Thursday, January 25, 2007

Mengidam

My nausea is deceasing.. and I personally think that’s the best part of pregnancy.. hehe.. kalau time meloya tuh, terasa lamanya nak habis seminggu.. dok ofis pon rasa lemau.. buat kerja pon malas.. balik rumah terus tido.. (hehe.. teruknya aku) tapi now dah bersemangat sket buat kerja.. dah ada mood nak mengemas rumah, and paling best dah boleh masak balik! Kalau idak, buka peti pon rasa nak wek.. apatah lagi nak memasak.. sian hubby & Aisya.. weekend pon makan kat kedai.. (tetiba terasa nak makan nasi dagang kelantan.. Mana nak carik nih? Iskk..)

Back to the title, I’m not actually claiming that I’m mengidam food.. tahla.. masa pregnant Aisya dulu pon takdela mengidam nak makan itu ini.. this time pon sama.. Cuma kekadang teringin tuh, cakap jugala kat hubby.. biasanya teringin nak makan pau goreng inti sambal bilis jer.. ada jual nearby ofis hubby.. sedap gile! dapat 2 biji jadila.. hehe.. kalau tak dibeli, muncung jugakla dlm 1/2jam gitu.. so, it’s not that serious lah I guess..

Lagi satu tengah mengidam nak beli henfon baru.. muahaha.. adakah ini boleh dikatakan mengidam? Atau aku saja mengambil kesempatan tgh pregnant ini untuk berniat sebegitu? Hehehe.. takdelah.. just kidding.. Cuma terasa kepingin nak tukar henfon yg canggih sket, bak kata semah, nak mengikut arus teknologi.. ahaks.. henfonku sekarang ni is a basic henfon.. boleh sms & boleh cakap.. tak pernah kubeli henfon melebih rm400.. this current henfon nih hubby present lepas lahirkan Aisya dulu, sebab henfonku dicuri orang tak berguna masa majlis tahlil arwah mak.. (teruk kan manusia?) so, saje jela nak mereward diri sendiri sempena tahun baru.. (alasan lagi) kire guna duit bonus la eventhough tak sure bleh dapat bonus ke tidak.. nanti kalau berjaya beli daku beritahu ok? Tapi rasanya takdela beli yg canggih2 sgt pon.. nak naik taraf sket jer.. huhu.. semoga daku berjaya.. iyah! iyah!

These are the phones I’m considering, but probably, I’m considering the 1st 2 coz the 3rd one is so pricey (for me) coz it has 3G! See, I told you.. I just need minor upgrading only.. :)

Aisya oh Aisya

She has becoming a lot more sensitive now.. before this, she’ll deaf her ears if we scold her for doing something we dislike.. ataupon buat2 tak faham.. “Aa? Aa? Haa??”..

but now, she’ll tarik muka masam, mulut dicebik and mata mula merah2, ala2 macam nak nagis.. tak tahula sebab nak dapat adik, or memang at this stage is her emotional development stage.. or maybe dia blaja kat nursery from her friends.. lepas buat muka ‘sebek’ tuh, she’ll come to one of us untuk mengadu.. bagus jugak bila jadi macam nih.. we have the chance to explain why we marah2 dia.. she’ll listen and angguk2 as if faham la tu.. bila tanya, nak buat lagi ke tak? She surely say tanak & geleng2 kepala.. adoi.. manja sungguh kakak sorang nih.. we all dah start train dia jadi ‘kakak’ and being a ‘kakak’, kenala sayang adik.. and she’ll kiss my tummy! Tapi kakak ni still carik ‘tim’ (singkatan for puting/pacifier) before tido.. kalau kita cakap ‘kakak tak malu’ pon dia buat donno jer.. isk isk..

Oh, btw, her favourite question now is “mama, ni apa tu?” “ni apa ni?” “sape ni?” and seangkatan dengannya.. hemm.. well, just wait till she can ask “mama, ni nape ni” huhu.. lotih mama nak jawab.. but it’s good if your kid ask a lot of question and full of curiosity, dengan syarat, kita mesti rajin layan & jangan kelentong tau.. yg penting explanation kita senang difahami and make it simple! Love you kakak!

Happy Birthday Mak!

Last week, 18th January was supposed to be Mak’s 55th birthday.. I said ‘supposed’ sebab mak is no more around, physically.. memula plan nak blog on that special day, but I can’t stop my tears from falling down.. sampai bengkak mata kat ofis.. pagi tu, I SMS my family, sedara-mara and not to forget my mom’s closest friends.. mintak diorang bacakan Al-Fatihah buat mak, as her birthday gift.. they replied and made my heart so touched.. I remember Mak said to me, never forget her closest friends, even after she passed away.. she said, that is Sunnah Rasulullah.. and I followed.. everytime jumpa member2 baik mak, they will kiss & hug me the way mak always did.. even a few of them turned up at SJMC when I delivered Aisya, padahal masa tu Mak dah passed away.. (my tears is dwelling by now)

Mak, may Allah bless your soul and place you among those who love Him, those who win His love.. ingat lagi tak Jade bracelet I gave to you on your 52nd birthday? I already passed it to Nurul a few weeks back, because I think she just needs it.. Mak, kalau mak masih ada, I’ll bring you out for a special lunch or dinner, makan kek Secret Recipe, buy you flowers and not to forget expensive gift on your bithday! I love you Mak, I miss you and will always do till my last breath.. Muah2!!

ok.. dah2.. no more sedih2.. kesian kat baby dlm perut ni nanti.. :)

Friday, January 12, 2007

she can swim!

This morning, i went to menara tm medical center for my scheduled check-up.. sampai awal, around 840am and luckily dapat turn no.1.. the lady doc arrived at 9am just as expected.. mind you, the doctor comes only on friday morning, for antenatal/postnatal check-up only.. sbbnya main doctor kat klinik tu laki2.. dia kata lebih selesa kalau ladies check-up dgn ladies, because of aurat sama i think.. the lady doc tu is from UH if i'm not mistaken.. this was my 2nd time doing check-up with her..

I was the 1st to be called by the lady doc.. the doc checked my urine and BP and everything is good.. then the doc asked me to lie down on the bed to do the ultrasound.. actually i'm not used to doing ultrasound at early pregnancy.. time Aisya dulu, masa pergi specialist (28weeks) baru start buat.. so, i don't really know how the baby will look like thru the sonogram.. what i know (from my reading) my baby is only about 3inches long.. still very small kan?

During the test, I can clearly see my baby, her head, her hands and her legs, which are perfectly formed, cuma still very tiny la (except for the head).. and what really catch my eyes was, she can swim, from right to left, up and down, and she do a lot of acrobatic too! hehe.. so cute! Then the doc told me that my placenta (uri) is located at the bottom.. but the doc kata don't worry.. the placenta will soon move upward to the correct location.. She said, from the sonogram, the size of my baby is about 11weeks, which is relevant to my 13weeks+ of pregnancy.. Alhamdulillah, the baby is growing healthily, and also the mom (gain weight 2kg already).. my nausea is easing now, cuma adala sikit2 lagi during maghrib/senja.. well, there's still a loooong way to go! 26weeks more to come! here's what babycenter says..

Monday, January 08, 2007

Memori & impian..

Pejam celik pejam celik dah pon masuk 2007.. pantas sungguh masa berlalu.. as for 2006, banyak suka-duka yg ditempuh.. tapi aku nak ingat yg suka2 jer.. yg duka2 dah tak ingat sangat pon.. :) Alhamdulillah.. Aisya sihat walafiat.. me sihat walafiat.. Cuma hubby jer yg kena demam virus on 1st ramadhan.. 4 malam hubby terlantar kat SJMC.. sedih sangat sambut puasa without him.. But Alhamdulillah there’s nothing serious.. yang penting semua dapat beraya aidilfitri & aidiladha dgn kesihatan yg baik..

Antara peristiwa penting 2006, bln Februari me & hubby beli rumah pertama kami di Shah Alam.. habis dikorek segala saving ASB, jual insurans & withdraw EPF tapi kami puas sbb tak sabar nak ada rumah sendiri yg ada halaman.. boleh buat kolam ikan, boleh tanam pokok banyak2.. isk, tak sabarnya nak masuk rumah baru! Insyallah July 2007 akan siap semuanya.. semalam baru jer gi meninjau, nampak mcm dah 75% siap.. sure berangan2 jer lepas ni.. hehe

Besides, tahun 2006 juga Aisya mula belajar bercakap dgn betul.. dari hari ke hari, vocabnya makin bertambah.. dan sekarang vocabnya dah macam air paip.. tak henti2 cakap mcm orang besar.. yg paling best, dia skang taksub dgn lagu My Heart.. siap hafal part chorus tu.. tgh main sorang2 pon dia akan nyanyi layan blues.. hehe.. lagi satu lagu dia tgh cuba nak hafal is lagu Memang (Pencinta Wanita) ->sama macam Amirul anak Acik Semah =) Alhamdulillah, she has grown up as an active girl.. now dah pandai sedih bila kena marah dgn papa.. sobbing sambil mengalir air mata tapi tak bunyi suara.. hehe.. dah pandai pilih baju colour yg dia nak.. dah pandai ‘melukis’ bila kitorang suruh.. tak kisahla outcomenya jadi apa, yg penting bila suruh lukis apa2 yg dia tahu, dgn sungguh2 dia lukis.. in the end, semuanya nampak sama jer.. size jer lain.. comel.. what we want is her confident in growing up!

Last December, Hubby berjaya dapat scholarship YTM utk UITM EMBA program.. walaupon aku gagal, tapi tetap syukur sbb salah seorang dapat.. anyway, aku dapat berita lagi menggembirakan sbb berjaya conceive 2nd baby setelah mencuba berbulan-bulan.. Alhamdulillah.. syukur tak terhingga.. semoga kandungan ini sihat walafiat hingga ke saat kelahiran.. insyallah, baby ni akan lahir mid-July 2007.. kalau Aisya lahir same birthday month macam papa, adiknya pula akan lahir sama birthday month macam mama.. :)

Last July pula, genap 2 tahun arwah mak meninggalkan kami.. pantasnya masa berlalu.. kadang2 termimpi2 peluk & cium mak.. rindunya pelukan & ciuman tu.. kadang2 aku menangis teresak2 sorang2 bila rindukan mak.. tak siapa akan faham kerinduan hati kami adik-beradik melainkan mereka yg turut mengalaminya.. tapi Alhamdulillah, hidup kami adik-beradik semuanya makin stabil.. Nurul cemerlang dgn pelajarannya di UK.. Saiful bz dengan bisnes sendirinya, Kak Mimi Alhamdulillah dah dapat kerja dan Adik dah berjaya menduduki SPM dgn selamat.. semoga hari2 kami yg mendatang semakin cerah dengan bimbingan dan lindungan dari Allah Ta’ala.. semoga kami sentiasa tabah dgn dugaan2 mendatang..

Tahun 2006 juga kami berjaya menabung lebih banyak berbanding tahun 2005.. walaupon tak banyak mana, tapi asalkan lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, itu sudah satu kemajuan.. untuk tahun 2007, kami harap dapat menabung dgn lebih banyak supaya nanti duit rumah dah kena potong, takdela tergezut sangat.. hehe.. lagipon banyak duit nak pakai bila masuk rumah baru nanti.. kami plan nak siapkan interior betul2 baru pindah rumah baru.. maybe end 2007 baru pindah insyallah..

Lepas tu, nak buat lebih banyak amal berbanding tahun lepas.. mungkin tak ada yg grand2, tapi yg penting istiqamah.. nak lebih banyak baca Quran, lebih banyak terawih time bulan puasa nanti, lebih banyak bersedekah, tak kiralah wang ringgit atau barang2 terpakai.. kalau barang2 terpakai tu, daripada dok penuh dalam almari bertahun2 tak sentuh, lebih baikla kita sedekah pada mereka yg kurang berkemampuan.. kat kampung ramai orang susah, sedara-mara pon ramai yg susah.. insyallah akan ditolong apa2 yg termampu..

Lagi satu, aku azam nak luangkan lebih banyak quality time dengan hubby & Aisya.. kalau tak dapat pergi melancong jauh2, dekat2 pon jadila.. yela, dengan perut memboyot, kalau melancong jauh2 pon, takut diri sendiri yg malas nak bergerak nanti.. rugi kan? Tgklah, dalam hati ni, tgh berkira2 nak berjalan ke UK masa Nurul konvo nanti.. tahun 2009/10 kot.. time tu Aisya dah 6 tahun, adiknya 3 tahun.. takdela kena dukung lagi.. senang sket nak berjalan.. so, kenala himpun duit dari skarang.. :)

Ni azam aku yg dah berkarat, tiap2 tahun aku pasang niat nak sambung Masters since 2004.. 2004 siap dapat gi UK lagi dgn tajaan MARA, tapi aku plak mengandungkan Aisya.. and dah tak dapat terbang dah tu.. tapi hikmahnya, aku dapat spend banyak masa dgn arwah mak sebelum beliau pergi.. tahun 2007 ni, hajat dihati nak buat EMBA-UITM.. dah dapat tempat pon since last year tapi atas sbb kewangan, tunda plak ke tahun 2007 ni.. course akan start 1st July.. EDD plak 15th July.. tgh dok berfikir panjang lagi, nak start serentak dgn hubby atau mungkin tangguh lagi.. kalau tangguh lagi, rasanya tak jadi dah ambik MBA.. mungkin nak try Masters in Engin kat UM.. intake Feb 2008.. YTM biasnya tak banyak soal kalau ambik Masters dlm Engin ni sbb ramai sangat apply MBA.. and member2 yg ambik Masters in Engin kat UM semua cakap senang.. tgklah camana.. :) lagi senang, lagi bagus.. yang penting dapat Cert.. hehehe

Huh.. ni azam wajib tiap2 tahun.. nak turunkan berat badan.. hehe.. especially lepas deliver baby nanti.. masa mengandungkan Aisya dulu, my weight naik sampai 20kg.. lepas pantang, berat turun tapi tak turun semuanya.. still ada excess dalam 3-4kg.. harap2 this time dapat control nafsu makan + exercise sket during pregnancy (takleh manjakan sgt badan ni).. so, takdela teruk sangat nak turunkan berat nanti.. huhu.. cuaknya..

This time, nak breastfeed 2nd baby exclusively.. dulu masa lahirkan Aisya, aku tak reti apa2.. dahla caesar.. ingatkan skill breastfeed ni comes naturally.. tapi rupanya tidak.. Aisya taknak minum sbb aku cuba nak bagi lambat sgt.. dia menangis meraung2 sampai aku jadi kesian.. last2 bagi botol.. rupanya nak breastfeed ni kena ada azam & kemahuan yg tinggi.. kena mentally, emotionally & physically prepared.. kesian Aisya.. langsung tak menyusu dia.. kalau ada pon sikit sangat, tu pon yg diperah.. dahla susu tak banyak.. pantang pon sorang2, so takde sapa2 nak ajar or tolong.. no support at all.. syukur Alhamdulillah Aisya sihat walafiat.. she experienced nothing serious so far.. so this time, kena prepare awal2.. harap2 adik Aisya berjaya disusukan.. :) takleh lama, sekejap pon jadila..

Harapan aku, semoga segala impian 2007 akan terlaksana.. semoga Allah permudahkan urusan hidup kami sekeluarga.. semoga kesihatan kami terpelihara.. semoga dilapangkan hati2 kami.. semoga anak2 kami membesar sebagai anak2 yg soleh & solehah.. semoga kami semua bahagia dunia & akhirat.. ameen..