Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

mem'Photobook'kan gambar kahwin

masa dok mengelap habuk kat frame2 gambar siang tadi, terpegang frame gambar kawen yg bestfren arwah mak hadiahkan, siap engrave tarikh nikah & nama daku + En Hubby atas frame pewter, nostalgic gittew.. hehe

then, bila tgk gambar kahwin yg kat dlm frame tu, dah melekat smacam kat cermin frame & dah tak boleh dipisahkan.. kalau cuba juga sure koyak rabak.. hemm.. dan2 tu teringin nak buat photobook utk gambar2 kawen.. almaklumlah, masa kawen dulu bajet minimum for gambar2 ni.. then, masa tu digital photography masih mahal, ingat lagi my 1st camera (1 yr after kawen) harganya almost rm2k! sekarang dah bleh dapat DSLR dgn nilai tu.. tapinyer, masalah skrg semua gambar2 kawen tu ada negatif filem sahaja, tak pun ada hardcopy.. takde langsung softcopy.. :( cemane nak buat photobook ek kalau takde softcopy?

boleh ke aa nak convert from filem ke digital? anyone arif about this? dah mula mengidam dah ni.. huhuhu

Saturday, February 26, 2011

my pending tasks!

(spring cleaning mode, sambil memvacuum sawang & habuk kat blog ni.. achumm!)

dah sebulan tak apdet.. bukan malas tau, tapi tak sempat :( azam nak berblog every 2 days nampaknya gagal so far. hampa sungguh. dah nak masuk March dah, kejap jer rasa masa berlalu. ni gara2 kerja kat ofis yg semuanya nak kena siapkan ASAP, meeting pula pagi petang.. sampai berasap otak i uhuks.. maklumlah org HQ (bak kata org2 region), kena mengadap VP every week plak tu.. fenat and feninglah.. tapi so far tak nampak ruang nak boloskan diri keluar ke unit lain, kalau ada pon, keluar terus dari TN (bukan nama sebenar, bak kata fateh).. but i ada 2 tahun lagi to serve the Co, ya Allah kuatkan semangat hambamu ini.. ameen..

dek kesibukan i yg tak seberapa ittew, banyak sungguh personal matters i yg pending, antara yg i masih tak lupa:

1. jumpa dentist - dah lebih setahun pending, since before gi uk ok.. dan skrg dah terasa kesan lama tak service huhu ***

2. buka akaun SSPN Aisya & Faris - sian budak2 ni, asyik tertangguh aje ***

3. buat insurans utk sekeluarga - agent dah ramai yg call, tapi i yg selalu takde masa nak appointment **

4. print gambar - ni memang pending dah bertahun2 lamanya, dan gambar pula makin menggunung dlm laptop.. harus buat sesuatu ni **

5. design photobook - ni solution utk no.4, but bile nak implement wallahualam.. harap2 tahun ni dapat siapkan 2 ketul yg dah purchase tu **

6. belajar menjahit - yg ini mcm takkan berjaya lagi jer tahun ni.. *

7. remove implanon - kalau tak buat yg ini dengan segera, projek pembesaran keluarga takkan berjaya.. ***

8. sort out baju2 lama utk sedekah - tahun ni dah 2x buat, but tak menyeluruh.. harus allocate sehari suntuk nak buat benda ni.. **

9. buat built-in cabinet kat tkt atas - storage rumahku ini sgtlah limited, so i need this very much.. tapi nak curi masa nak gi survey pon tak sempat **

10. upgrade apartment puchong & sewakan - shame on me, ada apmt yg arwah mak tinggal (rumah i before pindah ke rumah sendiri), tapi tak sewakan pon sbbnya need some fixing & painting.. and ada lagi brg yg tak pindah ke sini..rasanya nak kena ambik cuti to implement this.. **

11. plan trip convo UK & Spain/Turki - duit tgh dikumpul tapi so far takde plak tiket yg murah.. boring betul.. bilala nak dapat tiket return rm2k ni :P ke dah takde promo yg mcm ni? ***

12. plan vacation ke Krabi - ni gara2 my ex-bos canang tpt ni best gile, massaga & spa murah, makan pon sedap & murah & banyak yg halal, dan paling penting Phi Phi Island sgt cun! ni berdasarkan review my bos yg dah pergi byk negara dlm dunia ni.. ** 

13. update kesah Europe trip kat blog - aiyak.. ni pon kena buat segera sebelum lupa! **

erk... baru pk 10 minit, dah ada 13 pending task dlm list.. rasanya cukup dulu kot utk tahun ini hehehe.. ni pon belum tentu sempat buat semuanya.. nak kena setelkan mengikut bilangan *, lagi banyak lagi urgent! alhamdulillah seb baik dah buka kedai (ni pon lepas hubby dok tanya hari2).. kalau idak, sure lagi serabut kepala ini huhuhu

nampak gaya, kena setelkan yg *** dulu, then baru i bleh pk nak prioritize yg **.. semoga i berjaya!

Monday, October 11, 2010

overweight mode :(

i'm now thinking of ways on how to shed those extra weight i gained while i was in UK. at least, i can go back to my previous weight, walaupun itu bukan berat ideal.. semua org ingat dok sana bleh kurus sbb susah makan. but the fact is, food is sooo easily obtained and plus, i cooked everyday.. tahu2 jela kalau sendiri masak and tak mahu membazir.. and bila semua jenis makanan pon rasa nak masak.. huhuhu..

sampai jer kat klia, semua pon tegur badan makin berisi.. teguran yg subtle ada, yg pedas pon ada.. muahahaha.. padan dengan muka siapa suruh tak control makan.. antara sebab kegemukan bertambah selama setahun:

sweet drinks and cola
dairy product ~ cheese, full cream milk, eggs
carbohidrate ~ pasta, roti canai, nasi, pastry, bread
lack of exercise
lack of water intake

nak join slimming center buat masa ni masih belum mampu.. rasanya lebih afdhal kalau join fitness center, but need to find time for that because i will lose some precious time with my kiddos.. yerla kan, for sure nak gi gym tu paling sesuai lepas time kerja, walhal tu jela time nak spend time dgn anak2, tgk homework, dinner sama2, mengajar ngaji dsbgnya.. takut nanti balik jer dari gym, budak2 dah tido.. :(

now, my main mission is to overcome those 5 contributors to my extra weight! plus nak cuba makan phytonatal utk lancarkan sistem badan.. urat2 pon sakit2 sbb badan lama tak service.. stresslah jugak bile try baju2 lama semua sendat2.. risau ni, cemana nak pregnant lagi kalau berat tak turun? adoii.. i need to take this personal issue seriously as nobody else can help me except myself..

wish me luck!

Saturday, October 09, 2010

i'm back and i'm lemau

alhamdulillah dah selamat pulang ke tanahair tercinta! tapi sgt malas nak update apa2, sbb badan sgt lemau, penat.. tambah2 perubahan cuaca yg mendadak dari 10-13 degree di UK ke 30 degree di Malaysia.. budak2 mandi 5 kali sehari kot, dah mcm solat pulak.. hehehe

will update on our europe trip very soon.. sgt best dan penat! tapi sgt2 berbaloi! kena gaks buat travelog kat sini, otherwise sure lupa semua benda nanti huhuhu..

chow chin chow! (harumnya gulai lemak ketam yg mak tgh masak hehe)

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan is leaving us.. :(

Alhamdulillah, berpuasa di bumi UK selama 17-18 jam membuat saya rasa betapa besar nikmat Allah beri selama ini. Syukur dapat pengalaman ni. Separuh Ramadhan bertungkus lumus siapkan dissertation. Berkat Ramadhan, Alhamdulillah, berjaya juga yeay! Walaupun tidur tunggang terbalik, sahur dan iftar tak sempat nak fikir pasal food, Alhamdulillah, Allah maha kaya, rezeki tak pernah putus. Insaf kejap mengenang nasib saudara kita di tempat lain yg tiada makanan utk bersahur dan berbuka. Sedang kita semua mewah dgn lauk pauk dan kuih muih :(

Bulan puasa ni, saya suka sampaikan dakwah kecil pada rakan2 bukan Islam. Diorang kagum dgn umat Islam yg mampu menahan lapar, and not even can drink plain water. saya bagitahu "it's all in your mind and faith.. and it's amazing how human body works.. " mcm org Kristian, diorang pon ada puasa jugak, tapi rasanya boleh minum plain water. ni pon saya baru tahu, selama ni ingatkan Hindu jer puasa..

And nak share, kat sini, org2 Arab atau Pakistan yg kaya raya berebut2 nak menaja juadah berbuka di chaplaincy2 atau di masjid. semua nak rebut pahala. walaupun umat Islam minority di sini, tapi ramai Muslim yg zuhud. Masya Allah. sangat2 kagum. sama2 kita renungkan ok.. mungkin sebahagian drpd duit kita, boleh disedekah ke masjid2, or rumah anak yatim.. memberi makan org berbuka pahalanya amatlah besar tau kawan2..

Untuk persiapan raya kami, tiada apa2 yg istimewa. tahun ni raya paling modest, and paling frugal. niat saya satu jer, nak menjamu kawan2 sekelas before masing2 balik ke negara masing2.. ukhuwah it penting! baju raya, pakai je baju dari tahun lepas, tak kisah sgt pon.. saya just tak sabar nak solat hari raya.. it used to be my favourite time spent with Arwah mak.. saya rindu takbir yg mendayu2 tu, menikam2 kalbu gittew (owh, sebakness is coming)

But at the same time, saya sedih Ramadhan dah nak habis.. bak kata Semah, bulan Ramadhan buat kita jadi mode baik and lebih beriman.. itulah rahmat Ramadhan.. maybe sbb syaitan semua kena ikat kot.. hihi.. walaupun tak dapat nak solat terawih di surau sbb menjaga kiddos, azam terawih masih lagi termakbul.. semoga tahun2 akan datang berpeluang terawih kat masjid.. really miss it.. balik Malaysia nanti sure bizi bizi bizi.. azam saya, balik Malaysia nanti nak banyakkan quality time utk diri sendiri and family.. kerja tu sampai mati pon tak habis kan kan?

Nak cerita pasal dissertation, but dah ngantuk.. pen off dulu lah.. chow chin chow!

Sunday, August 15, 2010

Tazkirah pagi..

Salam lovelies (kalau ada org read la kan.. =)

pagi tadi alhamdulillah masih berjaya bangun sahur..
tdo hanyalah 1 jam sbb smlm iftar berjemaah di rumah jiran - blk pukul 1am..
but since nak rebut pahala sahur, kami tetap bangun..

lepas sahur, sementara tunggu perut agak reda, hubby and saya borak2..
ianya lebih kepada tazkirah pagi sementara menunggu subuh..
hubby ckp semenjak dok sini, banyak perspective dia berubah..
kalau kat Malaysia, being a Muslim is so complacent..
nothing to worry much, we just go with the flow..
bila kat sini, hubby cakap dia mula banyak membaca,
diverse of opinion about things in Islam,
yg sebelum ni kami hanya follow without questioning..
sbb education kat Malaysia, apa yg cikgu ajar semuanya betul..
tapi kat sini, culture berbeza, semua benda kita argue fair and square..

then, we talked about perception pasal mazhab2 lain,
sebelum slalu buat muka heran bila tgk mazhab lain solat..
but kat sini kalau solat dlm 1 saf tu, mcm2 cara org solat..
nothing weird pon, yg penting, kita sembah Allah yang Esa, niat kita sama..

besides that, hubby cakap, pengalaman kat sini mengajar dia utk tidak simply judge org..
me also agree on this.. sgt2 terkesan pengajaran ini..
cthnya, org Islam tapi minum arak.. or tak perform solah..
kat sini ramai org mcm tu, but masih bangga menjadi Islam..
syukur mereka masih Islam, but itulah tugas kita sbg khalifah Allah..
menegur mana yg terang2an salah.. dan mengajak berbuat kebaikan..
mungkin mereka mmg tak diajar mempraktik Islam since nenek moyang..
macam kitalah juga, lahir2 dah Islam.. so, sangat2 complacent..
cumanya kita ni syukur, kat Malaysia Islam dipraktik and diterap sejak di sekolah..
tapi mereka maybe education sekular, so, takde siapa2 yg menunjuk ajar.

so, sama2lah kita syukur, kita lahir dalam Islam..
but perjalanan masih jauh.. masih banyak yg perlu kita belajar..
yang penting, jangan berhenti mencari.. keep on going!

wassalam.. :)

Thursday, August 12, 2010

The longest fasting day

Semalam pengalaman pertama berpuasa di Negara orang setelah 30 tahun menjadi khalifah di bumi Allah..

MasyaAllah, sungguh2 rasa gembira dan bertuah. 1st time dapat pengalaman berpuasa selama 18jam! Lagi 6 jam jer nak cukup 1 hari.. surely akan rindu perasaan ini lepas balik Malaysia nanti.. :(

Hari ni maybe dah kurang sket, rasanya dah jadi 17jam lebih duration berpuasa.. MasyaAllah, kagum sgt dengan how human body works.. Kalau ikut akal, rasa mcm tak terdaya jer nak puasa selama itu. But Allah maha Pencipta, Dia dah buat badan dan akal manusia mampu menahan sabar dan cabaran sedemikian rupa.. ni baru sikit jer cabaran, baru suruh puasa, bukan suruh pergi perang pon :P Bayangkan orang2 yg takde makanan utk dimakan, semoga mereka beroleh rezeki lebih di bulan rahmat ini.. ameen..

Since semalam sahur ala kadar sahaja dgn sup ayam dan telur dadar, utk iftar kami makan ‘mewah’ sket, lagipun ada tetamu.. saja ajak kawan2 yg belum berkeluarga utk sama2 berbuka. Surely diorang pon rindu kat family di Malaysia, at least ada juga perasaan kekeluargaan bila ramai2 berkumpul.. and saya jemput juga rakan Khazakstan yg bukan beragama Islam, just nak mendekatkan dia dengan cara hidup dan amalan umat Islam di bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, dia suka dgn lauk-pauk yg kami masak :P

Lauk2 kami semalam: grilled lobster with butter and garlic, siakap 3 rasa, sayur campur dan tempeh goreng kicap.. utk desert, saya masak bubur jagung, dan member bawa creampuff with chocolate sauce.. sgt2 yummy! Alhamdulillah tiada pembaziran, semua lincin! Perut sungguh2 gembira! Hehe.. actually takdela mewah mana pon, cuma mewah sikit dari lauk2 biasa. Lobster tu pon 1st time beli kat London sbb murah amat, 1 ekor 5 pound = RM25.. kalau kat Malaysia, mana nak dapat kan? but honestly, saya lebih suka udang dan ketam.. biasa2 saja ittew lobster.. :)

Alhamdulillah, dah masuk 2 Ramadhan dan dah berjaya terawih 2 malam berturut2.. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. (berniat tanak tinggal terawih tahun ini) semoga Allah mudahkan segala urusan di bulan mulia ini..

xoxoxo

Friday, August 06, 2010

Islam itu indah...

Tinggal kat UK di mana majoriti orangnya non-Muslim membuat saya rasa betapa bersyukurnya tinggal di bumi Malaysia.. di Malaysia, makanan halal senang nak cari, masjid dan surau kat mana2..


Tapi Allah bagi saya peluang 1 tahun tinggal di bumi mat saleh utk saya belajar bukan sahaja akademik, tapi juga pengalaman.. masa mula2 sampai sini dulu, semua saya rasa susah, nak makan, nak solat.. pernah saya mengeluh, kenapalah saya nak sangat belajar kat UK ni..

Tapi sekarang, persepsi saya dah berubah.. contohnya utk solat, kat sini tak siapa kisah kalau saya solat dalam library kat tepi meja.. siap hampar sejadah lagi.. atau solat di tengah padang masa pergi safari park selasa lepas.. atau solat dlm fitting room or starbuck bila pergi shopping mall.. kat mana2 saya boleh solat dgn aman, tanpa rasa takut kena tegur, kena marah, atau diberi jelingan hairan.. kawan2 bukan islam pon siap ingatkan lagi waktu solat.. pengalaman ni takkan saya lupa sampai bila2.. priceless!

Saya sedih bila kat Negara kita yg banyak masjid tu, kita selalu cari alasan untuk justifykan condition kita bila kita susah nak solat.. kita tak ready dengan telekung dan socks and tak bawa sejadah sbb selalunya kita yakin yg kat mana2 ada surau.. but bile surau penuh atau tak ada surau, ianya menjadi alasan utk kita tak sempat solat..

Bila bab makan, kat sini saya belajar utk berhati2 dgn apa yg dimakan.. Alhamdulillah kat sini kalau dia label vegetarian, insyallah tiada unsur haiwan (rules) but kadang2 ada liquor or wine – yg ni kena baca kat ingredient but selalunya straight forward.. kalau nak makan kat Subway or McD or Burger King, kami berhak tanya in detail macam mana food preparation dibuat.. guna same oil ke, same pengepit ke, semua soalan akan dijawab satu persatu.. ada pernah sekali tu, saya dah kelaparan amat dan nak makan fish burger.. mamat kat kaunter tu siap cakap dia akan buat special utk saya (minyak baru).. atau kalau nak senang, makan jer tuna or seafood.. tak payah nak memilih2, cerewet2.. makan aje apa yg ada.. syukur sbb dapat makan dan isi perut yg lapar..

Tapi bila kat Negara sendiri, tak pernah pun nak betul2 siasat halal/haram kat restoran2.. or halal/haram makanan2 dalam tin.. semuanya kita belasah jer and ambil mudah.. semua nampak sedap aje kan? Saya pernah tanya waiter kat Chilli’s, “halal ke daging2 ni..?” dia jawab “oh, halal..” sambil dok serve arak kat meja sebelah saya.. hermm, musykil kejaps..

Lagi satu yg saya suka kat sini, non muslim bebas nak masuk surau, nak belajar agama, nak dengar khutbah, or nak cuba ikut jemaah solat.. even sekarang saya ada seorang kawan kepada kawan saya, warga Kazakhstan, kami selalu belajar sama2 kat surau sbb nak stay up sampai pagi.. dia suka duduk surau sbb dia rasa motivated utk belajar.. kat surau kami ada small library.. then bila ngantuk, dia akan baring kat surau bahagian pompuan.. bila orang azan, dia dengar.. bila org solat, dia perhati.. saya harap Allah buka pintu hati dia utk Islam.. cuba kat Negara saya, cuba non-Muslim masuk surau, sure heboh sekampung..

Islam itu indah kan? Tapi kita manusia yg selalu menidakkan keindahannya.. dan tidak lebih mengindahkannya.. sama2lah kita renungkan..

Akhir kata, salam Ramadhan untuk semua.. jimat2lah berbelanja juadah berbuka, lebih afdhal kiranya duit overspending tu disedekahkan kepada org yg kurang mampu nak menikmati juadah hebat mcm kita.. insyallah kebahagiaan mereka nanti akan membahagiakan kita kelak..

Wassalam..

Friday, July 02, 2010

i'm happy i'm 30!

alhamdulillah. semalam 1 july 2010 genaplah umur saya 30 tahun, kalau ikut kalendar masehi. kalau kalendar hijrah, birthday saya 18 syaaban 1400h. alhamdulillah Allah masih bagi peluang utk saya meneruskan liku2 hidup sbg khalifah di bumiNya.

bday ke-30 ni kalau ikut adat org Cina, sgt bermakna utk diorang. My Taiwanese friend cakap, on 30th birthday mak dia akan hadiahkan something special sbg tanda ingatan, like neclace ke, bracelett ke. maybe sbb mak dia dah berjaya besarkan anak dia kot. but since my mum dah takde, maybe i will buy something special for myself. bukan sbb nak ikut adat org lain, but just for my own thought on my achievement so far. tgh dok pk2 lagi ni..

(bercuti di Cymru (or Wales))

at the age of 30, i feel contented with my life. of course saya nak lebih dari apa yg saya ada sekarang. but i want to try to be wasatiah, bersederhana dalam hidup. saya syukur dikurnkan anak2 yg sihat dan cerdas, suami yg memahami dan bertolak ansur, peluang belajar di negara org, kerjaya yg stabil, hati yg tenang, kawan2 yang thoughtful, adik-beradik yg akrab, dan macam2 lagi nikmat kurniaan Allah. tapi kita manusia selalu mengeluh bila hanya 1 nikmat ditarik. tak baik kan? banyak2 bersyukur dgn apa yg ada. sedih bila tgk or baca berita pasal sedara2 seagama di negara lain. rumput pun diorang rebus tau sbb dah takde makanan. sedangkan saya tak perlu nak berkira2 pon utk makan. terlebih makan lagi ada la.. huhu

so, azam saya sempena umur 30 ni, i want to love more and give more. saya ingat pesanan arwah mak, suruh saya selalu berdoa, minta dgn Allah supaya jadi pemurah dan penyayang. rajin2 sebut Ar-rahman dan Ar-rahim. and saya nak cepat2 pergi umrah dan tunaikan haji. kalau ikut jadual haji saya, tahun 2016. tapi rasanya kalau pergi lebih awal, lebih afdhal. yg ni kena tunggu MIL pencen, boleh jagakan anak2 bila saya ke tanah suci nanti. harap2 boleh pergi tahun 2013/2014. kalau tak dapat gi haji terus, insyallah nak pergi umrah dengan kakak and adik2. lagi azam saya, nak jadi ibu yg superb mcm arwah mak saya. nak continue the legacy :)

birthday kali ni agak special, sbb celebrate di UK. so, insyallah saya akan ingat sampai bila2. sangat2 terharu bila rakan2 course datang buat suprise kat rumah. sangat2 suprised ok. thanks to Yuichiro (budak Jepun), Carlos (from Colombia), Eric, Zamie & Shina (3 org ni Malaysian). And thanks to Claire (Taiwanese) dan Bonita (from Hong Kong) sbb bagi presents yg sgt comel! surely i will miss all of you very soon :( will miss the time we we studied and slept together in the library :)

and LOADS of thanks to hubby, sbb bagi peluang saya belajar lagi, jauh pulak tu. hubby berkorban tak dapat gaji setahun utk saya. sgt2 terharu my dear. and hubby juga banyak ajar saya menjadi seorang yg bersederhana. kalau tak kerana hubby, surely saya gile beli barang2 branded. huhuhu. dahla senang nak shopping skrg ni. main click2 jer. biarlah tak penah dapat gucci, channel, tod's or burberry, i still love you and will always do. duit utk handbag2 mahal ni saya simpan utk belanja kakak and adik2 yg saya cintai. bak kata hubby, kena buat yg wajib mcm pergi haji dulu baru boleh bermewah2. tapi kalau ada handbag branded below rm500, saya beli kot. hehehe (i'm still a normal woman) but surely sizenya pon comel jek kan? takpelah, hati saya belum mampu. dah cuba nak beli kat bicester last tuesday but hati tak bagi. nafsu jer membuak2 hahahahaha

see? i'm happy i'm 30. harap2 lepas ni saya lebih banyak berbakti. tak kira la utk siapa pon. utk company, utk suami, utk anak2, utk family, utk kawan2, dan utk environment. i hope i will always be happy and make people happy

me, full of love... :)

Thursday, June 24, 2010

tah pape jer

lately nih asyik mood swing jek. nak kata malas, mcm rajin. kekadang rasa nak cakap banyak2, tapi ada time nak bercakap pon malas. rasa cam nak sunbathing pon ada. tapi tobat hitam legam. tah pape je.

oleh yg demikian, walaupun summer, nak tempek gak background snow ni. saja nak bagi cool sket. macam miss plak kat encik snow. tahun ni nampaknya takde can nak jumpe encik snow lagi. sedih ok, snowman tak sempat bikin pong :( tula padan muka. time winter dok nyorok dalam duvet siapa suruh?

oklah. tah pape jer membebel..

Wednesday, May 05, 2010

bersyukur

alhamdulillah.. co. baru annouce and distribute bonus for 2009 performance. suprisingly, different LOB get different amount of bonus in order to promote competition between LOBs. for me, that will be an efficient reward system if everyone is honest with their performance reporting. hopefully this new system will encourage everyone to work harder than before, less kopi2 time, gossip2 and sesi jualan langsung!

bersyukur.. tu je yg mampu terlintas kat fikiran. sepanjang kehidupan yg dah nak masuk 30an ni, tak ternilai nikmat kehidupan yg Allah bagi. baik dari kesihatan, mahupun pelajaran, kerjaya dan kewangan. alhamdulillah, marveles! paling bersyukur Allah bagi ketenangan hati, which is rasanya sangat2 bermakna. yelah, ada orang harta duit menggunung, mampu beli itu ini, tapi hati sentiasa tak tenang. ada juga yg berpangkat tinggi, tapi jiwa kacau, tak pernah tenteram dengan apa yg ada. paling takut, hasad dengki dan busuk hati, nauzubillah. biarlah hartaku tak menggunung, pangkat setakat yg ada, yang penting hati tenang, jiwa aman. macik tak kacau orang, orang tak kacau macik. semoga Allah lindungi kami (dan kamu) dari segala penyakit hati..

oh ye, back to perkara perenggan pertama (bonus), rasanya tak pernah merasa reward sebanyak ini dari co. walaupun hanya dapat 9/12, it is way more than what i expected. so, bolehlah mengcover ketiadaan bonus tahun 2010 (ulalalala). di kala member2 bz dengan perancangan belanjawan bonus, i pula masih tiada plan. tapi yg pasti, nilai bonus dah pun susut tanpa perlu ada apa2 plan (teruk kan?). online sales sgt2 menduga nafsu shopping i, yg biasanya susah nak datang anginnya. tapi bila sekali melanda, macam ribut taufan yg tanpa henti pula tu. but i think i'm still being a bit frugal here. what i spent on is mostly for future investment. memandangkan nilai pound yg menurun dan harga barangan di malaysia yg over-priced, sangatlah wajar i spend sedikit especially utk barang2 keperluan asas mcm pakaian dan kasut. tak salah kan? semoga musin sales cepat2 berakhir, kalau tidak, time break je jengah mcm2 'kedai'. sakit mata macik tgk itu semua. makin nipis poket macik taw. huhu

berbalik pada tajuk asal, harap2 dengan limpahan nikmat yg Allah bagi, bertambahlah ingatan dan amalan kami padaNya.. dah psg niat, balik Malaysia nanti nak banyakkan bersedekah pada yg kurang bernasib baik. amalan ni selalu arwah mak amalkan (Alhamdulillah), so entry ni purposely utk ingatkan diri sendiri (dan kamu, ok). sedekah tak semestinya dengan wang ringgit atau harta benda shj, sedekah tulang empat kerat tolong orang susah pun mungkin lagi banyak pahalanya jika dibuat dengan ikhlas. cthnya, tumpangkan kereta kat makcik yg sedang jalan kaki tgh panas, tolong oku lintas jalan, sedekah baju2/toys lama (yg elok) pada rumah anak yatim or saudara-mara yg kurang mampu, sedekah or quran or sejadah pada surau/masjid/ofis/sekolah. mcm2 kita boleh buat kan? sedekah doa pon boleh, sedekah nasihat pon ok. semoga dengan banyak sedekah, hati semakin tenang, happy and humble.. yg penting, kena ikhlas ok..

kalaulah kita rasa tak cukup dengan apa yg kita ada, masih ramai hamba Allah yg kurang bernasib baik dari kita dan memerlukan pertolongan. semoga sumbangan kecil kita membawa seribu makna pada kehidupan umat yg lain..