Saturday, July 17, 2010

Ireland day1 - our 1st Europe getaway!

last weekend, my family and my friend's family went to Ireland, saja jalan2 sementara my friend ada member kat sana. me also has friend in Dublin, dah 13 tahun tak jumpa. so, sajala nak ambik peluang berjumpa sambil jalan2 tgk tpt org. and yupp, it's our 1st Europe trip! hehehe

we all travel light, just bawa handluggage. tu yg merah tu beg CK yg baru dirasmikan. hehe. dlm paperbag plak isi booster seat Aisya. malas nak sewa. (read: tak nak membazir). kat sini kids semua wajib duduk atas carseat or booster seat, ikut umur and berat. leceh betul.. but safety la kan..

ni pukul 6am, dah terang benderang. budak2 kena paksa bgn awal sbb flight from Birm pukul 8am. breakfast pukul 5.30am ok.. macam sahur la plak

from Canley, kitorang naik train je ke Birm Airport, senang dan murah. total price for 1 family 3pound jer. kalau sewa taxi, 27pound! sungguh2 penjimatan di situ..

ni Aisya wif BFF, Maryam.. budak2 skrg ni dah pandai berBFF ok..

yay! Alhamdulillah selamat mendarat di Dublin airport. budak2 jakun lama tak naik flight. hehe. Faris very the good boy, tidur all the way to Dublin. dia tanya "mama, aeroplane ni tak fly ke?" hehe

lepas settle hal ehwal sewaan kereta, kitorang straight ke Dublin. parking ya Allah mahalnye, but no choice la kan sbb dah sewa kete. then lepas park, kitorang jalan kaki sekitar town. takde mende sgt pon Dublin ni, terkenal dgn bar yg banyak jela. sana sinun org dok minum.. gambar yg kat atas ni Wax Museum, tak masuk pon sbb nak tunggu masuk Madam Tussaud kat London nanti2.. (read: mahal)

ni depan tourist info center. ke situ sbb nak berteduh je, sbb tiba2 hujan lebat. so dapatla beli fridge magnet buat tambah koleksi..

Cafe ni sgt menarik, mcm cosy gitew. but lalu jela, sbb tak sanggup nak masuk dgn rakyat yg ramai (read: mahal ok!)

yg kat depan nun, Dublin arcade kot. ala2 mcm CM jek. kat dlm tu banyak jual brg2 mcm tak best pon. takde apa yg berkenan pon, just jenguk masuk jer..
then berjalan lagi ke Dublin Castle. ni pon takde mende. just castle tinggalan yg sgtla biasa. castle kat UK lagi best la.

Prince Ali tgh cari Princess Jasmine.. diorang pecaya dulu2 ada Princess kat puncak castle tu. hehe. then saya cakap, "lepas tu, Princess tu pun kawen dgn Papa.." diorang pon cakap "owhhh..." hehe kena tipu lagi..

ni kat tgh2 castle.. layan jela..

then, kitorang pon drive meneruskan perjalanan ke Balinasloe, a small town near Galway.. kat situlah rumah member kepada member saya.. nanti ada masa (read: rajin) saya sambung day2 pula ok.. maka tamatlah day1 kami di Ireland. malam tu tuan rumah jamu sgt special, and 1st time saya cicah budu ok. kat Ireland gitew.. hehehe

Wednesday, July 07, 2010

CK lagi (siri 2)

sambil pening2 lalat mengarang research methodology utk project..
jom jamu mata dgn tangkapan CK from Bicester Village..

passport holder with matching keychain

yg bunga2 mama punya, polkadot pink aisya punya..
sorry yer papa and faris, pattern yg tinggal utk gegirl jek..

make-up case utk kak elin

and lagi satu toiletries bag lupe nak tangkap gambar. so, ni saje utk kali ini..
sekian terima kasih.. :)

Saturday, July 03, 2010

my first Cath Kidston

yang ni hasil belian online. and this is my first purchase of CK. so, harus tempek gambar parcel yg sungguh chumel.. kiranya ni hadiah besday utk diri sendirilah..

siap ada TQ card yg cantiks

bucket bag utk bawa bekal, botol air, payung and diary ke opis

mini tote bag ni big boss yg kirim, sgt kiut


box bag ni matching pattern with my bucket bag

ticket holder ni utk taruk id card and train pass (ada ajer reason)


lastly clasp purse yg big boss kirim gaks..

then hari selasa, pergi Bicester beli lagi benda ngarut2 kat CK, macam passport holder and keychain. then semalam member pergi Bicester kirim lagi beg sbb berkenan and takut dah tak sempat nak pergi. nanti balik Malaysia dah tak jumpa CK. sobbs sobbs. so, kalau dah berkenan dan harga berpatutan tu, beli ajelah kan. ramai jer penunggu kat sana nun..

huhuhu ni kes berjangkit dgn kak elin la nih..

Friday, July 02, 2010

i'm happy i'm 30!

alhamdulillah. semalam 1 july 2010 genaplah umur saya 30 tahun, kalau ikut kalendar masehi. kalau kalendar hijrah, birthday saya 18 syaaban 1400h. alhamdulillah Allah masih bagi peluang utk saya meneruskan liku2 hidup sbg khalifah di bumiNya.

bday ke-30 ni kalau ikut adat org Cina, sgt bermakna utk diorang. My Taiwanese friend cakap, on 30th birthday mak dia akan hadiahkan something special sbg tanda ingatan, like neclace ke, bracelett ke. maybe sbb mak dia dah berjaya besarkan anak dia kot. but since my mum dah takde, maybe i will buy something special for myself. bukan sbb nak ikut adat org lain, but just for my own thought on my achievement so far. tgh dok pk2 lagi ni..

(bercuti di Cymru (or Wales))

at the age of 30, i feel contented with my life. of course saya nak lebih dari apa yg saya ada sekarang. but i want to try to be wasatiah, bersederhana dalam hidup. saya syukur dikurnkan anak2 yg sihat dan cerdas, suami yg memahami dan bertolak ansur, peluang belajar di negara org, kerjaya yg stabil, hati yg tenang, kawan2 yang thoughtful, adik-beradik yg akrab, dan macam2 lagi nikmat kurniaan Allah. tapi kita manusia selalu mengeluh bila hanya 1 nikmat ditarik. tak baik kan? banyak2 bersyukur dgn apa yg ada. sedih bila tgk or baca berita pasal sedara2 seagama di negara lain. rumput pun diorang rebus tau sbb dah takde makanan. sedangkan saya tak perlu nak berkira2 pon utk makan. terlebih makan lagi ada la.. huhu

so, azam saya sempena umur 30 ni, i want to love more and give more. saya ingat pesanan arwah mak, suruh saya selalu berdoa, minta dgn Allah supaya jadi pemurah dan penyayang. rajin2 sebut Ar-rahman dan Ar-rahim. and saya nak cepat2 pergi umrah dan tunaikan haji. kalau ikut jadual haji saya, tahun 2016. tapi rasanya kalau pergi lebih awal, lebih afdhal. yg ni kena tunggu MIL pencen, boleh jagakan anak2 bila saya ke tanah suci nanti. harap2 boleh pergi tahun 2013/2014. kalau tak dapat gi haji terus, insyallah nak pergi umrah dengan kakak and adik2. lagi azam saya, nak jadi ibu yg superb mcm arwah mak saya. nak continue the legacy :)

birthday kali ni agak special, sbb celebrate di UK. so, insyallah saya akan ingat sampai bila2. sangat2 terharu bila rakan2 course datang buat suprise kat rumah. sangat2 suprised ok. thanks to Yuichiro (budak Jepun), Carlos (from Colombia), Eric, Zamie & Shina (3 org ni Malaysian). And thanks to Claire (Taiwanese) dan Bonita (from Hong Kong) sbb bagi presents yg sgt comel! surely i will miss all of you very soon :( will miss the time we we studied and slept together in the library :)

and LOADS of thanks to hubby, sbb bagi peluang saya belajar lagi, jauh pulak tu. hubby berkorban tak dapat gaji setahun utk saya. sgt2 terharu my dear. and hubby juga banyak ajar saya menjadi seorang yg bersederhana. kalau tak kerana hubby, surely saya gile beli barang2 branded. huhuhu. dahla senang nak shopping skrg ni. main click2 jer. biarlah tak penah dapat gucci, channel, tod's or burberry, i still love you and will always do. duit utk handbag2 mahal ni saya simpan utk belanja kakak and adik2 yg saya cintai. bak kata hubby, kena buat yg wajib mcm pergi haji dulu baru boleh bermewah2. tapi kalau ada handbag branded below rm500, saya beli kot. hehehe (i'm still a normal woman) but surely sizenya pon comel jek kan? takpelah, hati saya belum mampu. dah cuba nak beli kat bicester last tuesday but hati tak bagi. nafsu jer membuak2 hahahahaha

see? i'm happy i'm 30. harap2 lepas ni saya lebih banyak berbakti. tak kira la utk siapa pon. utk company, utk suami, utk anak2, utk family, utk kawan2, dan utk environment. i hope i will always be happy and make people happy

me, full of love... :)

Friday, June 25, 2010

sangat tidak sabar

lagi 2 hari saya akan bebas dari semua assignment yg sgt2 menggugat jiwa raga selama almost 1yr. sgt2 tak sabar ok. i'm trying hard to finish the last assignment with full blast effort. hopefully resultnye nanti worth the effort.

nampaknya, selasa depan bolehla menjengah ke bicester village sbg reward kpd diri sendiri.. hmm, nak beli apa ye? or maybe ke stoke-on-trent menambah pinggan mangkuk maybe.. dah kena mula berangan ni..

Thursday, June 24, 2010

tah pape jer

lately nih asyik mood swing jek. nak kata malas, mcm rajin. kekadang rasa nak cakap banyak2, tapi ada time nak bercakap pon malas. rasa cam nak sunbathing pon ada. tapi tobat hitam legam. tah pape je.

oleh yg demikian, walaupun summer, nak tempek gak background snow ni. saja nak bagi cool sket. macam miss plak kat encik snow. tahun ni nampaknya takde can nak jumpe encik snow lagi. sedih ok, snowman tak sempat bikin pong :( tula padan muka. time winter dok nyorok dalam duvet siapa suruh?

oklah. tah pape jer membebel..

excuses..

bile bosan buat essay assignment, inilah akibatnya.. it always happen ok, like every week gitu.. habisla my kchiinggg!!!

Wednesday, June 09, 2010

it's summer!

but it's raining, almost daily. ingatkan bleh gi park hari2..
niat nak jogging selang sehari mcm kabur jek (haha <--- alasan!)

anyway still rasa happy sbb dah summer. bye2 all the thick, heavy coats (hate it!)
and that's why i changed my skin! i'm feeling 'summer' now!! :)

Monday, June 07, 2010

semput

huh.. semput ok siapkan assignment yg ke 8 daripada 9. tak tidur cukup 24 jam. kalau takde dateline, sure tak siap lagi assignment ni. hahaha teruks (sgt teruks ok!)

mcm tak caya je, dah nak habis 1yr dah kat sini. sure miss gile cuti setahun yg best takyah pk keje ni. hehehe.. lagi 1 assignment kena siap before end next week. then vamonos ke wales. cuti2 caravan. (sian aisya tak ke mana pon school break 1 week. sori ye sayang, mama bz)

hmm.. mana nak pegi lepas ni ek? europe belum jejak lagi ni. asyik jln dlm uk jek. paris ke italy dulu ek? (sambil tangan menyeluk saku yg kosong huhuhu)

Saturday, June 05, 2010

roti jala + kari ayam

tak tahula kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak makan mcm2. pregnant ke? hahaha.. rasanya tidak. maybe sebab stress dengan assignment and project kot. apa lagi, asyik nak makan jer rasa.

so smlm saya decide to study at home, usually saya pergi faculty and study with friends. but since hari Jumaat kena jaga budak2 masa hubby gi solat, so rasa mcm nak stay-in jer the whole day.

hasilnya, lunch saya buat roti jala & kari ayam. tak plan pun. just tiba2 teringin (susah betul kes teringin ni). ni nak share recipe sbb saya rasa mcm recipe ni sgt simple and yet, menjadi. courtesy by kak marjan, a friend of mine..


(gambar courtesy dari internet)
bahan2:
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar minyak sapi (optional)

* utk bancuhan di atas, saya dapat 40 ketul roti jala. kalau nak lebih, sila gandakan qty bahan2 tersebut

steps:
1) masukkan semua bahan di atas dlm blender & blend hingga sebati
2) sieve bancuhan tepung incase ada ketulan tepung (optional)
3) bancuhan ready utk proses mengirai

tips:
1) saya guna nonstick pan yg sgt best. so setitik minyak pun tak perlu. kalau pakai hot plate biasa, maybe perlu leserkan minyak before mengirai adunan
2) saya guna acuan roti jala yg plastik colour kuning tu (ada colour lain tak?). rasanya kalau nak jala yg lebih halus, kena guna acuan tembaga kot (tak sure logam apa)


utk kari ayam, saya guna curry paste Pataks jer sbb malas (gambar di atas). lagipun curry paste ni tak pedas sangat, so budak2 boleh makan. kalau rempah kari pakistan, mau nangis budak2 makan. cara nak buatnya sgt2 simple & cepat.

bahan2:
1/4 jar Pataks Vindaloo curry paste
1 biji bawang besar (dihiris)
4-5 helain daun kari
6-7 ketul ayam
1 sudu besar pes tomato atau 1 biji tomato didadu (optional)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
minyak utk menumis

steps:
1) panaskan minyak. tumis bawang and daun kari
2) masukkan Pataks curry paste dan ayam. gaulkan hingga ayam berpalut dgn curry paste
3) biarkan sekejap hingga ayam agak kecut (api perlahan)
4) masukkan tomato/pes, santan, then air
5) perasakan garam and biarkan mendidih
6) bila dah mendidih, perlahankan api sehingga kari pecah minyak
7) tutup api and siap! boleh tabur hirisan daun coriander kalau mahu

alhamdulillah.. anak2 & hubby suka sgt sampaikan berebut makan. haruslah buat lagi banyak next time. sampaikan si faris masuk dapur berkali2 minta "nak lagi.." so, tak sempat nak ambil gambar pun untuk tempek kat sini. sorryla yer gambar pinjam..