Friday, June 25, 2010

sangat tidak sabar

lagi 2 hari saya akan bebas dari semua assignment yg sgt2 menggugat jiwa raga selama almost 1yr. sgt2 tak sabar ok. i'm trying hard to finish the last assignment with full blast effort. hopefully resultnye nanti worth the effort.

nampaknya, selasa depan bolehla menjengah ke bicester village sbg reward kpd diri sendiri.. hmm, nak beli apa ye? or maybe ke stoke-on-trent menambah pinggan mangkuk maybe.. dah kena mula berangan ni..

Thursday, June 24, 2010

tah pape jer

lately nih asyik mood swing jek. nak kata malas, mcm rajin. kekadang rasa nak cakap banyak2, tapi ada time nak bercakap pon malas. rasa cam nak sunbathing pon ada. tapi tobat hitam legam. tah pape je.

oleh yg demikian, walaupun summer, nak tempek gak background snow ni. saja nak bagi cool sket. macam miss plak kat encik snow. tahun ni nampaknya takde can nak jumpe encik snow lagi. sedih ok, snowman tak sempat bikin pong :( tula padan muka. time winter dok nyorok dalam duvet siapa suruh?

oklah. tah pape jer membebel..

excuses..

bile bosan buat essay assignment, inilah akibatnya.. it always happen ok, like every week gitu.. habisla my kchiinggg!!!

Wednesday, June 09, 2010

it's summer!

but it's raining, almost daily. ingatkan bleh gi park hari2..
niat nak jogging selang sehari mcm kabur jek (haha <--- alasan!)

anyway still rasa happy sbb dah summer. bye2 all the thick, heavy coats (hate it!)
and that's why i changed my skin! i'm feeling 'summer' now!! :)

Monday, June 07, 2010

semput

huh.. semput ok siapkan assignment yg ke 8 daripada 9. tak tidur cukup 24 jam. kalau takde dateline, sure tak siap lagi assignment ni. hahaha teruks (sgt teruks ok!)

mcm tak caya je, dah nak habis 1yr dah kat sini. sure miss gile cuti setahun yg best takyah pk keje ni. hehehe.. lagi 1 assignment kena siap before end next week. then vamonos ke wales. cuti2 caravan. (sian aisya tak ke mana pon school break 1 week. sori ye sayang, mama bz)

hmm.. mana nak pegi lepas ni ek? europe belum jejak lagi ni. asyik jln dlm uk jek. paris ke italy dulu ek? (sambil tangan menyeluk saku yg kosong huhuhu)

Saturday, June 05, 2010

roti jala + kari ayam

tak tahula kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak makan mcm2. pregnant ke? hahaha.. rasanya tidak. maybe sebab stress dengan assignment and project kot. apa lagi, asyik nak makan jer rasa.

so smlm saya decide to study at home, usually saya pergi faculty and study with friends. but since hari Jumaat kena jaga budak2 masa hubby gi solat, so rasa mcm nak stay-in jer the whole day.

hasilnya, lunch saya buat roti jala & kari ayam. tak plan pun. just tiba2 teringin (susah betul kes teringin ni). ni nak share recipe sbb saya rasa mcm recipe ni sgt simple and yet, menjadi. courtesy by kak marjan, a friend of mine..


(gambar courtesy dari internet)
bahan2:
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar minyak sapi (optional)

* utk bancuhan di atas, saya dapat 40 ketul roti jala. kalau nak lebih, sila gandakan qty bahan2 tersebut

steps:
1) masukkan semua bahan di atas dlm blender & blend hingga sebati
2) sieve bancuhan tepung incase ada ketulan tepung (optional)
3) bancuhan ready utk proses mengirai

tips:
1) saya guna nonstick pan yg sgt best. so setitik minyak pun tak perlu. kalau pakai hot plate biasa, maybe perlu leserkan minyak before mengirai adunan
2) saya guna acuan roti jala yg plastik colour kuning tu (ada colour lain tak?). rasanya kalau nak jala yg lebih halus, kena guna acuan tembaga kot (tak sure logam apa)


utk kari ayam, saya guna curry paste Pataks jer sbb malas (gambar di atas). lagipun curry paste ni tak pedas sangat, so budak2 boleh makan. kalau rempah kari pakistan, mau nangis budak2 makan. cara nak buatnya sgt2 simple & cepat.

bahan2:
1/4 jar Pataks Vindaloo curry paste
1 biji bawang besar (dihiris)
4-5 helain daun kari
6-7 ketul ayam
1 sudu besar pes tomato atau 1 biji tomato didadu (optional)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
minyak utk menumis

steps:
1) panaskan minyak. tumis bawang and daun kari
2) masukkan Pataks curry paste dan ayam. gaulkan hingga ayam berpalut dgn curry paste
3) biarkan sekejap hingga ayam agak kecut (api perlahan)
4) masukkan tomato/pes, santan, then air
5) perasakan garam and biarkan mendidih
6) bila dah mendidih, perlahankan api sehingga kari pecah minyak
7) tutup api and siap! boleh tabur hirisan daun coriander kalau mahu

alhamdulillah.. anak2 & hubby suka sgt sampaikan berebut makan. haruslah buat lagi banyak next time. sampaikan si faris masuk dapur berkali2 minta "nak lagi.." so, tak sempat nak ambil gambar pun untuk tempek kat sini. sorryla yer gambar pinjam..

Sunday, May 30, 2010

3in1

i just got this 3in1 package - batuk, selsema dan sakit tekak, which is equivalent to = tak larat. lozenges bekalan dari Malaysia dah habis, so kena beli lemsip kat boots by esok. cuaca panas dan sejuk bersilih ganti sgt2 menduga kesihatan. isk isk

plus, tidur mlm asyik diganggu oleh superFaris. package 3in1 ni dialah yg hadiahkan. alhamdulillah dia dah nak baik. semoga daku cepat sembuh sbb ada assignment nak kena submit next week, then nak kena jumpa supervisor tunjuk progress.

agak2 kalau buat pulut kuning dengan rendang ayam boleh cepat baik tak? tapi persoalannye, apekah kaitan antara pulut kuning dgn package 3in1?

Tuesday, May 25, 2010

my superhero


Hari ni nak cerita pasal si anak teruna, Faris Akasyah. Sorry yer sayang, mama dah lama sangat sangat sangat nak blog pasal kamu. Too much to tell sampaikan mama slalu postpone (alasan hehehe). Entry ni just nak ingatkan mama progress Faris so far. Mama takde diary lain nak jot down itu ini, so hopefully bila Faris dah besar, I have something to remember about you. And you too can read this bila dah besar nanti.

Faris dah 2++ yrs, dah nak masuk 3 tahun this coming July. Kalau nak compare dgn kakak masa this age, kakak is more matured than you in terms of understanding and speech ability. But memang girls matang lebhi cepat dari boys, so don’t worry. Nothing wrong with you.

You talked a lot now when you are awake. Sampaikan mama pun heran mana Faris dapat energy nak cakap banyak2. Almost non-stop. Suara nyaring pulak tu. You’re a strong boy, sbb slalu lompat, lari, stunt and buli kakak. Hehe. Sian kakak kamu. Badan kamu ala2 ada muscle gitu, even papa pun notice.

These few days, you started to be independent during meal time. Memang masa Faris kat T* Taska dah diajar makan sendiri. But tu sebab cikgu suruh. Bila datang sini, mama or papa selalunya suap Faris sbb tak nak bersepah. But now you insist to eat on your own, be it using spoon or hand. I’m so happy for you but sad at the same time. Huhu. Faris dah big boy, not baby anymore.

Sekarang, Faris dah boleh speaking sikit2. Okla tu, better than nothing. You learned mostly from TV and kakak. Mama and papa slalunya cakap melayu jek kat rumah. But when we speak English with you, you usually understood, walaupun nak cakap balik tak berapa reti. Faham tgk cartoon pun dah cukup bagus. Your favourite cartoon/TV shows are Lazy Town, Dora, Ben & Holly, Humf and Peppa Pig. Kalau dulu mama bagi tgk Ultraman and Power Rangers, skarang mama dah banned sbb Faris ‘mengganas’ lepas tgk cerita2 action-packed ni. Until you can choose mana yg ok and mana yg tak ok, mama will ban that kind of entertainment.

Seronok pulak mama bercerita pasal kamu ni. You are so friendly, tak kisahla dgn anak mat salleh or anak Pakistan, semuanya Faris selamba je tegur or ajak main sama2 bila kat park. And yes, you love the park/playground soooo much!! Kalau hari2 pergi park pun tak boring. You like to play football dengan siapa2 jer, slalunya big boys. Then sedih sbb abang2 slalu taknak pass bola kat Faris. Hehe. Kelakar sangat. Bila kamu buat muka sedih, then abang2 pun layan jela sbb takut mama marah diorang. Don’t worry, kalau Faris suka sgt main bola, nanti papa ajar betul2 so that bila besar boleh jadi professional, siapa tahu kan?

Oklah, mama nak sambung buat literature review. For info, at this age, kakak dah dapat adik which is you. So, will you get a brother/sister too any sooner? Kalau mama tanya, Faris cakap nak adik girl. Kakak pun sama. Insyallah, kalau ada rezeki.. but not now, later ok.. love you so much!!

Wednesday, May 19, 2010

Good news Vs Bad news


Smalam ada berita baik dan berita kurang baik.

Lemme start with the good news first. My Aisya has progressed so well at her school. Yupp Aisya, mama lama tak blog pasal kamu sbb mama bz sokmo. Bz apa pon tak tahu la. Papa mesti cakap mama bz online window shopping. Hehehe.

So, today Aisya will receive the rainbow star point award during her school assembly. Actually the star point award tu almost every week pun dapat. Nothing special pun. But I like the way the school here rewards their students. All of the good behaviours and show of improvement will be awarded. But not in material form, just a piece of coloured paper. Cthnya, diroang akan dapat star point kalau habiskan meal or helpful with friends or progresses well in reading/writing or adjusting well to new environment, all sorts of them. I think they believe praising the kids for the good behaviours will make the kids do better and better in all sorts of things and improve their self-esteem. Tak sabar nak bukak kindy yg macam ni kat Mesia nanti (angan2 kena ada hehehe)

So, berbalik pada Aisya, rainbow star point tu maknanya dah pangkat tinggila, sbb star point diberi ikut colour code. But the more exciting news is Aisya said her teacher Miss Kaur told her that she’ll be transferred into Year 1 class next week. I’m still sceptical about this news, but for the time being I just accept it. Maybe we'll ask Miss Kaur some time during this week. Actually it’s good for Aisya coz now she’s placed in Foundation class (mcm tadika) sbb dia lahir in October sedangkan school start in September. Ni kes macam org lahir bulan January la. Since Aisya dah banyak blajar kat TM Taska, agak rugi dia join this group. For English learning, join mana2 group pun ok sbb dia still akan learn a lot. But for Maths, dia macam restart balik. Since mama love maths so much, mama nak anak2 mama pun suka maths gaks (hehehe mama psycho)

Enough said of the good news, which actually healed my sorrow heart a lil bit. Actually yesterday I received my 7th assignment mark and it was so awful. I was so devastated that I now plan to change my strategy for my Msc. It was way below my expectation. I knew I didn’t do so well like the previous modules, but I don’t think it was that bad. Hahaha. Tula padan muka siapa suruh ambil enteng. The mark is one thing, but the comment given is another thing, I found it was too short and too brief for my low mark. So, to satisfy myself, I emailed the tutor (a Dr. perhaps) and asking for explanation. And since the mark is so low, it drags my overall average marks, which make me impossible to get distinction (distinction means average >= 70). I still have 2 more assignments to submit and I don’t think I can get extremely high marks for them (kena dapat 76 minimum). Macam ni la kalau assignment tu all wordings and marking is so subjective. And in order to get Msc with distinction, I need to get distinctions for both assignments and projects. Macam mustahil, bolehkah?

So, now it’s time to change my strategy. Kalau sebelum ni strategy nak dapat distinction, sekarang ni strategy nak dapat Msc jer and nak jalan2 and enjoy my several months left in UK!!! So this weekend, off we go to Manchester (again) nak makan nasi dagang Yat and nasi Arab kat Jazeera (kecur air liur dah ni)! Kalau sempat menyelit, nak shopping kat Cheshire Oak outlet sementara rate tgh RM4.6+ per pound. Then on the way back nak singgah Stoke-On-Trent mengintai Pot Meirion or apa2 set pinggan mangkuk nak diangkut balik Malaysia. Then nak enjoy time dgn hubby and family sementara cuti panjang masih belum habis. Picnic, bbq, caravan, name it. Dah start kerja nanti tobat bz balik cam sebelum ni. Plannya nak gi Europe tapi tix takde yg betul2 menarik buat masa ni.

Tapi 2 assignment yg berbaki and dissertation project akan ku buat bersungguh2 juga. Cuma maybe tak sestruggle sebelum ni sampaikan kena tidur kat library. Apa2 pun, syukur tak pernah fail lagi. Ada gaks member2 yg fail and kena ambil extra subject or resubmit new assignment, which will consume another 3 weeks for them. Macik tak sanggup nak gi kelas lagi & buat balik assignment. Life must go on. Yg lepas tu biarla lepas. Kan kan?

Monday, May 17, 2010

Gemoks

Yupp, terasa sgt gemoks skrg ni.. kalau masa winter makan banyak sbb nak panaskan badan and asyik rasa lapar, sekarang dah panas pon asyik makan banyak – no change.. jeans pon dah terasa ketat. Ni mesti sebab musim BBQ and too much ice cream. Oh sinful food. Susah betul nak menolak godaan. I think it’s time to make a change before I get back to work. Takkan nak kena tempah baju kerja baru kot? As a start, these are my plan:
  • On alternate day, we will go to the park (hubby dah agree). While kanak2 bermain di playground, saya perlu jogging or brisk walk selama 20minutes, at least.
  • Every no-jogging day, I will walk to Uni.
  • Lunch limited to 1 cup of rice and extra vege, and dinner should be before 8. After 8, kalau lapar, limit to 1 cup coffee (without milk) and 1 biscuit/fruit.
  • Every morning, must do 5 minutes stretching (for targeted spots, which are too much hahaha)
  • Jot down what I eat
  • Drink plenty of water (2L)
My plan ni semuanya basic things and just cuba jaya, takde refer mana2 pon. So, dalam minggu ni, I will buy weighing scale sbb dah 7 bulan dah tak timbang berat, terasa sgt kejam pada diri. Jeles dengan my brother yg dah berjaya turun dari 123kg ke 100kg. Sampai tergezut tgk dia masa turun London harituh. Ni bukan semata nak kurus, just nak sihat and nak slim sket. So that tak perlu berbelanja lebih utk beli baju and seluar baru. Huhu. Wish me luck!