Alhamdulillah, berpuasa di bumi UK selama 17-18 jam membuat saya rasa betapa besar nikmat Allah beri selama ini. Syukur dapat pengalaman ni. Separuh Ramadhan bertungkus lumus siapkan dissertation. Berkat Ramadhan, Alhamdulillah, berjaya juga yeay! Walaupun tidur tunggang terbalik, sahur dan iftar tak sempat nak fikir pasal food, Alhamdulillah, Allah maha kaya, rezeki tak pernah putus. Insaf kejap mengenang nasib saudara kita di tempat lain yg tiada makanan utk bersahur dan berbuka. Sedang kita semua mewah dgn lauk pauk dan kuih muih :(
Bulan puasa ni, saya suka sampaikan dakwah kecil pada rakan2 bukan Islam. Diorang kagum dgn umat Islam yg mampu menahan lapar, and not even can drink plain water. saya bagitahu "it's all in your mind and faith.. and it's amazing how human body works.. " mcm org Kristian, diorang pon ada puasa jugak, tapi rasanya boleh minum plain water. ni pon saya baru tahu, selama ni ingatkan Hindu jer puasa..
And nak share, kat sini, org2 Arab atau Pakistan yg kaya raya berebut2 nak menaja juadah berbuka di chaplaincy2 atau di masjid. semua nak rebut pahala. walaupun umat Islam minority di sini, tapi ramai Muslim yg zuhud. Masya Allah. sangat2 kagum. sama2 kita renungkan ok.. mungkin sebahagian drpd duit kita, boleh disedekah ke masjid2, or rumah anak yatim.. memberi makan org berbuka pahalanya amatlah besar tau kawan2..
Untuk persiapan raya kami, tiada apa2 yg istimewa. tahun ni raya paling modest, and paling frugal. niat saya satu jer, nak menjamu kawan2 sekelas before masing2 balik ke negara masing2.. ukhuwah it penting! baju raya, pakai je baju dari tahun lepas, tak kisah sgt pon.. saya just tak sabar nak solat hari raya.. it used to be my favourite time spent with Arwah mak.. saya rindu takbir yg mendayu2 tu, menikam2 kalbu gittew (owh, sebakness is coming)
But at the same time, saya sedih Ramadhan dah nak habis.. bak kata Semah, bulan Ramadhan buat kita jadi mode baik and lebih beriman.. itulah rahmat Ramadhan.. maybe sbb syaitan semua kena ikat kot.. hihi.. walaupun tak dapat nak solat terawih di surau sbb menjaga kiddos, azam terawih masih lagi termakbul.. semoga tahun2 akan datang berpeluang terawih kat masjid.. really miss it.. balik Malaysia nanti sure bizi bizi bizi.. azam saya, balik Malaysia nanti nak banyakkan quality time utk diri sendiri and family.. kerja tu sampai mati pon tak habis kan kan?
Nak cerita pasal dissertation, but dah ngantuk.. pen off dulu lah.. chow chin chow!
Thursday, August 26, 2010
Ramadhan is leaving us.. :(
Labels:
Aidilfitri,
My Life,
Ramadhan,
Thoughts
Tuesday, August 17, 2010
Salam perantau
saje mencuba nasib.. dah disiar pon. hehe. but terasa nak hantar ke suratkhabar, sbb boleh potong and simpan buat kenangan.. :)
link ke website utusan: http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=1067
link ke website utusan: http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=1067
Labels:
Aidilfitri,
My Life,
Ramadhan
Sunday, August 15, 2010
Tazkirah pagi..
Salam lovelies (kalau ada org read la kan.. =)
pagi tadi alhamdulillah masih berjaya bangun sahur..
tdo hanyalah 1 jam sbb smlm iftar berjemaah di rumah jiran - blk pukul 1am..
but since nak rebut pahala sahur, kami tetap bangun..
lepas sahur, sementara tunggu perut agak reda, hubby and saya borak2..
ianya lebih kepada tazkirah pagi sementara menunggu subuh..
hubby ckp semenjak dok sini, banyak perspective dia berubah..
kalau kat Malaysia, being a Muslim is so complacent..
nothing to worry much, we just go with the flow..
bila kat sini, hubby cakap dia mula banyak membaca,
diverse of opinion about things in Islam,
yg sebelum ni kami hanya follow without questioning..
sbb education kat Malaysia, apa yg cikgu ajar semuanya betul..
tapi kat sini, culture berbeza, semua benda kita argue fair and square..
then, we talked about perception pasal mazhab2 lain,
sebelum slalu buat muka heran bila tgk mazhab lain solat..
but kat sini kalau solat dlm 1 saf tu, mcm2 cara org solat..
nothing weird pon, yg penting, kita sembah Allah yang Esa, niat kita sama..
besides that, hubby cakap, pengalaman kat sini mengajar dia utk tidak simply judge org..
me also agree on this.. sgt2 terkesan pengajaran ini..
cthnya, org Islam tapi minum arak.. or tak perform solah..
kat sini ramai org mcm tu, but masih bangga menjadi Islam..
syukur mereka masih Islam, but itulah tugas kita sbg khalifah Allah..
menegur mana yg terang2an salah.. dan mengajak berbuat kebaikan..
mungkin mereka mmg tak diajar mempraktik Islam since nenek moyang..
macam kitalah juga, lahir2 dah Islam.. so, sangat2 complacent..
cumanya kita ni syukur, kat Malaysia Islam dipraktik and diterap sejak di sekolah..
tapi mereka maybe education sekular, so, takde siapa2 yg menunjuk ajar.
so, sama2lah kita syukur, kita lahir dalam Islam..
but perjalanan masih jauh.. masih banyak yg perlu kita belajar..
yang penting, jangan berhenti mencari.. keep on going!
wassalam.. :)

Thursday, August 12, 2010
The longest fasting day
Semalam pengalaman pertama berpuasa di Negara orang setelah 30 tahun menjadi khalifah di bumi Allah..
MasyaAllah, sungguh2 rasa gembira dan bertuah. 1st time dapat pengalaman berpuasa selama 18jam! Lagi 6 jam jer nak cukup 1 hari.. surely akan rindu perasaan ini lepas balik Malaysia nanti.. :(
Hari ni maybe dah kurang sket, rasanya dah jadi 17jam lebih duration berpuasa.. MasyaAllah, kagum sgt dengan how human body works.. Kalau ikut akal, rasa mcm tak terdaya jer nak puasa selama itu. But Allah maha Pencipta, Dia dah buat badan dan akal manusia mampu menahan sabar dan cabaran sedemikian rupa.. ni baru sikit jer cabaran, baru suruh puasa, bukan suruh pergi perang pon :P Bayangkan orang2 yg takde makanan utk dimakan, semoga mereka beroleh rezeki lebih di bulan rahmat ini.. ameen..
Since semalam sahur ala kadar sahaja dgn sup ayam dan telur dadar, utk iftar kami makan ‘mewah’ sket, lagipun ada tetamu.. saja ajak kawan2 yg belum berkeluarga utk sama2 berbuka. Surely diorang pon rindu kat family di Malaysia, at least ada juga perasaan kekeluargaan bila ramai2 berkumpul.. and saya jemput juga rakan Khazakstan yg bukan beragama Islam, just nak mendekatkan dia dengan cara hidup dan amalan umat Islam di bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, dia suka dgn lauk-pauk yg kami masak :P
Lauk2 kami semalam: grilled lobster with butter and garlic, siakap 3 rasa, sayur campur dan tempeh goreng kicap.. utk desert, saya masak bubur jagung, dan member bawa creampuff with chocolate sauce.. sgt2 yummy! Alhamdulillah tiada pembaziran, semua lincin! Perut sungguh2 gembira! Hehe.. actually takdela mewah mana pon, cuma mewah sikit dari lauk2 biasa. Lobster tu pon 1st time beli kat London sbb murah amat, 1 ekor 5 pound = RM25.. kalau kat Malaysia, mana nak dapat kan? but honestly, saya lebih suka udang dan ketam.. biasa2 saja ittew lobster.. :)
Alhamdulillah, dah masuk 2 Ramadhan dan dah berjaya terawih 2 malam berturut2.. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. (berniat tanak tinggal terawih tahun ini) semoga Allah mudahkan segala urusan di bulan mulia ini..
xoxoxo

Me Cooking,
Ramadhan,
Thoughts
Monday, August 09, 2010
kepam dan lemau
lately terasa diri tersangat kepam dan lemau. err.. not sure whether it's the right words or not.
badan lenguh. otak penat. hati gusar. kepala pusing.
too much things to do. too much things to think.
1) dissertation - 15 days to submission
2) shipping barang2 - 50 days to go back << belum decide mode mana
3) europe tour - 36 days to go << belum book hotel & belum study mana nak pergi
4) extension cuti - belum lulus!!!!
nampak gaya, kena guna prinsip KAB (kemahiran amalan belajar) yg blajar kat MRSM dulu kot. kita apply prinsip FIP (first important priority) << dahsyat ni, mcm mana bleh ingatlagi ni? :P
so, kalau dihitung2 hari, nampak gayanya menurut prinsip FIP, item no. 1 lah yg perlu diberi perhatian dulu. haruslah aku bertungkus lumus siang malam. dah lama tak tgk TV, tak pergi Tesco, tak jalan2 kat park, tak keluar shopping, dan sekarang tgh berpuasa fb. huhuhu lalallala
item no. 2 dan 3 rasanya nak outsource kat hubby. sbb tugasan "penting" dia dah setel with BIG smile :)
item no. 4 dah mintak tolong kat Pn. R. Seb baik ada Pn. R yg baik hati!
okeh dah2la tu membebel. sambung buat kejelah..

Friday, August 06, 2010
Islam itu indah...
Tinggal kat UK di mana majoriti orangnya non-Muslim membuat saya rasa betapa bersyukurnya tinggal di bumi Malaysia.. di Malaysia, makanan halal senang nak cari, masjid dan surau kat mana2..
Tapi Allah bagi saya peluang 1 tahun tinggal di bumi mat saleh utk saya belajar bukan sahaja akademik, tapi juga pengalaman.. masa mula2 sampai sini dulu, semua saya rasa susah, nak makan, nak solat.. pernah saya mengeluh, kenapalah saya nak sangat belajar kat UK ni..
Tapi sekarang, persepsi saya dah berubah.. contohnya utk solat, kat sini tak siapa kisah kalau saya solat dalam library kat tepi meja.. siap hampar sejadah lagi.. atau solat di tengah padang masa pergi safari park selasa lepas.. atau solat dlm fitting room or starbuck bila pergi shopping mall.. kat mana2 saya boleh solat dgn aman, tanpa rasa takut kena tegur, kena marah, atau diberi jelingan hairan.. kawan2 bukan islam pon siap ingatkan lagi waktu solat.. pengalaman ni takkan saya lupa sampai bila2.. priceless!
Saya sedih bila kat Negara kita yg banyak masjid tu, kita selalu cari alasan untuk justifykan condition kita bila kita susah nak solat.. kita tak ready dengan telekung dan socks and tak bawa sejadah sbb selalunya kita yakin yg kat mana2 ada surau.. but bile surau penuh atau tak ada surau, ianya menjadi alasan utk kita tak sempat solat..
Bila bab makan, kat sini saya belajar utk berhati2 dgn apa yg dimakan.. Alhamdulillah kat sini kalau dia label vegetarian, insyallah tiada unsur haiwan (rules) but kadang2 ada liquor or wine – yg ni kena baca kat ingredient but selalunya straight forward.. kalau nak makan kat Subway or McD or Burger King, kami berhak tanya in detail macam mana food preparation dibuat.. guna same oil ke, same pengepit ke, semua soalan akan dijawab satu persatu.. ada pernah sekali tu, saya dah kelaparan amat dan nak makan fish burger.. mamat kat kaunter tu siap cakap dia akan buat special utk saya (minyak baru).. atau kalau nak senang, makan jer tuna or seafood.. tak payah nak memilih2, cerewet2.. makan aje apa yg ada.. syukur sbb dapat makan dan isi perut yg lapar..
Tapi bila kat Negara sendiri, tak pernah pun nak betul2 siasat halal/haram kat restoran2.. or halal/haram makanan2 dalam tin.. semuanya kita belasah jer and ambil mudah.. semua nampak sedap aje kan? Saya pernah tanya waiter kat Chilli’s, “halal ke daging2 ni..?” dia jawab “oh, halal..” sambil dok serve arak kat meja sebelah saya.. hermm, musykil kejaps..
Lagi satu yg saya suka kat sini, non muslim bebas nak masuk surau, nak belajar agama, nak dengar khutbah, or nak cuba ikut jemaah solat.. even sekarang saya ada seorang kawan kepada kawan saya, warga Kazakhstan, kami selalu belajar sama2 kat surau sbb nak stay up sampai pagi.. dia suka duduk surau sbb dia rasa motivated utk belajar.. kat surau kami ada small library.. then bila ngantuk, dia akan baring kat surau bahagian pompuan.. bila orang azan, dia dengar.. bila org solat, dia perhati.. saya harap Allah buka pintu hati dia utk Islam.. cuba kat Negara saya, cuba non-Muslim masuk surau, sure heboh sekampung..
Islam itu indah kan? Tapi kita manusia yg selalu menidakkan keindahannya.. dan tidak lebih mengindahkannya.. sama2lah kita renungkan..
Akhir kata, salam Ramadhan untuk semua.. jimat2lah berbelanja juadah berbuka, lebih afdhal kiranya duit overspending tu disedekahkan kepada org yg kurang mampu nak menikmati juadah hebat mcm kita.. insyallah kebahagiaan mereka nanti akan membahagiakan kita kelak..
Wassalam..

Subscribe to:
Posts (Atom)