Wednesday, May 05, 2010

bersyukur

alhamdulillah.. co. baru annouce and distribute bonus for 2009 performance. suprisingly, different LOB get different amount of bonus in order to promote competition between LOBs. for me, that will be an efficient reward system if everyone is honest with their performance reporting. hopefully this new system will encourage everyone to work harder than before, less kopi2 time, gossip2 and sesi jualan langsung!

bersyukur.. tu je yg mampu terlintas kat fikiran. sepanjang kehidupan yg dah nak masuk 30an ni, tak ternilai nikmat kehidupan yg Allah bagi. baik dari kesihatan, mahupun pelajaran, kerjaya dan kewangan. alhamdulillah, marveles! paling bersyukur Allah bagi ketenangan hati, which is rasanya sangat2 bermakna. yelah, ada orang harta duit menggunung, mampu beli itu ini, tapi hati sentiasa tak tenang. ada juga yg berpangkat tinggi, tapi jiwa kacau, tak pernah tenteram dengan apa yg ada. paling takut, hasad dengki dan busuk hati, nauzubillah. biarlah hartaku tak menggunung, pangkat setakat yg ada, yang penting hati tenang, jiwa aman. macik tak kacau orang, orang tak kacau macik. semoga Allah lindungi kami (dan kamu) dari segala penyakit hati..

oh ye, back to perkara perenggan pertama (bonus), rasanya tak pernah merasa reward sebanyak ini dari co. walaupun hanya dapat 9/12, it is way more than what i expected. so, bolehlah mengcover ketiadaan bonus tahun 2010 (ulalalala). di kala member2 bz dengan perancangan belanjawan bonus, i pula masih tiada plan. tapi yg pasti, nilai bonus dah pun susut tanpa perlu ada apa2 plan (teruk kan?). online sales sgt2 menduga nafsu shopping i, yg biasanya susah nak datang anginnya. tapi bila sekali melanda, macam ribut taufan yg tanpa henti pula tu. but i think i'm still being a bit frugal here. what i spent on is mostly for future investment. memandangkan nilai pound yg menurun dan harga barangan di malaysia yg over-priced, sangatlah wajar i spend sedikit especially utk barang2 keperluan asas mcm pakaian dan kasut. tak salah kan? semoga musin sales cepat2 berakhir, kalau tidak, time break je jengah mcm2 'kedai'. sakit mata macik tgk itu semua. makin nipis poket macik taw. huhu

berbalik pada tajuk asal, harap2 dengan limpahan nikmat yg Allah bagi, bertambahlah ingatan dan amalan kami padaNya.. dah psg niat, balik Malaysia nanti nak banyakkan bersedekah pada yg kurang bernasib baik. amalan ni selalu arwah mak amalkan (Alhamdulillah), so entry ni purposely utk ingatkan diri sendiri (dan kamu, ok). sedekah tak semestinya dengan wang ringgit atau harta benda shj, sedekah tulang empat kerat tolong orang susah pun mungkin lagi banyak pahalanya jika dibuat dengan ikhlas. cthnya, tumpangkan kereta kat makcik yg sedang jalan kaki tgh panas, tolong oku lintas jalan, sedekah baju2/toys lama (yg elok) pada rumah anak yatim or saudara-mara yg kurang mampu, sedekah or quran or sejadah pada surau/masjid/ofis/sekolah. mcm2 kita boleh buat kan? sedekah doa pon boleh, sedekah nasihat pon ok. semoga dengan banyak sedekah, hati semakin tenang, happy and humble.. yg penting, kena ikhlas ok..

kalaulah kita rasa tak cukup dengan apa yg kita ada, masih ramai hamba Allah yg kurang bernasib baik dari kita dan memerlukan pertolongan. semoga sumbangan kecil kita membawa seribu makna pada kehidupan umat yg lain..

No comments: