Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

ya Allah, permudahkanlah..

hati ini berdebar-debar menunggu makluman tarikh tersebut.. selagi tak dimaklumkan tentang tarikh tersebut, semuanya adalah kemungkinan.. banyak percaturan yang bermain di minda..

tiba2 terbaca balik entry 5 tahun lepas.. semoga hasrat dan cita2 kami termakbul.. ya Allah, permudahkanlah..

xoxo

#masihtertangguhentrysingaporeday3

Monday, May 11, 2015

Selepas 2 tahun berhibernasi

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur olehNya. Secara jujur, I really miss this space. Tetapi masa sangat mencemburui, so ini adalah coretan pertama setelah 2 tahun menyepi. 

Lagi sekali, sepi yang ada hasil hehe :) Alhamdulillah Allah telah anugerahkan keluarga kami dengan seorang lagi ahli baru, Maryam Azzahra. Saya melalui caesarean kali ke-4 pada 21 Februari 2014 ketika usia kandungan 37 minggu. Berat kelahiran hanya 2.96kg, lebih kurang berat abangnya Imran yang lahir pada usia 37 minggu juga.. memang saya nak deliver cepat2 hihi :P

Sedikit catatan untuk ingatan ~ pregnancy yang ke-4 ini saya diuji dengan eczema yang sangat teruk. Tak dapat jamah semua jenis makanan laut, belacan dan sesetengah jenis ikan. Jika tersilap makan, terpaksalah berhadapan dengan akibat yang sangat meruntun jiwa. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Doktor hanya cadangkan losyen2 non-steroid untuk mengurangkan keradangan. Teman baik saya ketika itu adalah minyak zaitun;  perlu dilumur ke seluruh badan setiap pagi dan malam bagi mengelak diri daripada menggaru. Sejurus selepas melahirkan Maryam, 95% eczema tersebut hilang serta-merta. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Amat besar kekuasaan Allah..
Lahirnya Maryam Azzahra pada 21 Feb 2014
Hari Raya pertama Maryam di usia 5 bulan
Maryam genap setahun. Imran pula nak masuk 3 tahun

Sekarang usia maryam sudah 1 tahun 2 bulan. Buah hati mama masih belum berjalan, takut barangkali. Insya Allah, banyak lagi yang hendak dicoret di sini. Semoga Allah beri sedikit kelapangan masa untuk catatan peribadi ini.. 

Wallahualam... xoxo

Saturday, March 02, 2013

tadaaaa!

(lol to myself)

owh i miss this space :( dah nearly 2 tahun ditinggalkan menyepi.. i thot of closing this down but hey, why should i close it? bior jela kan.. kot2 ada mood nak menulis balik :)

anyway, it has been 2 years of good memories and busy days i must say.. busy working, busy pregnant and busy jaga new baby :) Alhamdulillah, i managed to cope with all of that very well.. semuanya dengan kehendak Allah.. 

For a start, introducing my major achievement while i was hiding :P - my 3rd baby, Imran Akasyah.. born on 12th June 2012 (120612) at 37+ weeks through caesarean.. he weighed merely 2.94kg and had a prolonged breastfeeding jaundice (more than a month).. a very easy baby to take care especially during pantang.. semoga mama selama-lamanya senang menjaga dan membesarkanmu wahai anak..

 the day he was born

 Tahnik, bercukur & aqiqah

Pakcik uncle started the shaving, and mama finished it until botak licin!

 loving kakak & abang

 keras kejung abang kontrol senyum sbb pegang adik

Imran's first bottle training. success dengan Avent at first try! Alhamdulillah..

6mo Imran.. very cheerfull! somehow i think he's getting fairer hehe

8mo Imran.. sending off Tok Ayah to umrah

baru nk start fever.. bfast at mamak's

pity boy.. had high fever for few days..

the latest one, with mama.. (abaikan tudung senget & muka sembap kes tak cukup tdo)
hope that this wont be my 1st and last entry of 2013 :D need to pen-off.. nak kena fetch Tok Ayah & Tok Mi from their umrah.. 

xoxo

Friday, April 15, 2011

rindunyer

Rindu sgt rasa nak update blog.. but apakan daya, makcik bz amat lately ni.. hidup rasa mcm dah tunggang terbalik, bila Sunday jer rasa nervous nak masuk Monday.. hurmmp teruk juga penangan kerja skrg ni.. dulu tak pernah pun rasa cenggini, risau gaks takut BP naik tak pasal2..

So sekarang, i keep reminding myself to keep my personal life and work separated. full stop. unless super-urgent abracadabra, i can entertain but not always ok.. i don't mind not being ranked above average as long as i can work 8.30am-5.30pm everyday.. ;) i need time for my daily dose of criminal investigation (csi, leverage, criminal mind, ncis, etc etc), play with my kids, supervise their h/work, make dinner, clean the house, me time & etc etc.. i will guiltlessly take EL whenever my kids are sick.. to me, family is always #1.. no compromize.. so bosses, pls bear with me ok..

Since dah menaip sedikit sebanyak, just nak update 'my pending tasks' (cut-off 15 Apr hehe):
1. jumpa dentist
2. buka akaun SSPN Aisya & Faris
3. insurans utk sekeluarga
4. print gambar family
5. design photobook
6. belajar menjahit
7. remove implanon
8. sort out brg2 utk sedekah
9. buat built-in cabinet kat tkt atas
10. cat apartment puchong & sewakan
11. plan trip convo UK & Spain
12. plan vacation ke Krabi
13. update kesah Europe trip
 
progress = 4/13 = 31%, okla kan? ada 7 months lagi nak setelkan yg lain.. insyallah sempat kot hihihi 
 
owh ngantuknya.. gnite!

Saturday, February 26, 2011

my pending tasks!

(spring cleaning mode, sambil memvacuum sawang & habuk kat blog ni.. achumm!)

dah sebulan tak apdet.. bukan malas tau, tapi tak sempat :( azam nak berblog every 2 days nampaknya gagal so far. hampa sungguh. dah nak masuk March dah, kejap jer rasa masa berlalu. ni gara2 kerja kat ofis yg semuanya nak kena siapkan ASAP, meeting pula pagi petang.. sampai berasap otak i uhuks.. maklumlah org HQ (bak kata org2 region), kena mengadap VP every week plak tu.. fenat and feninglah.. tapi so far tak nampak ruang nak boloskan diri keluar ke unit lain, kalau ada pon, keluar terus dari TN (bukan nama sebenar, bak kata fateh).. but i ada 2 tahun lagi to serve the Co, ya Allah kuatkan semangat hambamu ini.. ameen..

dek kesibukan i yg tak seberapa ittew, banyak sungguh personal matters i yg pending, antara yg i masih tak lupa:

1. jumpa dentist - dah lebih setahun pending, since before gi uk ok.. dan skrg dah terasa kesan lama tak service huhu ***

2. buka akaun SSPN Aisya & Faris - sian budak2 ni, asyik tertangguh aje ***

3. buat insurans utk sekeluarga - agent dah ramai yg call, tapi i yg selalu takde masa nak appointment **

4. print gambar - ni memang pending dah bertahun2 lamanya, dan gambar pula makin menggunung dlm laptop.. harus buat sesuatu ni **

5. design photobook - ni solution utk no.4, but bile nak implement wallahualam.. harap2 tahun ni dapat siapkan 2 ketul yg dah purchase tu **

6. belajar menjahit - yg ini mcm takkan berjaya lagi jer tahun ni.. *

7. remove implanon - kalau tak buat yg ini dengan segera, projek pembesaran keluarga takkan berjaya.. ***

8. sort out baju2 lama utk sedekah - tahun ni dah 2x buat, but tak menyeluruh.. harus allocate sehari suntuk nak buat benda ni.. **

9. buat built-in cabinet kat tkt atas - storage rumahku ini sgtlah limited, so i need this very much.. tapi nak curi masa nak gi survey pon tak sempat **

10. upgrade apartment puchong & sewakan - shame on me, ada apmt yg arwah mak tinggal (rumah i before pindah ke rumah sendiri), tapi tak sewakan pon sbbnya need some fixing & painting.. and ada lagi brg yg tak pindah ke sini..rasanya nak kena ambik cuti to implement this.. **

11. plan trip convo UK & Spain/Turki - duit tgh dikumpul tapi so far takde plak tiket yg murah.. boring betul.. bilala nak dapat tiket return rm2k ni :P ke dah takde promo yg mcm ni? ***

12. plan vacation ke Krabi - ni gara2 my ex-bos canang tpt ni best gile, massaga & spa murah, makan pon sedap & murah & banyak yg halal, dan paling penting Phi Phi Island sgt cun! ni berdasarkan review my bos yg dah pergi byk negara dlm dunia ni.. ** 

13. update kesah Europe trip kat blog - aiyak.. ni pon kena buat segera sebelum lupa! **

erk... baru pk 10 minit, dah ada 13 pending task dlm list.. rasanya cukup dulu kot utk tahun ini hehehe.. ni pon belum tentu sempat buat semuanya.. nak kena setelkan mengikut bilangan *, lagi banyak lagi urgent! alhamdulillah seb baik dah buka kedai (ni pon lepas hubby dok tanya hari2).. kalau idak, sure lagi serabut kepala ini huhuhu

nampak gaya, kena setelkan yg *** dulu, then baru i bleh pk nak prioritize yg **.. semoga i berjaya!

Tuesday, January 25, 2011

100 calorie a day

tergezut mak tgk weighing scale tadi.. kelip mata 2-3 kali pon mcm tak caya.. turun and naik balik pon tak caya jugak.. tsskkk! benarkah? mcm tak mungkin? but not really impossible! mana taknya, asyik outstation jer, which equivalent to big breakfast, early sleep and sitting a lot! argh stressssssnyer..

adoi, takleh jadi ni.. so tadi straight after dinner, cross-trainer yg dah lama terbiar berjaya diaktifkan semula and i burnt out 100 calorie (yeay!) and continued by mopping the floor (another yeay!).. eventhough it sounds very little effort to some people, it is quite an achievement for me.. sebabnya dah lama tak work-out since my backpain.. and actually i tak bleh workout banyak2 pon lagi coz doc stil advice minimumkan physical activity.. but since i want to get pregnant, i need to lose some weight first.. dapat 5kg pon dah kira bagus banget!

so, mulai esok, my mission is to limit myself to 2 cups of sweet drinks a day (as a start) and no ice.. semoga berjaya wahai juliana!

Monday, January 24, 2011

pregnant again??

not yet!

but sangat teruja utk ke arah ittew (",) hehe.. cumanya, sedang berkira2 nak beranak tahun ini or tahun depan.. sangat2 jeles dengan rakan2 yg dah beranak 4 (read: Hani, Aida and Farra) dan 3 (read: Ul, Semah, Yati and Gna-soon to be) and ramai lagi! sepupu-sepapat pun dah menambah2 anak mereka dgn jayanya..

Faris will turn 4y.o. this year, which means kalau beranak 2012, jarak umur dengan adiknya adalah 5 tahun! surely rasa mcm beranak anak sulung balik hihi..

dan, perlukah aku hilangkan lemak2 dan berat berlebihan dulu before getting pregnant?? rasanya nak turunkan berat badan tu lagi mencabar dari nak mengandung n beranak! muahahahhaha... any tips utk kurus??

Tuesday, December 21, 2010

Europe trip preparation ~ edisi tertunda

Haih.. lama sungguh nak ada chance nak update pasal Europe vacation ni.. sampaikan dah 2 bulan kat Malaysia pun masih tak menyempat.. sebelum lupa lebih banyak, betterlah jot something about that trip, at least for my own keepsake.. kan?

Our preparation starts with booking for cheap flights, trains and accomodation.. at first nak start dengan pilih country mana nak pergi dulu, but then since we had tight budget and time, haruslah pilih mana yg murah and fit our time. So, after days and days of scouting, we opted for Venice (Italy), Brussels (Belgium), Paris (France) and of course, Disneyland Paris! In terms of tempat mana nak visit, biasanya bila sampai kat town tu, dapatkan peta & pamplet baru kitorang decide nak pergi mana. sebabnya, tak cukup masa nak plan - planner sibuk mentelaah oke..

In terms of transportations, here's what we took and the cost incurred:

  • Coventry to London ~ train (local) - 16pound
  • London to Venice ~ flight (Ryanair) - 63pound
  • Venice to Brussels ~ flight (Ryanair) - 65pound
  • Brussels to Paris ~ train (Eurostar) - 72pound
  • Paris to London ~ train (Eurostar) - 125pound
  • London to Coventry ~ train (local) - 16pound

In terms of accomodation, here's the cost incurred:
  • Venice - Hotel Piave - 125pound (2 nights)
  • Brussles - apartment - 250pound (3 nights)
  • Paris - Hotel des Olympiades - 160pound (2 nights)
  • Paris Disneyland - 280pound (2 nights + 3days all park tickets)

In overall, kami habis dalam 1200pound for travelling and accomodation, which is equivalent to RM6k. altogether dengan souvenir, makan2 luar, groceries, tiket2 metro, habisla in total dalam 2000pound, equivalent to RM10k. Murah kan utk vacation 10hari?

And in conclusion, we preferred train than flight kalau travel cross country. Sebabnya, flight ni tak reliable, suka sangat delay. Then kena pergi awal utk check in. Then, nak kena go through immigration bagai. Sangat2 tak best especially bila beg kena selongkar, adoila.. tapi train ni biasanya lagi mahal la, sebab train lagi best dari flight. boleh makan suka hati, seat pon luas. nak buat bising pon takde hal. and location main train station dekat tgh2 town, mcm KL Sentral.. easy peasy sgtlah nak pergi..

In terms of luggage, we brought 2 hand luggages and 2 backpack. Here's the list of things we put sumbat in the bags:
  • rice cooker (3pots)
  • mini kettle (sgt mini, nnt i tunjuk gambar)
  • extension
  • europe adapter (sbb europe tak guna 3-pin plug)
  • food (beras, spaghetti, maggi, maggi goreng, perencah nasi goreng, dried spaghetti sauce, 3 in 1, sugar, chicken cubes, bilis cubes, sardine, tuna, and many more hehehe)
  • baju utk 7 hari
  • pampers & toiletries
  • sejadah
  • quran/yassin
  • kompas kiblat 
  • socks & sweaters
  • tupperware and botol air
  • botol susu
  • dictionary (we brought french only)

apa lagi ek? rasanya yg paling penting itu jer. and mmg sangat2 berguna semua gadjet yg dibawa.. dlm back pack kitorang taruk brg2 yg handy nak ambik, macam sweater, baju persalinan budak2, sejadah, roti, and all the tickets..bab food, kami sgt2 take note sbb selalu org ingat senang nak cari. memangla halal food tu boleh cari, tapi it takes some time to get familiarize with tempat org. kat UK, memang senang gile cari halal food. but in Italy for instance, dengan org dia tak cakap English, susah woo nak communicate. label barang2 pon semua in allien language. nak pilih cheese mana yg bleh makan pon susah sbb diorang tak guna label V (for suitable for vegetarian) mcm kat UK. Since makanan dah banyak bawa sendiri, everytime we arrive at our hotel/apartment, we ols just pergi beli telur, susu and roti. dat's it!

altogether, the trip took 10 exhausting memorable days! sangat2 berbaloi & i like! budak2 pon sampai sekarang masih terasa keseronokannya, especially si kakak sbb boleh pakai gown and ambik gambar dengan princesses! mama pon jeles oke :P

Since ni nak citer pasal preparation jer, all the details will be story later.. gambar also later lah.. chalos dulu!

Tuesday, November 30, 2010

November rain..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menempuh bulan pertama after come back to working life.. tajuk tu takde kaitan pon, cuma teringat kat lagu Nirvana sejuk2 petang2 ni hehe..

1st ~ the new placement.. walaupun pada mulanya agak tidak teruja dan tidak bersemangat utk bekerja di tempat baru atas sebab2 tertentu, i need to cubit myself sbb Alhamdulillah, saya masih punya kerja yg stabil.. tak baik banyak merungut ok.. bagusla kalau org masih perlukan kita walaupun dalam hati dup dap dup dap tiap kali meeting sbb semua perkara yg dibincangkan mcm alien sangat2.. but today, i've learnt a lot & i'm a happy chap! thanks to Allah for the hardworking and brilliant staffs that i have.. :)

2nd ~ the kiddos are coping well at Taska T*, walaupun 2 minggu pertama banyak sungguh drama pagi hari.. sekarang dah takde masalah tinggalkan diorang pagi2, they make friends and enjoy a lot.. Alhamdulillah, hilang pening kepala..

3rd ~ work nature kali ni memungkinkan saya outstation dengan jayanya.. kalau dulu, kerja saya hanyalah di sekitar central & northern, kali ni kena jaga the whole Malaysia.. so far last week dah outstation ke Penang (meeting on Ahad) dan JB (meeting on Khamis).. penat jugalah sbb dari Utara ke Selatan in a week. yang penting hubby sangat2 memahami, dan dia juga faham position ini bukan saya yg mintak.. thanks B!

4th ~ of the slipped disc.. so far i've done the MRI, 2 weeks physiotherapy, and smlm jumpa balik specialist.. yg tak bestnye, i'm still having numbness and weakness.. Doc suggest buat minor surgery (yg cucuk jarum tu jer) or open surgery.. 2-2 pon menggerunkan ok.. so now, i'm planning to go for 2nd opinion at Damansara Specialist or SDMC.. i tak nak jadi statistic, kalau statistic yg success takpela, takut yg sebaliknya je huhu

5th ~ new KPI is set for the family. tiap2 hari akan cuba sampai ofis before 8 agar takde siapa2 yg punch card lewat, and kalau boleh nak parking for free (jimat rm7/day = rm140/month).. and petang plak nak ambik kiddos latest by 6, and sampai rumah by 730.. setakat ni kitorang selalu dinner kat rumah jer, sbb malas nak mkn luar.. budak2 pon dah penat seharian kat school.. food range biasanya nasi & lauk sempoi (masak sendiri), atau tapau nasi lemak/kfc.. tak pun panaskan jer apa yg ada dlm peti.. hehe weekend pula nak balik kampung, lawat sanak sedara & kawan2, or just hang out watch movie dgn anak2.. tak pon jalan2 kat lake garden..

sekarang ni, quality time is our main priority.. pada saya, duit banyak pon tapi kalau hati tak tenang, anak2 tak gembira, family porak peranda, takde maknanya.. so, biarlah berwasatiah sahaja dengan apa yg ada.. yg penting, hati tenang, jiwa damai.. kan kan?

Thursday, November 18, 2010

slipped disc

Yes lovelies, i'm currently having a slipped disc, which caused my left leg to experience numbness, weakness, and sometimes pain.

It all happened last week on Tuesday, when I suddenly had a severe back pain when I got up from bed, which limited my physical activity especially rukuk during solat (bleh rukuk 2degree je kot). The back pain run through my buttock muscle, going down my left leg until it reach my left foot. On Monday I'm wearing highheels, but the next day I can only have Crocs. I went to Klinik Menara, attended by a woman doc (I was expecting Dr Rasool), and she prescribed me with pain killer and some kind of muscle cream, in which both were not helping much.

Therefore, after work we headed to Klinik Menara (at Bkt Jelutong) and I was still expecting Dr Rasool. I was not so lucky that day, his shift was on the next day. I managed to get Dr Alan, which is also an experienced doc. After diagnosing me, he suspected me having a slipped disc. 2 days mc given by Dr Alan really helped. The pain slowly go away, however the numbness became more apparent. I went to see him again for follow-up and he referred me to DEMC Orthopedic specialist. The cause of my pain - improper uplifting of boxes on Sunday, but I guess the pain has already developed before but I just ignore it. Being me, I have all strength and time to open the boxes that were shipped 1 month ago from UK (padan muka, sbb tak sabar sesangat :P)

To cut the story short, Dr Chang (DEMC) sent me for x-ray and MRI, and confirmed me for the slipped disc. Currently I'm on daily medication and physiotherapy (twice a week). Another alternative is minor surgery, which involves an injection to the slipped disc. The final solution is to go for open surgery, which really scares me to death. Takut la kan, kang terkena spine ke, kang lumpuh ke, nauzubillah. After a deep talk with hubby, I decided to go for physiotherapy for 2 weeks and monitor the condition. If it gets worse or remain the same, I think I might want to go for the minor surgery as the risk is low. Let's pray to Allah that I will be ok after 2 weeks of physio. I'm missing my heels and since I want to lose weight, I need to exercise. As of now, I can only do minimal activity such as walking and some stretching.

Doakan saya semoga cepat sembuh daripada dugaan kesihatan ini oke?

To read more about slipped disc, you can refer here: http://www.emedicinehealth.com/slipped_disk/article_em.htm

Sunday, October 17, 2010

a warm welcome back :)

ini adalah post tertunda.. masuk hari ni, dah 11 hari kami cuti2 balik kampung.. sekarang location di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, rumah ayah tersayang.. seronok bersenang lenang kat rumah ni, banyak memori indah nak ditermenungkan, especially memories with my mum :) yg tak syioknyer, lagi berapa hari jer tinggal before masuk kerja.. tsskkkk malasnyeeeeerr... !

ni saja nak tempek gambar2 di KLIA masa we all sampai last 2weeks.. mmg dah bagitahu family hubby and ayah, tak datang pun takpe sbb nanti kitorang nak balik kampung juga.. but they insisted to fetch us at the airport.. terasa mcm jemaah balik haji la pulak.. hehe

with Makcik, my mum's sister. the kids are soooo excited!

mak, hubby, abah, ayah & pakcik 

Faris, Aisya & Yuyu yg tak sabar nak jumpa anak buah!

it feels so great to be back.. despite the heat of the weather, we are so glad we are finally home :) next task before masuk kerja ~ kemas rumah to allocate space for brg2 yg bakal sampai end of the month.. nampak gaya, kena shopping almari ni, otherwise surely rumah akan semak gile dgn kotak2 bertambun later.. huhu (fulus mahu terbang lagi..)

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan is leaving us.. :(

Alhamdulillah, berpuasa di bumi UK selama 17-18 jam membuat saya rasa betapa besar nikmat Allah beri selama ini. Syukur dapat pengalaman ni. Separuh Ramadhan bertungkus lumus siapkan dissertation. Berkat Ramadhan, Alhamdulillah, berjaya juga yeay! Walaupun tidur tunggang terbalik, sahur dan iftar tak sempat nak fikir pasal food, Alhamdulillah, Allah maha kaya, rezeki tak pernah putus. Insaf kejap mengenang nasib saudara kita di tempat lain yg tiada makanan utk bersahur dan berbuka. Sedang kita semua mewah dgn lauk pauk dan kuih muih :(

Bulan puasa ni, saya suka sampaikan dakwah kecil pada rakan2 bukan Islam. Diorang kagum dgn umat Islam yg mampu menahan lapar, and not even can drink plain water. saya bagitahu "it's all in your mind and faith.. and it's amazing how human body works.. " mcm org Kristian, diorang pon ada puasa jugak, tapi rasanya boleh minum plain water. ni pon saya baru tahu, selama ni ingatkan Hindu jer puasa..

And nak share, kat sini, org2 Arab atau Pakistan yg kaya raya berebut2 nak menaja juadah berbuka di chaplaincy2 atau di masjid. semua nak rebut pahala. walaupun umat Islam minority di sini, tapi ramai Muslim yg zuhud. Masya Allah. sangat2 kagum. sama2 kita renungkan ok.. mungkin sebahagian drpd duit kita, boleh disedekah ke masjid2, or rumah anak yatim.. memberi makan org berbuka pahalanya amatlah besar tau kawan2..

Untuk persiapan raya kami, tiada apa2 yg istimewa. tahun ni raya paling modest, and paling frugal. niat saya satu jer, nak menjamu kawan2 sekelas before masing2 balik ke negara masing2.. ukhuwah it penting! baju raya, pakai je baju dari tahun lepas, tak kisah sgt pon.. saya just tak sabar nak solat hari raya.. it used to be my favourite time spent with Arwah mak.. saya rindu takbir yg mendayu2 tu, menikam2 kalbu gittew (owh, sebakness is coming)

But at the same time, saya sedih Ramadhan dah nak habis.. bak kata Semah, bulan Ramadhan buat kita jadi mode baik and lebih beriman.. itulah rahmat Ramadhan.. maybe sbb syaitan semua kena ikat kot.. hihi.. walaupun tak dapat nak solat terawih di surau sbb menjaga kiddos, azam terawih masih lagi termakbul.. semoga tahun2 akan datang berpeluang terawih kat masjid.. really miss it.. balik Malaysia nanti sure bizi bizi bizi.. azam saya, balik Malaysia nanti nak banyakkan quality time utk diri sendiri and family.. kerja tu sampai mati pon tak habis kan kan?

Nak cerita pasal dissertation, but dah ngantuk.. pen off dulu lah.. chow chin chow!

Tuesday, August 17, 2010

Salam perantau

saje mencuba nasib.. dah disiar pon. hehe. but terasa nak hantar ke suratkhabar, sbb boleh potong and simpan buat kenangan.. :)

link ke website utusan: http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=1067

Friday, July 02, 2010

i'm happy i'm 30!

alhamdulillah. semalam 1 july 2010 genaplah umur saya 30 tahun, kalau ikut kalendar masehi. kalau kalendar hijrah, birthday saya 18 syaaban 1400h. alhamdulillah Allah masih bagi peluang utk saya meneruskan liku2 hidup sbg khalifah di bumiNya.

bday ke-30 ni kalau ikut adat org Cina, sgt bermakna utk diorang. My Taiwanese friend cakap, on 30th birthday mak dia akan hadiahkan something special sbg tanda ingatan, like neclace ke, bracelett ke. maybe sbb mak dia dah berjaya besarkan anak dia kot. but since my mum dah takde, maybe i will buy something special for myself. bukan sbb nak ikut adat org lain, but just for my own thought on my achievement so far. tgh dok pk2 lagi ni..

(bercuti di Cymru (or Wales))

at the age of 30, i feel contented with my life. of course saya nak lebih dari apa yg saya ada sekarang. but i want to try to be wasatiah, bersederhana dalam hidup. saya syukur dikurnkan anak2 yg sihat dan cerdas, suami yg memahami dan bertolak ansur, peluang belajar di negara org, kerjaya yg stabil, hati yg tenang, kawan2 yang thoughtful, adik-beradik yg akrab, dan macam2 lagi nikmat kurniaan Allah. tapi kita manusia selalu mengeluh bila hanya 1 nikmat ditarik. tak baik kan? banyak2 bersyukur dgn apa yg ada. sedih bila tgk or baca berita pasal sedara2 seagama di negara lain. rumput pun diorang rebus tau sbb dah takde makanan. sedangkan saya tak perlu nak berkira2 pon utk makan. terlebih makan lagi ada la.. huhu

so, azam saya sempena umur 30 ni, i want to love more and give more. saya ingat pesanan arwah mak, suruh saya selalu berdoa, minta dgn Allah supaya jadi pemurah dan penyayang. rajin2 sebut Ar-rahman dan Ar-rahim. and saya nak cepat2 pergi umrah dan tunaikan haji. kalau ikut jadual haji saya, tahun 2016. tapi rasanya kalau pergi lebih awal, lebih afdhal. yg ni kena tunggu MIL pencen, boleh jagakan anak2 bila saya ke tanah suci nanti. harap2 boleh pergi tahun 2013/2014. kalau tak dapat gi haji terus, insyallah nak pergi umrah dengan kakak and adik2. lagi azam saya, nak jadi ibu yg superb mcm arwah mak saya. nak continue the legacy :)

birthday kali ni agak special, sbb celebrate di UK. so, insyallah saya akan ingat sampai bila2. sangat2 terharu bila rakan2 course datang buat suprise kat rumah. sangat2 suprised ok. thanks to Yuichiro (budak Jepun), Carlos (from Colombia), Eric, Zamie & Shina (3 org ni Malaysian). And thanks to Claire (Taiwanese) dan Bonita (from Hong Kong) sbb bagi presents yg sgt comel! surely i will miss all of you very soon :( will miss the time we we studied and slept together in the library :)

and LOADS of thanks to hubby, sbb bagi peluang saya belajar lagi, jauh pulak tu. hubby berkorban tak dapat gaji setahun utk saya. sgt2 terharu my dear. and hubby juga banyak ajar saya menjadi seorang yg bersederhana. kalau tak kerana hubby, surely saya gile beli barang2 branded. huhuhu. dahla senang nak shopping skrg ni. main click2 jer. biarlah tak penah dapat gucci, channel, tod's or burberry, i still love you and will always do. duit utk handbag2 mahal ni saya simpan utk belanja kakak and adik2 yg saya cintai. bak kata hubby, kena buat yg wajib mcm pergi haji dulu baru boleh bermewah2. tapi kalau ada handbag branded below rm500, saya beli kot. hehehe (i'm still a normal woman) but surely sizenya pon comel jek kan? takpelah, hati saya belum mampu. dah cuba nak beli kat bicester last tuesday but hati tak bagi. nafsu jer membuak2 hahahahaha

see? i'm happy i'm 30. harap2 lepas ni saya lebih banyak berbakti. tak kira la utk siapa pon. utk company, utk suami, utk anak2, utk family, utk kawan2, dan utk environment. i hope i will always be happy and make people happy

me, full of love... :)

Wednesday, June 09, 2010

it's summer!

but it's raining, almost daily. ingatkan bleh gi park hari2..
niat nak jogging selang sehari mcm kabur jek (haha <--- alasan!)

anyway still rasa happy sbb dah summer. bye2 all the thick, heavy coats (hate it!)
and that's why i changed my skin! i'm feeling 'summer' now!! :)

Sunday, May 30, 2010

3in1

i just got this 3in1 package - batuk, selsema dan sakit tekak, which is equivalent to = tak larat. lozenges bekalan dari Malaysia dah habis, so kena beli lemsip kat boots by esok. cuaca panas dan sejuk bersilih ganti sgt2 menduga kesihatan. isk isk

plus, tidur mlm asyik diganggu oleh superFaris. package 3in1 ni dialah yg hadiahkan. alhamdulillah dia dah nak baik. semoga daku cepat sembuh sbb ada assignment nak kena submit next week, then nak kena jumpa supervisor tunjuk progress.

agak2 kalau buat pulut kuning dengan rendang ayam boleh cepat baik tak? tapi persoalannye, apekah kaitan antara pulut kuning dgn package 3in1?

Monday, May 17, 2010

Gemoks

Yupp, terasa sgt gemoks skrg ni.. kalau masa winter makan banyak sbb nak panaskan badan and asyik rasa lapar, sekarang dah panas pon asyik makan banyak – no change.. jeans pon dah terasa ketat. Ni mesti sebab musim BBQ and too much ice cream. Oh sinful food. Susah betul nak menolak godaan. I think it’s time to make a change before I get back to work. Takkan nak kena tempah baju kerja baru kot? As a start, these are my plan:
  • On alternate day, we will go to the park (hubby dah agree). While kanak2 bermain di playground, saya perlu jogging or brisk walk selama 20minutes, at least.
  • Every no-jogging day, I will walk to Uni.
  • Lunch limited to 1 cup of rice and extra vege, and dinner should be before 8. After 8, kalau lapar, limit to 1 cup coffee (without milk) and 1 biscuit/fruit.
  • Every morning, must do 5 minutes stretching (for targeted spots, which are too much hahaha)
  • Jot down what I eat
  • Drink plenty of water (2L)
My plan ni semuanya basic things and just cuba jaya, takde refer mana2 pon. So, dalam minggu ni, I will buy weighing scale sbb dah 7 bulan dah tak timbang berat, terasa sgt kejam pada diri. Jeles dengan my brother yg dah berjaya turun dari 123kg ke 100kg. Sampai tergezut tgk dia masa turun London harituh. Ni bukan semata nak kurus, just nak sihat and nak slim sket. So that tak perlu berbelanja lebih utk beli baju and seluar baru. Huhu. Wish me luck!

Wednesday, May 05, 2010

bersyukur

alhamdulillah.. co. baru annouce and distribute bonus for 2009 performance. suprisingly, different LOB get different amount of bonus in order to promote competition between LOBs. for me, that will be an efficient reward system if everyone is honest with their performance reporting. hopefully this new system will encourage everyone to work harder than before, less kopi2 time, gossip2 and sesi jualan langsung!

bersyukur.. tu je yg mampu terlintas kat fikiran. sepanjang kehidupan yg dah nak masuk 30an ni, tak ternilai nikmat kehidupan yg Allah bagi. baik dari kesihatan, mahupun pelajaran, kerjaya dan kewangan. alhamdulillah, marveles! paling bersyukur Allah bagi ketenangan hati, which is rasanya sangat2 bermakna. yelah, ada orang harta duit menggunung, mampu beli itu ini, tapi hati sentiasa tak tenang. ada juga yg berpangkat tinggi, tapi jiwa kacau, tak pernah tenteram dengan apa yg ada. paling takut, hasad dengki dan busuk hati, nauzubillah. biarlah hartaku tak menggunung, pangkat setakat yg ada, yang penting hati tenang, jiwa aman. macik tak kacau orang, orang tak kacau macik. semoga Allah lindungi kami (dan kamu) dari segala penyakit hati..

oh ye, back to perkara perenggan pertama (bonus), rasanya tak pernah merasa reward sebanyak ini dari co. walaupun hanya dapat 9/12, it is way more than what i expected. so, bolehlah mengcover ketiadaan bonus tahun 2010 (ulalalala). di kala member2 bz dengan perancangan belanjawan bonus, i pula masih tiada plan. tapi yg pasti, nilai bonus dah pun susut tanpa perlu ada apa2 plan (teruk kan?). online sales sgt2 menduga nafsu shopping i, yg biasanya susah nak datang anginnya. tapi bila sekali melanda, macam ribut taufan yg tanpa henti pula tu. but i think i'm still being a bit frugal here. what i spent on is mostly for future investment. memandangkan nilai pound yg menurun dan harga barangan di malaysia yg over-priced, sangatlah wajar i spend sedikit especially utk barang2 keperluan asas mcm pakaian dan kasut. tak salah kan? semoga musin sales cepat2 berakhir, kalau tidak, time break je jengah mcm2 'kedai'. sakit mata macik tgk itu semua. makin nipis poket macik taw. huhu

berbalik pada tajuk asal, harap2 dengan limpahan nikmat yg Allah bagi, bertambahlah ingatan dan amalan kami padaNya.. dah psg niat, balik Malaysia nanti nak banyakkan bersedekah pada yg kurang bernasib baik. amalan ni selalu arwah mak amalkan (Alhamdulillah), so entry ni purposely utk ingatkan diri sendiri (dan kamu, ok). sedekah tak semestinya dengan wang ringgit atau harta benda shj, sedekah tulang empat kerat tolong orang susah pun mungkin lagi banyak pahalanya jika dibuat dengan ikhlas. cthnya, tumpangkan kereta kat makcik yg sedang jalan kaki tgh panas, tolong oku lintas jalan, sedekah baju2/toys lama (yg elok) pada rumah anak yatim or saudara-mara yg kurang mampu, sedekah or quran or sejadah pada surau/masjid/ofis/sekolah. mcm2 kita boleh buat kan? sedekah doa pon boleh, sedekah nasihat pon ok. semoga dengan banyak sedekah, hati semakin tenang, happy and humble.. yg penting, kena ikhlas ok..

kalaulah kita rasa tak cukup dengan apa yg kita ada, masih ramai hamba Allah yg kurang bernasib baik dari kita dan memerlukan pertolongan. semoga sumbangan kecil kita membawa seribu makna pada kehidupan umat yg lain..

Tuesday, April 27, 2010

the hobby-less me

i just figured out that i'm hobbyless, which makes me feels (and looks) pathetic.. while lots of my friends love reading since they were really2 young (like Aida and Aini), i'm not.. let's look for some list:

cooking - not 100%. i love cooking (and eating!) but only for daily chores
watching tv/movies - not 100%..
gardening - no..
travelling - not yet (but i started to like it, but it's expensive)..
exercise - no (hahahaha!)..
outdoor activities/games - NO (see that big no?hahaha)..
shopping - cannot afford (is this a hobby anyway?)..
scrapbooking - no (i like it but it's expensive, again)..
baking - no (bcoz baking means eating more)
etc etc...

see, i'm pathetic! (sigh).. btw, is it OK for not having a hobby? or should i have one? my own definition of hobby is that it should not be costly and it must be fun to have, not burdening.. i think i want to have some hobbies, at least i wanna try..

and now i'm considering recycling, sewing and gardening as my new hobbies.. and the reason i'm choosing these three are because all can save money, and i want to be friendly to the environment.. one more thing, i want to consider spending quality time with my family as a hobby, can i? i found not all people/parents like to spend their time with their families, so i think this can be my hobby too, at least to my own definition :) (hehehe)

Sunday, January 17, 2010

Khas buat mak..

Nombor 18 sangatlah sinonim dgn diri mak kan? 18 January harijadi mak. 18 April pula hari pertama mak masuk kerja. Dan secara tak sengaja, 18 December wedding anniversary mak. Julie still ingat hari2 penting mak, insyallah.

Dan hari ni, hari lahir mak yg ke 58. Happy Birthday mak. Julie tahu kita berdua tersangat jauh, sangat2 jauh. Jauh yang kalau Julie ada duit berjuta pun Julie tak dapat nak jumpa mak lagi. Tapi Julie nak mak tahu, Julie sangat rindukan mak. Rindu sangat2 nak peluk cium mak. Rindu sampai rasa nak pecah dada ni. Julie jeles tgk Fairoz call mak dia. Yela, walaupun mak dia pun mak Julie juga, tapi tak sama kan dgn mak sendiri? Dengan mak, nak tidur bawak ketiak pun takpe kan? And mak suka sangat bila Julie offer diri utk cabut ubat2 gatal mak. It was one of my favourite leisure activity. hehe.

Teringat lagi masa mengandungkan Aisya, mak bagi Julie mandi laut kat PD sbb teringin sangat2. It was like 3 weeks before you left us. And teringat lagi mak usap2 perut Julie & kita main teka2 jantina lelaki ke perempuan. Mak ingat lagi tak lepas mak chemoteraphy, kita gi jalan ke KB Mall sbb mak bosan duduk rumah. Then Julie belikan gelang jade utk mak. Orang kedai tu tanya mak ada sakit apa2 ke nak pakai jade? Then mak senyum je kat dia. So sweet.

Mak ingat tak mak marah Julie sbb hari2 call mak? Mak cakap Julie takde keje kat ofis. Hehe. Klakar. Mana boleh takde keje. Lepas mak takde, the day Julie masuk ofis, Julie terus burst into tears sbb Julie tak sengaja terangkat gagang telefon utk call mak. Sedih sangat. Hari2 selepas mak takde, anak2 mak semuanya rapuh. Seriously. Ambil masa 2-3 tahun jugala nak heal..

Tapi mak jangan risau, insyallah anak2 mak sekarang dah semakin kuat. It has been 6 years kan? Nak tahu mcmana kitorang buat? Hmm.. well, kitorang anggap mak masih ada around us. Cumanya kitorang tak dapat nak jumpa mak je. You’re always in our heart. We always remind ourselves with the thought that you always gave. We always try to be optimist in whatever we do, just like you. And we always keep in touch with each other. That’s how we cope with our lost. And mak nak tahu tak, kitorang paling takut hilang kenangan2 dengan mak. So everytime meet up, kitorang akan cerita balik kisah2 lama. Thinking of you makes all of us smile, giggle and sometimes laugh out loud. Even though deep inside our hearts, only Allah knows how miserable we are.

Sekarang cita2 mak nak Julie sambung Masters insyallah dah on the right track. Kalau dulu mak gi US, now Julie kat UK. Tapi kan, Malaysia juga paling best kan? Main banjir lagi best dari main snow. Hoho. Teringat time kecik2 dulu tiap2 tahun kita main banjir. Then makan breakfast pulut dgn ikan kering. Best ever!

Oklah mak. I need to sleep now. Esok ada kelas. Cucu2 mak yg comel2 dua2 dah tidur. Semoga mak merindui anak-anak mak.. Semoga mak ditempatkan dengan orang2 yang beriman.. Semoga kita ketemu disana.. Happy birthday again.. I love you mak.. Al-fatihah..