Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

Singapore ~ Day 2

sambungan daripada entry before this.. 

hari ke-2 di Singapore memang dedicated untuk ke USS. tiket ke USS telah pun selamat dibeli 2 hari sebelumnya. it took me a few days juga nak decide samada nak beli tiket daripada official website atau melalui agent. selepas membuat perbandingan kos serta mengambilkira penjimatan, akhirnya tiket dibeli melalui agent. harga yg ditawarkan agent utk 2 tiket dewasa & 2 tiket kanak-kanak adalah RM570 (2xRM155 + 2xRM130). kami juga menambah express pass utk setiap seorang, so tambah lagi RM400 (4xRM100). so in total harga tiket kami adalah RM970. risau juga dgn risiko yg diambil tetapi selepas baca banyak testimoni, hati yakin dgn keputusan yg dibuat. Alhamdulillah kesemua tiket dan express pass diterima melalui email sehari sebelum bertolak.. risau den.. huhu

Day 2 - 1 May 15

7.00am    :   kami bangun awal pagi, semuanya bersemangat nak ke USS. actually pergi awal ke USS adalah salah satu tips (Tips #1) utk mengelak daripada crowd yg semestinya ramai especially pada cuti umum macam Labour Day

8.30am    :   selepas makan alas perut di hotel & pack sandwich sebagai bekalan, kami menaiki MRT di Dhoby Ghaut station untuk ke Harbour Town station. tak perlu transit2, hanya 1 line sahaja. di Harbour Town station, kami board train Sentosa Express di station VivoCity untuk ke Sentosa Island. actually nak ke Sentosa Island ada banyak cara; by car, bus, train or cable car. we chose train sebab murah. harga tiket per entry ke Sentosa Island adalah SGD4/seorang, boleh round the whole island using same ticket

9.00am    :   turun di 1st station di Sentosa Island iaitu Waterfront station di mana terletaknya USS. follow jer crowd menuju ke mana, sebab pastinya semua nak ke USS. since gate USS belum buka (open at 10am), kami bergambar dulu di landmark paling tersohor USS sementara orang tak ramai. then, ternampak Malaysian Food Street foodcourt just besides USS entrance. since lama juga nak menunggu USS, rasanya lebih afdal utk isi perut terlebih dahulu. dalam banyak2 gerai kat foodcourt ni, hanya ada 2 gerai halal; 1 selling roti canai & briyani and another 1 selling nasi lemak & mi goreng. we had 2 nasi lemak & 2 roti canai for breakfast utk seisi keluarga. sedap sgt rasa, maybe sbb dah rindu nasi lemak KL hehe. sepinggan nasi lemak dengan ayam harganya SGD6, not bad la kan.. tipsnya - jangan convert :P (Tips #2) 

post wajib!
Malaysian Food Street
love the ambiance in here
9.45am    :   kami mula beratur di express lane bersama dgn crowd yang semakin ramai. syukur sangat dah beli tiket online (Tips #3) sbb tak perlu Q utk beli tiket.. dengan 2 anak kecil, memang terasa sgt penting to get ready in such way


10.00am   :   akhirnya gate dibuka yeehaa! apa lagi, kaki laju menapak masuk dan terus menuju ke Sci-Fi City. memang dah study & baca tips2 di internet suruh prioritize semua rides yg best2 (Tips #4) . kali ni sebab dah bayar mahal, semua orang dipaksa naik semua ride hehe. barulah berbaloi. 1st ride kami adalah Transformer. since we came in 6 (2 adult, 2 kids, 1 small kid & 1 baby), so kenalah take turn utk naik rides. Hb partner dgn Faris & me partner with Aisya. Imran & Maryam mmg tak boleh naik most of the rides (especially Maryam). the best part is using express pass (Tips #5), langsung tak perlu Q panjang. kalau kena Q pun, dalam 5-10min sahaja. memang berbaloi baloi..








to cut short the story, these are the rides yang kami naik:

  1. Transformer Ride
  2. Accelerator (small kids allowed)
  3. Revenge of The Mummy
  4. Treasure Hunters (small kids allowed)
  5. Jurasic Park Rapid Adventure
  6. Dino-Soarin
  7. King Julien's Beach Party-Go-Round
  8. Shrek 4-D Adventure
  9. Puss-In-Boots
  10. Magic Potion Spin (small kids & babies allowed)
  11. Sesame Street Spaghetti Space Chase
  12. Sesame Street Stage Shows ~ When I Grow Up

rasanya tu jer kot. tak sempat nak tgk Waterworld stunt, naik Canopy Flyer, tgk Lights Camera Action show, tgk stage shows or bergambar dgn characters sbb orang semakin ramai bila dah semakin petang. timing banyak yg clash, mmg sengaja kot diorang buat mcm tu supaya org datang lagi lain kali. bila dah petang, kids pun dah start cranky sebab cuaca panas sgt dan kaki dah lenguh. so this is the time kami bergambar di sekeliling USS. bergambar pun dah takde mood sebenarnya hehe. through put the day, kami just break for solat, makan & toilet sahaja. untuk makan agak murah, kami keluar ke Malaysian Food Street foodcourt sebab harganya half daripada harga food dalam USS (Tips #6) masa nak keluar, cakap je nak re-enter dekat gatekeepers tu, nanti diorang akan cop tangan kita. nak masuk nanti dia just check balik cop tu. not much hassle pun

6.00pm    :   we decided to go back. before that, kami pergi jalan2 kat waterfront ada fountain and orang lepak2. dari jauh nampak kapal Star Cruise yang femes itu berlabuh. then kami bergerak ke station Waterfront utk pulang. terkejut tgk orang raaaamai sangat tgh Q nak balik. terasa ralat sebab tak gerak balik awal sikit (Tips #7). but Alhamdulillah, since kami bawa anak2 kecil, Allah permudahkan urusan dan tak perlu Q lama sangat

7.30pm   :   sampai di Dhoby Ghaut station, mula2 niat nak balik hotel dulu & keluar dinner later. tapi badan dah letih sangat2 & kaki rasa nak tercabut. so kami decide utk terus dinner before balik ke hotel. we had KFC, sambil gilir2 manage anak2. hubby just tapau KFC balik sbb dah tak larat sangat2 & anak2 dah tak mampu nak bekerjasama hehe

sampai je bilik hotel, semua dikerah utk mandi & solat.. then chit chat sambil tgk tv, reminisce balik ride2 yang best tadi.. tup2 semua dah tertidur kepenatan.. Alhamdulillah, another day well spent. so, tinggal sehari jer lagi cuti2 Singapore.. bersambung later :P 

Monday, May 18, 2015

Kali pertama ke Singapore ~ Day 1

End April lepas menandakan percutian pertama kami ke Singapore. Ianya bersempena dengan cuti panjang 5 hari; company force leave + cuti hari pekerja + cuti hujung minggu + cuti ganti hari wesak. Kami membuat keputusan untuk menaiki flight kerana ianya percutian 3 hari 2 malam sahaja dan dijangkakan Johor dan Singapore akan sesak pada hujung minggu tersebut. Itinerary percutian kali ini agak ringkas kerana ada nangoi-nangoi yang masih kecil.. :) 1-2 minggu sebelum ke Singapore persiapan telah dimulakan dengan membeli tiket flight dan membuat tempahan bilik hotel. lokasi hotel juga diambil kira supaya senang untuk bergerak ulang alik dari hotel ke public transport terdekat. Plus, once dah sampai sana nanti tak buang masa nak google tempat mana nak visit & hal ehwal transportation.. so let's start with Day-1..

Day 1 - 30 Apr 15

930am   :    bertolak ke Putrajaya Sentral untuk park kereta. Setengah jam kami mencari parking berbumbung tetapi tak berhasil (RM4/day). So kami decide utk park shj di parking uncovered dan tawakkal kepada Allah (FREE)

1100am   :   naik ERL ke KLIA2 (info: harga tiket Putrajaya Sentral - KLIA2 = RM6.20 (dewasa) & RM3 (kanak-kanak)). Sampai sahaja di KLIA2, kami withdraw some cash, beli bekal makanan & terus ke departure gate sebab dah ambat

0100pm   :   flight AA berlepas dari KLIA2 agak lewat dari masa yang sepatutnya. anak2 tidur sahaja di dalam flight kerana penat berkejaran. perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam

0200pm   :   tiba di Changi Airport. selesai urusan cop-mengecop passport, beli EZlink card (macam TnGo) yang  dijual pada harga SGD12 (nilai credit SGD7 & harga kad SGD5 non-refundable)


0300pm   :   naik bas no. 36 ke Orchard Road. perjalanan mengambil masa almost sejam (39 stops). basnya efisyen cuma stop yg banyak agak tidak best. cuma ada satu kelebihan menggunakan bas, bus stop terletak betul2 di hadapan hotel :)

0400pm   :   tiba di Concorde Hotel yang saya book di www.booking.com. selesai check in hotel, kami makan stok maggi yg dibawa untuk alas perut, solat, mandi dan berehat. imran happy dpt berendam dlm bath tub main bubbles :P 

0630pm   :   naik bas no. 7 menuju ke Zam Zam Restaurant yang terletak berdekatan Arab Street dan Sultan Mosque. cuaca gelap dan hujan renyai2. Alhamdulillah tak sesat & kenyang dapat menjamu selera dengan Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam yg glemer itu.. rating saya bagi 3/5 sebab Briyani Kapitan masih pujaan hati saya hihi


0800pm   :   selesai dinner, kami berjalan kaki ke Bugis MRT station utk ke Marina Bay Sands. hajat di hati nak tgk Wonder Full light and water show di Event Plaza. utk ke sana, kami turun di Bayfront MRT station (opposite tempat yang dituju)


0930pm   :   show Wonder Full bermula. walaupun hujan renyai2, kami dapat port yang best sbb masa sampai, orang masih tak ramai. Alhamdulillah, the kids enjoyed the show very much, itu yang paling penting pun


1030pm   :   balik ke hotel, this time naik MRT dari Bayfront MRT station dan turun di Dhoby Ghaut station. dari Dhoby Ghaut station, perlu berjalan dalam 400mtr utk sampai ke hotel.. tak jauh pun, dalam 10min jalan santai-santai

Tamat sudah Day-1 di Singapore.. not much done sebab flight delay, tetapi yang penting semua pun happy.. bilik hotel juga luas dan sgt selesa, Alhamdulillah, sesuai untuk kami yang ramai umat ni :) 

bersambung... (kisah Day-2 ke USS dengan tiket murah & express pass)

Saturday, October 01, 2011

Caravan holiday in UK - part 1

Hmm.. pejam celik pejam celik dah genap setahun kami balik dari UK.. kejap sangat rasa.. betapa i sangatlah bz sejak masuk unit sekarang.. blog pun lama tak update, boleh kata every week at least 1 outstation.. in september jer dah ke KK and Miri.. nampak gaya kena sabor jela dgn nature kerja skrg ni. seb baik semua kejap2 je.. sian hubby & anak2 kena tinggal selalu huhu

Okeh meh kita straight to the point.. actually teringat hutang entry ini dengan Farra, maklumla ada org nak jalan2 makan angin sejuk tahun depan hihi.. so Farra, jgn lepaskan peluang tau pergi caravan holiday ni.. sangat2 best!.. tak caya tanya Aida..

Tips utk percutian caravan di UK:

Step 1 - Check out website The Sun – look for Holidays in the Sun promo.. normally time summerlah sbb nama pun holiday in the sun, tak jive plak kalau pergi time winter.. tapi ada juga time autumn & spring sbb time ni pun best jalan2 coz sejuk sempoi2 bahasa gittew

Step 2 - Collect token dari akhbar The Sun, harga newspaper ni 20pence gitu.. bilangan token bergantung kepada promo di website kat atas tu.. kalau tak silap, borang penyertaan either boleh print atau boleh dapatkan dari newspaper ni.. tapi awas, muka surat 3 paper ni biasanya ada gambar 18sx, besar plak tu (penuh 1 page).. geli kan? tah pape jer paper ni.. normally after beli kitorang terus koyak page tu sbb takut budak2 tertengok atau kitorang terlupa nanti pi guna buat balut pinggan (cerita benar ni hihi)

Step 3 - After token dah cukup, pilih location percutian dan dates.. akan ada a few options of places & dates given.. fill up the form

Step 4 - Submit borang yg dah lengkap beserta payment.. My experience, kitorang pergi Cornwall dulu just pay GBP9.50 per person for 5 days 4 nights.. total for 4 person is GBP38, kalau convert baru RM200 gittew.. murah kan? Actually kalau rasa mcm susah jer nak comply dengan step 1-34 boleh jer book adhoc, in which the rate is still reasonable.

Step 5 - Tunggu confirmation letter on tempat & tarikh.. kalau all fully-booked, they will refund our money, dont worry

Step 6 - Sampai masanya, buatlah persiapan yg patut utk pergi bercaravan.. since caravan yg The Sun  sediakan semua brg2 dapur termasuk dapur, oven, peti, microwave, pinggan mangkuk, sudu garpu & etc, bawa jer raw food, boleh masak for meal & tapau for jalan2.. biasanya area2 caravan ni area org putih, so agak susah nak cari makanan yg halal.. kalau vegetarian food tu insyallah ada.. tapi karang end up makan tuna jer hari2, sure bosan.. oh ya, jgn lupa sabun Taharah utk senang menyamak utensils tu before guna..

We all sempat pergi caravan holiday ni 2 times – in Cornwall & Wales.. tips utk pilih area, tgk apa tourist attraction kat situ & decide which one you like.. pls anticipate yg area2 caravan ni bukanlah bandar2 besar, normally ianya adalah kampung2 org putih, kadang2 jalan pun muat2 1 kereta jer.. 

Ingat lagi masa kitorang sesat waktu malam nak balik dari Plymouth to Cornwall, we all masuk jalan kecil yg ada rumput kering tinggi melepasi bumbung kereta.. siap terfikir lagi apa nak buat kalau tetiba ada stranger appear kat depan kereta sambil pegang kapak besar.. seram ok.. but seriously these arealah yg cantik.. kalau niat nak gi shopping & main city, buang ajelah niat nak bercaravan tu, utk shopping places kena tunggu i cerita dlm entry lain.. area2 caravan ni biasanya akan jumpa scenery biri2, poney or keldai sdg makan rumput, and pass by rumah2 or castle2 ancient made of batu2.. one of tempat cantik yg kami pergi is Minack Theatre, which is an ancient open-air theatre yg ada ukiran nama2 theatre yg pernah dimainkan di situ.. 

gambar poyo kami di Minack theatre (me & 2 frens)

So farra & sesiapa yg inginkan percutian caravan di UK, hope this tips can help you a bit! tungguuuuu for the Cornwall & Wales entry..

Tuesday, December 21, 2010

Europe trip preparation ~ edisi tertunda

Haih.. lama sungguh nak ada chance nak update pasal Europe vacation ni.. sampaikan dah 2 bulan kat Malaysia pun masih tak menyempat.. sebelum lupa lebih banyak, betterlah jot something about that trip, at least for my own keepsake.. kan?

Our preparation starts with booking for cheap flights, trains and accomodation.. at first nak start dengan pilih country mana nak pergi dulu, but then since we had tight budget and time, haruslah pilih mana yg murah and fit our time. So, after days and days of scouting, we opted for Venice (Italy), Brussels (Belgium), Paris (France) and of course, Disneyland Paris! In terms of tempat mana nak visit, biasanya bila sampai kat town tu, dapatkan peta & pamplet baru kitorang decide nak pergi mana. sebabnya, tak cukup masa nak plan - planner sibuk mentelaah oke..

In terms of transportations, here's what we took and the cost incurred:

  • Coventry to London ~ train (local) - 16pound
  • London to Venice ~ flight (Ryanair) - 63pound
  • Venice to Brussels ~ flight (Ryanair) - 65pound
  • Brussels to Paris ~ train (Eurostar) - 72pound
  • Paris to London ~ train (Eurostar) - 125pound
  • London to Coventry ~ train (local) - 16pound

In terms of accomodation, here's the cost incurred:
  • Venice - Hotel Piave - 125pound (2 nights)
  • Brussles - apartment - 250pound (3 nights)
  • Paris - Hotel des Olympiades - 160pound (2 nights)
  • Paris Disneyland - 280pound (2 nights + 3days all park tickets)

In overall, kami habis dalam 1200pound for travelling and accomodation, which is equivalent to RM6k. altogether dengan souvenir, makan2 luar, groceries, tiket2 metro, habisla in total dalam 2000pound, equivalent to RM10k. Murah kan utk vacation 10hari?

And in conclusion, we preferred train than flight kalau travel cross country. Sebabnya, flight ni tak reliable, suka sangat delay. Then kena pergi awal utk check in. Then, nak kena go through immigration bagai. Sangat2 tak best especially bila beg kena selongkar, adoila.. tapi train ni biasanya lagi mahal la, sebab train lagi best dari flight. boleh makan suka hati, seat pon luas. nak buat bising pon takde hal. and location main train station dekat tgh2 town, mcm KL Sentral.. easy peasy sgtlah nak pergi..

In terms of luggage, we brought 2 hand luggages and 2 backpack. Here's the list of things we put sumbat in the bags:
  • rice cooker (3pots)
  • mini kettle (sgt mini, nnt i tunjuk gambar)
  • extension
  • europe adapter (sbb europe tak guna 3-pin plug)
  • food (beras, spaghetti, maggi, maggi goreng, perencah nasi goreng, dried spaghetti sauce, 3 in 1, sugar, chicken cubes, bilis cubes, sardine, tuna, and many more hehehe)
  • baju utk 7 hari
  • pampers & toiletries
  • sejadah
  • quran/yassin
  • kompas kiblat 
  • socks & sweaters
  • tupperware and botol air
  • botol susu
  • dictionary (we brought french only)

apa lagi ek? rasanya yg paling penting itu jer. and mmg sangat2 berguna semua gadjet yg dibawa.. dlm back pack kitorang taruk brg2 yg handy nak ambik, macam sweater, baju persalinan budak2, sejadah, roti, and all the tickets..bab food, kami sgt2 take note sbb selalu org ingat senang nak cari. memangla halal food tu boleh cari, tapi it takes some time to get familiarize with tempat org. kat UK, memang senang gile cari halal food. but in Italy for instance, dengan org dia tak cakap English, susah woo nak communicate. label barang2 pon semua in allien language. nak pilih cheese mana yg bleh makan pon susah sbb diorang tak guna label V (for suitable for vegetarian) mcm kat UK. Since makanan dah banyak bawa sendiri, everytime we arrive at our hotel/apartment, we ols just pergi beli telur, susu and roti. dat's it!

altogether, the trip took 10 exhausting memorable days! sangat2 berbaloi & i like! budak2 pon sampai sekarang masih terasa keseronokannya, especially si kakak sbb boleh pakai gown and ambik gambar dengan princesses! mama pon jeles oke :P

Since ni nak citer pasal preparation jer, all the details will be story later.. gambar also later lah.. chalos dulu!

Sunday, December 19, 2010

short hols

i'm now in Lunas Kedah at my in law's. actually nyaris terlupa yg i ada wedding nak kena attend in Penang yesterday dek kebizian melampau last week. but Alhamdulillah, hubby sanggup nak drive after kerja on Friday, and semalam kami selamat makan nasi briyani yg lazat amat di kenduri my UK fren, Shina & Izwar. Congrats guys! semoga cepat2 dapat baby ;)

yg sedihnya, sejam lagi dah nak bertolak balik ke S.Alam. tak sempat i nak berpoya2 kat Penang huh. hanya sempat shopping kain2 nak buat baju utk myself, hubby and kiddos. maklumlah, raya lepas kami kan takde baju baru. so, tiba2la teringin nak berbaju sedondon, utk event apa nak pakai tu blakang kira. yg penting sedondon. hihi

disamping kain, ada juga sempat merembat 3 blouse dalam masa 1/2 jam. mana bleh tahan, kalau kat kl blouse cotton yg labuh & tangan panjang, surely rm50 ke atas. yg beli kat nichii bulan lepas 2 pasang pon dah seratus lebih. i plak dah bertukar size, so baju2 lama semua jadi seksi gitttew. tak sanggup i nak pakai.. justified kan reason i nak shopping baju baru? :)

oklah, nak mandikan budak2 sebelum bapa budak ready dulu.. karang kena marah hehe.. chalos!

Saturday, July 17, 2010

Ireland day1 - our 1st Europe getaway!

last weekend, my family and my friend's family went to Ireland, saja jalan2 sementara my friend ada member kat sana. me also has friend in Dublin, dah 13 tahun tak jumpa. so, sajala nak ambik peluang berjumpa sambil jalan2 tgk tpt org. and yupp, it's our 1st Europe trip! hehehe

we all travel light, just bawa handluggage. tu yg merah tu beg CK yg baru dirasmikan. hehe. dlm paperbag plak isi booster seat Aisya. malas nak sewa. (read: tak nak membazir). kat sini kids semua wajib duduk atas carseat or booster seat, ikut umur and berat. leceh betul.. but safety la kan..

ni pukul 6am, dah terang benderang. budak2 kena paksa bgn awal sbb flight from Birm pukul 8am. breakfast pukul 5.30am ok.. macam sahur la plak

from Canley, kitorang naik train je ke Birm Airport, senang dan murah. total price for 1 family 3pound jer. kalau sewa taxi, 27pound! sungguh2 penjimatan di situ..

ni Aisya wif BFF, Maryam.. budak2 skrg ni dah pandai berBFF ok..

yay! Alhamdulillah selamat mendarat di Dublin airport. budak2 jakun lama tak naik flight. hehe. Faris very the good boy, tidur all the way to Dublin. dia tanya "mama, aeroplane ni tak fly ke?" hehe

lepas settle hal ehwal sewaan kereta, kitorang straight ke Dublin. parking ya Allah mahalnye, but no choice la kan sbb dah sewa kete. then lepas park, kitorang jalan kaki sekitar town. takde mende sgt pon Dublin ni, terkenal dgn bar yg banyak jela. sana sinun org dok minum.. gambar yg kat atas ni Wax Museum, tak masuk pon sbb nak tunggu masuk Madam Tussaud kat London nanti2.. (read: mahal)

ni depan tourist info center. ke situ sbb nak berteduh je, sbb tiba2 hujan lebat. so dapatla beli fridge magnet buat tambah koleksi..

Cafe ni sgt menarik, mcm cosy gitew. but lalu jela, sbb tak sanggup nak masuk dgn rakyat yg ramai (read: mahal ok!)

yg kat depan nun, Dublin arcade kot. ala2 mcm CM jek. kat dlm tu banyak jual brg2 mcm tak best pon. takde apa yg berkenan pon, just jenguk masuk jer..
then berjalan lagi ke Dublin Castle. ni pon takde mende. just castle tinggalan yg sgtla biasa. castle kat UK lagi best la.

Prince Ali tgh cari Princess Jasmine.. diorang pecaya dulu2 ada Princess kat puncak castle tu. hehe. then saya cakap, "lepas tu, Princess tu pun kawen dgn Papa.." diorang pon cakap "owhhh..." hehe kena tipu lagi..

ni kat tgh2 castle.. layan jela..

then, kitorang pon drive meneruskan perjalanan ke Balinasloe, a small town near Galway.. kat situlah rumah member kepada member saya.. nanti ada masa (read: rajin) saya sambung day2 pula ok.. maka tamatlah day1 kami di Ireland. malam tu tuan rumah jamu sgt special, and 1st time saya cicah budu ok. kat Ireland gitew.. hehehe

Monday, June 07, 2010

semput

huh.. semput ok siapkan assignment yg ke 8 daripada 9. tak tidur cukup 24 jam. kalau takde dateline, sure tak siap lagi assignment ni. hahaha teruks (sgt teruks ok!)

mcm tak caya je, dah nak habis 1yr dah kat sini. sure miss gile cuti setahun yg best takyah pk keje ni. hehehe.. lagi 1 assignment kena siap before end next week. then vamonos ke wales. cuti2 caravan. (sian aisya tak ke mana pon school break 1 week. sori ye sayang, mama bz)

hmm.. mana nak pegi lepas ni ek? europe belum jejak lagi ni. asyik jln dlm uk jek. paris ke italy dulu ek? (sambil tangan menyeluk saku yg kosong huhuhu)

Wednesday, May 19, 2010

Good news Vs Bad news


Smalam ada berita baik dan berita kurang baik.

Lemme start with the good news first. My Aisya has progressed so well at her school. Yupp Aisya, mama lama tak blog pasal kamu sbb mama bz sokmo. Bz apa pon tak tahu la. Papa mesti cakap mama bz online window shopping. Hehehe.

So, today Aisya will receive the rainbow star point award during her school assembly. Actually the star point award tu almost every week pun dapat. Nothing special pun. But I like the way the school here rewards their students. All of the good behaviours and show of improvement will be awarded. But not in material form, just a piece of coloured paper. Cthnya, diroang akan dapat star point kalau habiskan meal or helpful with friends or progresses well in reading/writing or adjusting well to new environment, all sorts of them. I think they believe praising the kids for the good behaviours will make the kids do better and better in all sorts of things and improve their self-esteem. Tak sabar nak bukak kindy yg macam ni kat Mesia nanti (angan2 kena ada hehehe)

So, berbalik pada Aisya, rainbow star point tu maknanya dah pangkat tinggila, sbb star point diberi ikut colour code. But the more exciting news is Aisya said her teacher Miss Kaur told her that she’ll be transferred into Year 1 class next week. I’m still sceptical about this news, but for the time being I just accept it. Maybe we'll ask Miss Kaur some time during this week. Actually it’s good for Aisya coz now she’s placed in Foundation class (mcm tadika) sbb dia lahir in October sedangkan school start in September. Ni kes macam org lahir bulan January la. Since Aisya dah banyak blajar kat TM Taska, agak rugi dia join this group. For English learning, join mana2 group pun ok sbb dia still akan learn a lot. But for Maths, dia macam restart balik. Since mama love maths so much, mama nak anak2 mama pun suka maths gaks (hehehe mama psycho)

Enough said of the good news, which actually healed my sorrow heart a lil bit. Actually yesterday I received my 7th assignment mark and it was so awful. I was so devastated that I now plan to change my strategy for my Msc. It was way below my expectation. I knew I didn’t do so well like the previous modules, but I don’t think it was that bad. Hahaha. Tula padan muka siapa suruh ambil enteng. The mark is one thing, but the comment given is another thing, I found it was too short and too brief for my low mark. So, to satisfy myself, I emailed the tutor (a Dr. perhaps) and asking for explanation. And since the mark is so low, it drags my overall average marks, which make me impossible to get distinction (distinction means average >= 70). I still have 2 more assignments to submit and I don’t think I can get extremely high marks for them (kena dapat 76 minimum). Macam ni la kalau assignment tu all wordings and marking is so subjective. And in order to get Msc with distinction, I need to get distinctions for both assignments and projects. Macam mustahil, bolehkah?

So, now it’s time to change my strategy. Kalau sebelum ni strategy nak dapat distinction, sekarang ni strategy nak dapat Msc jer and nak jalan2 and enjoy my several months left in UK!!! So this weekend, off we go to Manchester (again) nak makan nasi dagang Yat and nasi Arab kat Jazeera (kecur air liur dah ni)! Kalau sempat menyelit, nak shopping kat Cheshire Oak outlet sementara rate tgh RM4.6+ per pound. Then on the way back nak singgah Stoke-On-Trent mengintai Pot Meirion or apa2 set pinggan mangkuk nak diangkut balik Malaysia. Then nak enjoy time dgn hubby and family sementara cuti panjang masih belum habis. Picnic, bbq, caravan, name it. Dah start kerja nanti tobat bz balik cam sebelum ni. Plannya nak gi Europe tapi tix takde yg betul2 menarik buat masa ni.

Tapi 2 assignment yg berbaki and dissertation project akan ku buat bersungguh2 juga. Cuma maybe tak sestruggle sebelum ni sampaikan kena tidur kat library. Apa2 pun, syukur tak pernah fail lagi. Ada gaks member2 yg fail and kena ambil extra subject or resubmit new assignment, which will consume another 3 weeks for them. Macik tak sanggup nak gi kelas lagi & buat balik assignment. Life must go on. Yg lepas tu biarla lepas. Kan kan?

Sunday, April 11, 2010

Pre-Easter Holiday ~ Cornwall

break sekejap dari project literature review.. teringat2 last week pergi caravan vacation with hubby, kiddos, zamie & shina.. sungguh2 relieved drpd assignment yg bertambun2! siap tak tidur pun pagi nak pergi cornwall sbb nak kena submit assignment by 9am.. hihi (always the last minute.com) hoping to have Euro vacation pulak next time.. walaupun ditenggelami dissertation work, holiday tetap holiday! hehe

day 2 - newquay, cornwall


day 3 - land's end, cornwall


day 3 - minarch theatre, land's end

day 4 - on the way to eden's project

eden's project - tropical biome

mediteranean biome



eksiden - faris tersembam dalam shuttle bus

day 4 - bye2