Wednesday, March 09, 2011

Weekend breakaway @ sunway lagoon

walaupon locationnya tidaklah jauh mana dari rumah, kami sekeluarga tak pernah jejak kaki ke sunway lagoon yg femes ittew.. pengakuan ikhlas ni hehehe..

so, since my sister dah belikan tiket murah utk we ols sbb ada promo kat office dia, kitorang pon menyerbu sunway lagoon last 2 weeks.. but takde gambar semasa sesi dalam air sbb semua brg dah letak dlm locker utk senang nak bergerak, just bawa duit rm50 incase kelaparan.. :P selipar pon tak pakai hihi..

tag masuk
moh baca peta dulu
kids' feveret, me dont like
gilotin
otw to merry go round
mama yg gayat :P
kakak yg macho!
to wildlife park
feeding station
hello bear! bear tu baru lepas shishi dlm air, yucks
lots of parrots
yg ni canteks!
tortoise, and kakak yg dah bosan
burung apa eks? eagle kot
suka tgk owl, mandom jer di siang hari
end of jungle trail
masa ni semua org kat dlm boat tu tgh histeria hehe, i tak sanggup
kepenatan yg amat.. ayuh kita pulang
bye bye duckie! see you next time!

in overall, best jugakla sunway lagoon ni especially time musim2 panas mcm sekarang.. yg tak tahannya is sunburn gile lepas balik.. and penat yg amat.. kakak sampai demam the next day sbb kurang minum air..

yg tak best is tak boleh bawa masuk makanan from luar, and makanan kat dlm langsung tak best.. kotla ada McD ke, KFC ke.. ok la jugak.. i rate this place for 3 star out of 5, mostly sbb surau dia aircond and toilet bersih :):):)

next to try out - water park kat taman tasik shah alam

Saturday, February 26, 2011

my pending tasks!

(spring cleaning mode, sambil memvacuum sawang & habuk kat blog ni.. achumm!)

dah sebulan tak apdet.. bukan malas tau, tapi tak sempat :( azam nak berblog every 2 days nampaknya gagal so far. hampa sungguh. dah nak masuk March dah, kejap jer rasa masa berlalu. ni gara2 kerja kat ofis yg semuanya nak kena siapkan ASAP, meeting pula pagi petang.. sampai berasap otak i uhuks.. maklumlah org HQ (bak kata org2 region), kena mengadap VP every week plak tu.. fenat and feninglah.. tapi so far tak nampak ruang nak boloskan diri keluar ke unit lain, kalau ada pon, keluar terus dari TN (bukan nama sebenar, bak kata fateh).. but i ada 2 tahun lagi to serve the Co, ya Allah kuatkan semangat hambamu ini.. ameen..

dek kesibukan i yg tak seberapa ittew, banyak sungguh personal matters i yg pending, antara yg i masih tak lupa:

1. jumpa dentist - dah lebih setahun pending, since before gi uk ok.. dan skrg dah terasa kesan lama tak service huhu ***

2. buka akaun SSPN Aisya & Faris - sian budak2 ni, asyik tertangguh aje ***

3. buat insurans utk sekeluarga - agent dah ramai yg call, tapi i yg selalu takde masa nak appointment **

4. print gambar - ni memang pending dah bertahun2 lamanya, dan gambar pula makin menggunung dlm laptop.. harus buat sesuatu ni **

5. design photobook - ni solution utk no.4, but bile nak implement wallahualam.. harap2 tahun ni dapat siapkan 2 ketul yg dah purchase tu **

6. belajar menjahit - yg ini mcm takkan berjaya lagi jer tahun ni.. *

7. remove implanon - kalau tak buat yg ini dengan segera, projek pembesaran keluarga takkan berjaya.. ***

8. sort out baju2 lama utk sedekah - tahun ni dah 2x buat, but tak menyeluruh.. harus allocate sehari suntuk nak buat benda ni.. **

9. buat built-in cabinet kat tkt atas - storage rumahku ini sgtlah limited, so i need this very much.. tapi nak curi masa nak gi survey pon tak sempat **

10. upgrade apartment puchong & sewakan - shame on me, ada apmt yg arwah mak tinggal (rumah i before pindah ke rumah sendiri), tapi tak sewakan pon sbbnya need some fixing & painting.. and ada lagi brg yg tak pindah ke sini..rasanya nak kena ambik cuti to implement this.. **

11. plan trip convo UK & Spain/Turki - duit tgh dikumpul tapi so far takde plak tiket yg murah.. boring betul.. bilala nak dapat tiket return rm2k ni :P ke dah takde promo yg mcm ni? ***

12. plan vacation ke Krabi - ni gara2 my ex-bos canang tpt ni best gile, massaga & spa murah, makan pon sedap & murah & banyak yg halal, dan paling penting Phi Phi Island sgt cun! ni berdasarkan review my bos yg dah pergi byk negara dlm dunia ni.. ** 

13. update kesah Europe trip kat blog - aiyak.. ni pon kena buat segera sebelum lupa! **

erk... baru pk 10 minit, dah ada 13 pending task dlm list.. rasanya cukup dulu kot utk tahun ini hehehe.. ni pon belum tentu sempat buat semuanya.. nak kena setelkan mengikut bilangan *, lagi banyak lagi urgent! alhamdulillah seb baik dah buka kedai (ni pon lepas hubby dok tanya hari2).. kalau idak, sure lagi serabut kepala ini huhuhu

nampak gaya, kena setelkan yg *** dulu, then baru i bleh pk nak prioritize yg **.. semoga i berjaya!

Friday, January 28, 2011

annoyingly irresistable!!


pagi2 dah berjaya di'hasut' oleh yati utk beli photobook sempena CNY promotion.. bukan 1, tapi 2 sekaligus i beli ok.. thanks yati for the precious info!! walaupun projek photobook ni belum tahu lagi bile nak start, this purchase is kind of motivation, ahaks!


so frens out there, tunggu apa lagi?? murah banget nih!

Tuesday, January 25, 2011

100 calorie a day

tergezut mak tgk weighing scale tadi.. kelip mata 2-3 kali pon mcm tak caya.. turun and naik balik pon tak caya jugak.. tsskkk! benarkah? mcm tak mungkin? but not really impossible! mana taknya, asyik outstation jer, which equivalent to big breakfast, early sleep and sitting a lot! argh stressssssnyer..

adoi, takleh jadi ni.. so tadi straight after dinner, cross-trainer yg dah lama terbiar berjaya diaktifkan semula and i burnt out 100 calorie (yeay!) and continued by mopping the floor (another yeay!).. eventhough it sounds very little effort to some people, it is quite an achievement for me.. sebabnya dah lama tak work-out since my backpain.. and actually i tak bleh workout banyak2 pon lagi coz doc stil advice minimumkan physical activity.. but since i want to get pregnant, i need to lose some weight first.. dapat 5kg pon dah kira bagus banget!

so, mulai esok, my mission is to limit myself to 2 cups of sweet drinks a day (as a start) and no ice.. semoga berjaya wahai juliana!

Monday, January 24, 2011

pregnant again??

not yet!

but sangat teruja utk ke arah ittew (",) hehe.. cumanya, sedang berkira2 nak beranak tahun ini or tahun depan.. sangat2 jeles dengan rakan2 yg dah beranak 4 (read: Hani, Aida and Farra) dan 3 (read: Ul, Semah, Yati and Gna-soon to be) and ramai lagi! sepupu-sepapat pun dah menambah2 anak mereka dgn jayanya..

Faris will turn 4y.o. this year, which means kalau beranak 2012, jarak umur dengan adiknya adalah 5 tahun! surely rasa mcm beranak anak sulung balik hihi..

dan, perlukah aku hilangkan lemak2 dan berat berlebihan dulu before getting pregnant?? rasanya nak turunkan berat badan tu lagi mencabar dari nak mengandung n beranak! muahahahhaha... any tips utk kurus??

Thursday, January 20, 2011

sesak nafas & holiday

now is a hard trying time for me, kena placement kat unit yg dulunya aku selalu komplen, now terkena kat hidung sendiri *padan muka

baru balik dari oustation di Terengganu (Isnin) dan Kuching (Rabu).. kiranya sempat balik rumah kejap utk keluarkan baju busuk dari bag and masukkan 1 persalinan bersih.. sampai rumah, budak2 dah tidur, and pagi Selasa sempat kejut Aisya utk kiss2 and hug2 sambil dia mamai2.. dia pon dah pandai komplen "mama tu asyik work jer.." sobs sobs.. mama tak minta kerja camni tau sayang.. insyallah i'll make some time for you in the wiken..

hari ni seb baik cuti, Alhamdulillah.. dapatla rilex sket.. patutnya esok ke Batu Pahat, but since hubby kena gi outstation utk kali pertama, bolehlah bagi excuse kat bos utk tak pergi hehe.. semoga aku berjaya mengharungi 2 tahun duduk kat unit ni.. then nak mintak tukar, tak sanggup duk lama2.. kalau tak boleh tukar unit, maybe akan consider tukar kerja ke tpt lain..

apa2 pun, enjoy the holiday! petang ni nak pergi taman tasik bagi makan ikan.. baru lepas main monopoly junior dengan hubby & Aisya and mama kalah teruks! tak sangka kakak nyer kira2 dah improve banyak! well done my darling! and thanks to Cikgu Fairoz sbb rajin mengajar kakak :) love you ols.. xoxo

Wednesday, January 12, 2011

bijak ringgit!

sempena tahun baru, macam2 plan bijak ringgit dalam kepala, especially lepas baca entry blog farra.. thanks farra for reminding ;)

since balik dari UK, me & hubby tak menyempat nak savings.. sbbnya nak allocate duit utk banyak perkara.. duit savings pon dah susut dek perkara2 tersebut.. dan dek kerana extra spending semasa di luar negara sama hehehe.. yerlah, peluang ke sana bukannya senang nak dapat, so apa salahnya berbelanja lebih sedikit kan?

so, mulai bulan jan 2011 ini, me and hubby dah sepakat nak menabung kembali.. hubby dah mula berjinak2 dengan unit trust Public Mutual.. alhamdulillah hubby dah setuju utk enrol dgn agent kami Tapai.. for a start, hubby setuju utk withdraw KWSP dulu utk beli dana Public Ittikal, while me continue monthly commitment (using cash) dan keluarkan KWSP in batches.. and yg bestnye, siapa yg introduce member baru akan dapat commission, which is i la tu ;) hehehe

so, this will be my monthly commitment for 2011. sikit2 lama2 jadi bukit (hopefully :) ;

+ Tabung Haji
+ Public Mutual
+ Zakat Kelantan
+ MAKNA
+ SSPN
+ Insurance

Buat masa ni, SSPN belum ada action, tak sempat nak gi buka akaun budak2.. Insurance pon masih dok study.. Yang ada sekarang hanyalah Takaful Sihat (utk myself), potongan rm22 jer sebulan.. ni just cover insurance and tiada savings.. at least kalau warded, dapatla rm150/hari allowance, and it covers critical illnesses.. ambil insurance without savings sebab ramai financial planner tak advice ambil skim insurance yg ada savings, better ambil yg purely insurance sbb nak avoid hidden charges.. 'i follow' jer coz i pun tak tahu sgt reason disebaliknya hihi..

Alhamdulillah, sekarang ni kami hanya savings dan invest di bank/dana yg shariah compliance sahaja utk ketenangan hati dan minda.. selain guna CIMB Islamic for gaji, akaun emergency kami adalah Bank Islam, while fixed savings pergi ke Tabung Haji.. Zakat kami potong gaji siap2 utk mengelakkan potongan PCB.. i tak rela duit pergi ke cukai, lebih afdhal ke zakat kan?

So, siapa2 yg belum bertindak, cepat2lah membuat financial plan u ols.. we all punya ni biasa2 jer, at least ada la juga kan daripada takde langsung kan kan? :)

tahun melawat malaysia

tahun ini adalah tahun melawat malaysia for me. actually it starts hujung tahun lepas lagi sempena dengan kerja di unit baru..

2010 - dah gi Penang, Johor, Perak, Sabah (within 2 months)
2011 - dah ke Kedah. dan akan datang, akan ke Johor, Terengganu, Sarawak, dan byk lagi!

kesian kat hubby sbb kena jaga budak2 sorang2. hanya Allah yg mampu membalas jasa baikmu yang..

terus-terang, i tak suka kerja semacam ini.. i tak suka packing and unpacking things.. dan paling i sedih, terpaksa tinggalkan anak2 dan hubby berkalut2 di pagi hari.. malam2 plak diorang kena cari dinner sendiri.. kesian kan?

i tak minta pun kerja kat unit ni, saya yang menurut perintah (s.y.m.p) jela.. insyallah, lepas dah habis kontrak dengan co ini, nak cabut lari, cari kerja yg dekat dengan rumah, so that boleh jaga hal ehwal keluarga dengan lebih rapi.. (cita2 murni ni)

and buat masa ini, maid bukan pilihan hati.. entahlah, kitorang lebih selesa begini walaupun penat siang dan malam huhu.. semoga Allah permudahkan urusan harian dunia dan akhirat kami sekeluarga.. ameen

Friday, December 31, 2010

Aisya's orientation day

time bangun pagi tadi, rasa mcm tak caya jer Aisya dah nak masuk std 1. dah besar anak sulung mama, sobs sobs. Aisya pula dari smalam tak boleh tidur, nervous + excited nak masuk sekolah baru kot. hehe klakar plak rasa. pagi ni bersemangat sungguh dia bangun, mandi and pakai school uniform. siap dengan tudung express, senang & cepat. tak mcm mama masa mula2 pakai tudung dulu, dahla senget, penyek & rambut terkeluar2 plak tu, comot sungguh. untung budak2 sekarang kan?

program orientasi bermula jam 8.30, and since mama & papa tak breakfast lagi, kami singgah dulu kat mamak, pekena roti telur & teh tarik. kakak & faris already had their usual cereal kat rumah. mama perut melayu, cereal2 ni i tak layan hihihi. enjoy pictures at kakak's new school!

the nervous kakak at mamak's

masuk barisan kelas masing2

name tag

follow cikgu ke kelas, parents takleh ikut 

kakak in her class, tgh colouring dgn khusyuknya

i like the wall color. sangat ceria okey!

kakak yg kelaparan + kepanasan (dah off dah tudung)

mama yg masih in doubt!

faris cakap, dia pon nak school kat sini gaks

silly faces!

orientation hari ni went smoothly. suka dengar taklimat yg ringkas dan bernas oleh cikgu2. Aisya's batch will be the pioneer for KSSR. harap2 the new system will be better than the previous one, and not solely result-oriented. and suka juga sbb kat sekolah ni, bahasa Arab is compulsary for all std 1students starting next year, be it Malay, Chinese or Indian. inila baru semangat 1Malaysia!

so, my dear Aisya, good luck to you! semoga kakak belajar rajin2. mama & papa sentiasa doakan kejayaan kakak dunia akhirat. yg paling penting, kakak suka pergi sekolah, tak stress dan enjoy your school days and having lots of frens!

xoxoxoxox


Thursday, December 23, 2010

the femes roti jala

idakla femes mana pon, hanyalah femes amongst Aisya & Faris jer. hehe. mama bangga ada peminat roti jala mama ni. siap menambah2 ok.. that's my motivation to make it again and again, walaupon terpaksa berdiri lama menjala kat dapur. kalau doctor tahu, sure marah huhuhu

so semalam, i cooked this for dinner.. actually nasi pun ada juga, dimakan dengan gulai ayam, timun, kicap, dan tempe goreng bersama bawang & cili padi. memang marveless!! kenyang gile & terus rasa bersalah sbb makan banyak sangat hahhaaha..


Resepi mudah utk siapa2 yg teringin:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/4 cawan minyak sayur/masak/sapi
sedikit garam
sedikit kunyit (utk warna kuning)

cara2nya: - masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sampai sebati. i guna blender lepas kacau, sbb nak bagi smooth and takde ketulan. then, jalalah menggunakan acuan roti jala dan pan yg sesuai. saya guna non-stick, so tak perlu taruk minyak

alhamdulillah, kali ni hubby cakap roti jala dan kari ayam i sedap daripada biasa :P kembang tak kuncup oke. ni yg semangat nak buat lagi ni, cicah kuzi plak next time. smlm tak sempat nak buat kuzi, bahan dan masa tak cukup. selamat mencuba ye!