya nak lebih dari apa yg saya ada sekarang. but i want to try to be wasatiah, bersederhana dalam hidup. saya syukur dikurnkan anak2 yg sihat dan cerdas, suami yg memahami dan bertolak ansur, peluang belajar di negara org, kerjaya yg stabil, hati yg tenang, kawan2 yang thoughtful, adik-beradik yg akrab, dan macam2 lagi nikmat kurniaan Allah. tapi kita manusia selalu mengeluh bila hanya 1 nikmat ditarik. tak baik kan? banyak2 bersyukur dgn apa yg ada. sedih bila tgk or baca berita pasal sedara2 seagama di negara lain. rumput pun diorang rebus tau sbb dah takde makanan. sedangkan saya tak perlu nak berkira2 pon utk makan. terlebih makan lagi ada la.. huhu

so, azam saya sempena umur 30 ni, i want to love more and give more. saya ingat pesanan arwah mak, suruh saya selalu berdoa, minta dgn Allah supaya jadi pemurah dan penyayang. rajin2 sebut Ar-rahman dan Ar-rahim. and saya nak cepat2 pergi umrah dan tunaikan haji. kalau ikut jadual haji saya, tahun 2016. tapi rasanya kalau pergi lebih awal, lebih afdhal. yg ni kena tunggu MIL pencen, boleh jagakan anak2 bila saya ke tanah suci nanti. harap2 boleh pergi tahun 2013/2014. kalau tak dapat gi haji terus, insyallah nak pergi umrah dengan kakak and adik2. lagi azam saya, nak jadi ibu yg superb mcm arwah mak saya. nak continue the legacy :)

birthday kali ni agak special, sbb celebrate di UK. so, insyallah saya akan ingat sampai bila2. sangat2 terharu bila rakan2 course datang buat suprise kat rumah. sangat2 suprised ok. thanks to Yuichiro (budak Jepun), Carlos (from Colombia), Eric, Zamie & Shina (3 org ni Malaysian). And thanks to Claire (Taiwanese) dan Bonita (from Hong Kong) sbb bagi presents yg sgt comel! surely i will miss all of you very soon :( will miss the time we we studied and slept together in the library :)

and LOADS of thanks to hubby, sbb bagi peluang saya belajar lagi, jauh pulak tu. hubby berkorban tak dapat gaji setahun utk saya. sgt2 terharu my dear. and hubby juga banyak ajar saya menjadi seorang yg bersederhana. kalau tak kerana hubby, surely saya gile beli barang2 branded. huhuhu. dahla senang nak shopping skrg ni. main click2 jer. biarlah tak penah dapat gucci, channel, tod's or burberry, i still love you and will always do. duit utk handbag2 mahal ni saya simpan utk belanja kakak and adik2 yg saya cintai. bak kata hubby, kena buat yg wajib mcm pergi haji dulu baru boleh bermewah2. tapi kalau ada handbag branded below rm500, saya beli kot. hehehe (i'm still a normal woman) but surely sizenya pon comel jek kan? takpelah, hati saya belum mampu. dah cuba nak beli kat bicester last tuesday but hati tak bagi. nafsu jer membuak2 hahahahaha

see? i'm happy i'm 30. harap2 lepas ni saya lebih banyak berbakti. tak kira la utk siapa pon. utk company, utk suami, utk anak2, utk family, utk kawan2, dan utk environment. i hope i will always be happy and make people happy

me, full of love... :)