sambungan daripada entry before this..
hari ke-2 di Singapore memang dedicated untuk ke USS. tiket ke USS telah pun selamat dibeli 2 hari sebelumnya. it took me a few days juga nak decide samada nak beli tiket daripada official website atau melalui agent. selepas membuat perbandingan kos serta mengambilkira penjimatan, akhirnya tiket dibeli melalui agent. harga yg ditawarkan agent utk 2 tiket dewasa & 2 tiket kanak-kanak adalah RM570 (2xRM155 + 2xRM130). kami juga menambah express pass utk setiap seorang, so tambah lagi RM400 (4xRM100). so in total harga tiket kami adalah RM970. risau juga dgn risiko yg diambil tetapi selepas baca banyak testimoni, hati yakin dgn keputusan yg dibuat. Alhamdulillah kesemua tiket dan express pass diterima melalui email sehari sebelum bertolak.. risau den.. huhu
Day 2 - 1 May 15
7.00am : kami bangun awal pagi, semuanya bersemangat nak ke USS. actually pergi awal ke USS adalah salah satu tips (Tips #1) utk mengelak daripada crowd yg semestinya ramai especially pada cuti umum macam Labour Day
8.30am : selepas makan alas perut di hotel & pack sandwich sebagai bekalan, kami menaiki MRT di Dhoby Ghaut station untuk ke Harbour Town station. tak perlu transit2, hanya 1 line sahaja. di Harbour Town station, kami board train Sentosa Express di station VivoCity untuk ke Sentosa Island. actually nak ke Sentosa Island ada banyak cara; by car, bus, train or cable car. we chose train sebab murah. harga tiket per entry ke Sentosa Island adalah SGD4/seorang, boleh round the whole island using same ticket
9.00am : turun di 1st station di Sentosa Island iaitu Waterfront station di mana terletaknya USS. follow jer crowd menuju ke mana, sebab pastinya semua nak ke USS. since gate USS belum buka (open at 10am), kami bergambar dulu di landmark paling tersohor USS sementara orang tak ramai. then, ternampak Malaysian Food Street foodcourt just besides USS entrance. since lama juga nak menunggu USS, rasanya lebih afdal utk isi perut terlebih dahulu. dalam banyak2 gerai kat foodcourt ni, hanya ada 2 gerai halal; 1 selling roti canai & briyani and another 1 selling nasi lemak & mi goreng. we had 2 nasi lemak & 2 roti canai for breakfast utk seisi keluarga. sedap sgt rasa, maybe sbb dah rindu nasi lemak KL hehe. sepinggan nasi lemak dengan ayam harganya SGD6, not bad la kan.. tipsnya - jangan convert :P (Tips #2)
post wajib! |
Malaysian Food Street |
love the ambiance in here |
9.45am : kami mula beratur di express lane bersama dgn crowd yang semakin ramai. syukur sangat dah beli tiket online (Tips #3) sbb tak perlu Q utk beli tiket.. dengan 2 anak kecil, memang terasa sgt penting to get ready in such way
10.00am : akhirnya gate dibuka yeehaa! apa lagi, kaki laju menapak masuk dan terus menuju ke Sci-Fi City. memang dah study & baca tips2 di internet suruh prioritize semua rides yg best2 (Tips #4) . kali ni sebab dah bayar mahal, semua orang dipaksa naik semua ride hehe. barulah berbaloi. 1st ride kami adalah Transformer. since we came in 6 (2 adult, 2 kids, 1 small kid & 1 baby), so kenalah take turn utk naik rides. Hb partner dgn Faris & me partner with Aisya. Imran & Maryam mmg tak boleh naik most of the rides (especially Maryam). the best part is using express pass (Tips #5), langsung tak perlu Q panjang. kalau kena Q pun, dalam 5-10min sahaja. memang berbaloi baloi..
to cut short the story, these are the rides yang kami naik:
- Transformer Ride
- Accelerator (small kids allowed)
- Revenge of The Mummy
- Treasure Hunters (small kids allowed)
- Jurasic Park Rapid Adventure
- Dino-Soarin
- King Julien's Beach Party-Go-Round
- Shrek 4-D Adventure
- Puss-In-Boots
- Magic Potion Spin (small kids & babies allowed)
- Sesame Street Spaghetti Space Chase
- Sesame Street Stage Shows ~ When I Grow Up
rasanya tu jer kot. tak sempat nak tgk Waterworld stunt, naik Canopy Flyer, tgk Lights Camera Action show, tgk stage shows or bergambar dgn characters sbb orang semakin ramai bila dah semakin petang. timing banyak yg clash, mmg sengaja kot diorang buat mcm tu supaya org datang lagi lain kali. bila dah petang, kids pun dah start cranky sebab cuaca panas sgt dan kaki dah lenguh. so this is the time kami bergambar di sekeliling USS. bergambar pun dah takde mood sebenarnya hehe. through put the day, kami just break for solat, makan & toilet sahaja. untuk makan agak murah, kami keluar ke Malaysian Food Street foodcourt sebab harganya half daripada harga food dalam USS (Tips #6) masa nak keluar, cakap je nak re-enter dekat gatekeepers tu, nanti diorang akan cop tangan kita. nak masuk nanti dia just check balik cop tu. not much hassle pun
6.00pm : we decided to go back. before that, kami pergi jalan2 kat waterfront ada fountain and orang lepak2. dari jauh nampak kapal Star Cruise yang femes itu berlabuh. then kami bergerak ke station Waterfront utk pulang. terkejut tgk orang raaaamai sangat tgh Q nak balik. terasa ralat sebab tak gerak balik awal sikit (Tips #7). but Alhamdulillah, since kami bawa anak2 kecil, Allah permudahkan urusan dan tak perlu Q lama sangat
7.30pm : sampai di Dhoby Ghaut station, mula2 niat nak balik hotel dulu & keluar dinner later. tapi badan dah letih sangat2 & kaki rasa nak tercabut. so kami decide utk terus dinner before balik ke hotel. we had KFC, sambil gilir2 manage anak2. hubby just tapau KFC balik sbb dah tak larat sangat2 & anak2 dah tak mampu nak bekerjasama hehe
sampai je bilik hotel, semua dikerah utk mandi & solat.. then chit chat sambil tgk tv, reminisce balik ride2 yang best tadi.. tup2 semua dah tertidur kepenatan.. Alhamdulillah, another day well spent. so, tinggal sehari jer lagi cuti2 Singapore.. bersambung later :P