On Faris’s milestone
Anak teruna saya bakal menyambut ulangtahun 3 bulan on 13 oct nanti, which is on Hari Raya.. but surprisingly, Faris dah boleh meniarap Jumaat lepas, which is on the 84th day.. seingat mama, Aisya dulu 4 bulan baru meniarap.. ringan badan budak ni.. dah pandai gelak & dah tak suka baring.. assyik nak orang pegang berdiri/duduk atas riba sambil main2 dengan dia..
On Aisya
Dia kakak yg kuat jelesnya.. tapi baik hati orangnya.. kesian kadang2, asyik kena marah.. dia tahu dia kena marah, tapi dia macam suka sbb dia nakkan attention.. tapi bila mama sorang tinggal bertiga di rumah, susah mama nak bahagi attention utk 2 org serentak.. tapi bila moodnya baik, dialah yg menolong saya menukar pampers Faris.. kalau minta dia ambilkan pampers, dia akan bawa skali wipes, bedak & minyak telon tanpa disuruh.. kalau diminta tepukkan baby, dia akan main ciku-cak & tiru aksi2 mama supaya baby gelak.. kalau nak mandikan baby, dialah yg akan unbutton baju baby & tanggalkan mittens & socks.. saya & hubby selalu berbincang, cari jalan macamana nak kurangkan memarahi dia, takut dia develop anger/revenge dlm diam.. key factor - kami kena banyak sabar, dan kena involvekan dia dlm apa jua aktiviti dengan Faris.. so that dia rasa bertanggungjawab & tak tercicir.. so far it works!
On Breastfeeding
Alhamdulillah, so far saya masih lagi menyusu, despite the low stock EBM most of the days.. better sikit than nothing kan? Sometimes, susu ada, but saya yg tak sempat nak mengepam.. terlalu letih dgn kerja2 rumah.. bukan hubby tak menolong, tapi hubby pon bz dgn assignment EMBA nya.. sometimes, susu kekeringan bila si anak tak tido seharian & asyik nak nyonyot.. habis kudrat mama, sampaikan masa nak berbuka tu, nak bersuara pon tak mampu.. Semalam lagi parah, tiba2 ni**le kiri saya cracked.. ya Allah, sakitnya.. terkena shower mandi pon rasa nak nangis.. saya sapu Linolin gel Medela and berehat dr menyusu seharian.. tapi saya tetap pam walaupon mildly & susu keluar sikit jer sbb dok susah hati.. lepas tanya akak2 kat ofis, diorang cakap, bagi jer, tahan sakit sket.. so lepas balik kerja smalam, saya kuatkan semangat, bagi juga baby minum seblah yg craked tuh.. Alhamdulillah, Allah maha kaya.. dah baik dah cracked ni**le saya.. it’s all in our mind kan? J Insyallah, masuk rumah baru nanti, saya nak beli peti baru (2 pintu, now 1 pintu) & nak upgrade breastpump kpd double pumping.. niat dah ada, moga2 Allah mudahkan.. oh btw, saya masih berpuasa penuh.. harap2 tak miss langsung..
On Raya preparation
Tahun ni rasa bersemangat nak raya.. walaupon agak sedih sbb tak dapat buat terawih every night.. tahun ni beraya di rumah PIL, sbb masa pantang hari tu dah berkampung lama di Kelantan.. kami mula cuti esok, dan akan pulang ke Lunas Kedah esok pagi.. Selasa depan kami dah balik ke sini, Rabu dah kerja.. saja ambik cuti odd sket dari org lain sbb nak elak jam & hubby ada mid-sem wiken depan (bagi moral support ni).. cuti pon nak kena save sbb insyallah end of the year kami plan nak masuk rumah baru..
untuk raya tahun ni, saya rasa saya shopping sakan la jugak:
Diri sendiri – baju kurung 2 pasang, sandal, handbag (dah lama niat nak beli yg baru.. huhu)
Hubby – 2 helai t-shirt, … (belum habis shopping lagi sbb asyik bz jer dia ni)
Aisya – baju kurung 1 pasang, 2 pasang casual wear, handbag (nak isi duit raya laa katakan)
Faris – tak shopping apa2 sbb semuanya dah beli masa j-card day sebelum dia lahir lagi.. plus pressies yg dia dapat dlm pantang harituh..
Adik bongsu – handbag & brooch
Adik 2nd last – brooch
Adik2 ipar – brooch
Ayah – kasut, seluar 2 helai
Kuih raya – adala 6 jenis + kerepek2 (semua beli.. tak menang tangan nak membuat sendiri.. dah 10 tahun pencen kot.. huhu).. nak bawa balik rumah PIL separuh..
Utk rumah – tak beli apa2 pon (sbb dok plan nak pindah rumah baru la katakan)
Sedih jugak tak dapat balik Kelantan.. kesian kat adik2.. kakak pon balik kampung suami sbb dah lama dia tak balik.. kat Ayah pon kesian gak, sure dok teringat cucu2 dia.. lebih sedih lagi, tak dapat nak ziarah pusara mak.. really miss her especially at this kind of time.. kadang2 air mata bleh mengalir camtu2 jer.. hanya Allah yg memahami hati kami adik beradik yg merindu mak tersayang.. insyallah raya haji kami fly with Airasia ke Kota Bharu.. tiket dah beli sebelum beranak lagi.. hehe
On the new job & transfer request
Saya di tempat baru skarang, gara2 postgrade tempat lama hanya 22.. kat unit baru ni postgrade 23, jaga yg global2 circuit shj.. walaupon speednya hanyalah 128k, bisingnya mak datuk.. tak macam saya jaga domestic dulu, circuit beratus2an sebulan, tapi masih boleh handle.. saya tak suka jaga global circuit saya rasa.. mmg bleh kenal ramai org, partners, TMRO, tapi bila datang masalah yg kita tak dapat selesaikan (masalah foreign end), kita di tengah2 ni tersepit, tercekik pon ada.. tapi tak dapat nak membantu sangat..
Tapi saya mungkin tak lama di unit global ni.. bukan sbb saya tak reti or tak suka.. tapi saya tak berapa minat buat provisioning & coordination rasanya.. cukuplah 3 tahun saya buat coordination, jadi org tengah.. saya nak kerja yg lebih mencabar (kot).. saya rasa, saya jenis yg boleh jer survive di mana2.. cumanya, kalau minat dah kurang, saya hanya akan contribute secukupnya saja, tiada yg lebih.. saya nak cuba buat planning plak.. masa teh tarik Session dgn CEO, Dato' tanya, “apa career plan awak?” saya jawab.. “emp, by chances kot..” tapi skarang saya rasa saya dah ada career plan sikit2.. semoga saya beroleh surat transfer dgn segera.. pengganti dah dapat surat, tapi saya belum.. floatingkah saya??
Banyak plak membebel.. oklah, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI untuk kawan2 semua.. mohon MAAF ZAHIR & BATIN.. kepada yg masih ada mak ayah, jgn lupa minta ampun dengan mereka.. cium peluk mereka puas2, jangan malu nak minta maaf.. jangan malu nak ucap sayang kat mereka.. once mereka dah tak ada, siapa lagi yg korang nak call tanya khabar hari2? siapa lagi nak peluk cium korang mcm masa korang budak2 dulu? Siapa nak masakkan lauk2 feveret korang dari kecil? Sudah terbalaskah jasa mereka kat korang sedari kecil? Sudah puaskah korang memberi hadiah2 kepada mereka? Tepuk dada, tanya diri sendiri ok?
11 comments:
haru baca entry raya ni...sedih part last tu
selamat hari raya, maaf zahir batin
aku tahun ni balik kelantan
p/s chot camne study? mesti okay kan?
~~~ Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. ~~~~
uihhh.. panjangnya.
selamat hari raya to Julie & family.
si kakak jeles mmg biasa. akak dulu pun naik tensen dibuatnya. but then she gets to tengok wayang, pegi shopping dgn abah while ummi tinggal dengan adik kat rumah. mak dia pulak rasa tak aci!
juli, selamat hari raya! jemputla mai umah dman di kuala nau kulim, kami ada di sana from thurs-tues ;)
selamat hari raya jugak !
kiterang balik alor star 2nd raya... 3rd raya dah balik kl.. hehehehe
aini, tiap kali raya mesti kitorang sebak.. sbb dah takleh rasa rendang mak.. :( chot ok jer masters dia.. tapi hecticla.. seb baik aku tak buat serentak.. hancus kalau tidak.. aku balik kedah saje thn ni..
semah, selamat hari raya jugak.. buat openhouse tak? kui kui..
ummi, menarik gak idea bawak gi tgk wayang tuh.. tapi masalahnya papa dia pon bz dgn EMBA.. so tinggalla 3 beranak berperang kat rumah.. hehe
farra, memula mmg nak ajak chot g jalan rumah deman.. tapi Faris kena infection kat jari dia.. 2nd raya dah carik hospital sbb semua klinik tutup.. kami pergi hospital kat BM nu ha.. tak berjlan mana pon..
rumet, selamat hari raya!kejap nye raya kat kampung.. buat open house tak tahun ni?
Huik.. ko nak pesan apa? kalau sempat insya allah.. aku nak balik selasa ni dah. Barang dah shipping, tapi kalau muat luggage ok kots..
julie.. on your q, berat aku pun statik takat tu jer.. semenjak dapat fawwaz lagi.. huhu.. diet tak bole maa, breastfeed mums kena makan secukupnya
silelah mengUPDAAAAAAAAATEE!
hehe
miss u sis=)
assalamualaikum.hi julie.ingt lg saya, zakiyah.seronok baca kesungguhan ibu bekerja utk bf anak..syabas!!
juz nak share petua dgn julie since sy pon bf jugak. kalau nak bykkan susu saya mkn lobak putih. blh buat sup atau campur dlm sayur goreng atau apa2lah.Alhamdulillah berkesan. :)
bila nak apdet lepas raya pulak?
tahun ni tak buat open house :)
bajet tak mengizinkan... unless arianna kasik pow duit raya die la :)
Post a Comment