Saturday, June 05, 2010

roti jala + kari ayam

tak tahula kenapa semenjak dua menjak ni asyik nak makan mcm2. pregnant ke? hahaha.. rasanya tidak. maybe sebab stress dengan assignment and project kot. apa lagi, asyik nak makan jer rasa.

so smlm saya decide to study at home, usually saya pergi faculty and study with friends. but since hari Jumaat kena jaga budak2 masa hubby gi solat, so rasa mcm nak stay-in jer the whole day.

hasilnya, lunch saya buat roti jala & kari ayam. tak plan pun. just tiba2 teringin (susah betul kes teringin ni). ni nak share recipe sbb saya rasa mcm recipe ni sgt simple and yet, menjadi. courtesy by kak marjan, a friend of mine..


(gambar courtesy dari internet)
bahan2:
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
secubit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar minyak sapi (optional)

* utk bancuhan di atas, saya dapat 40 ketul roti jala. kalau nak lebih, sila gandakan qty bahan2 tersebut

steps:
1) masukkan semua bahan di atas dlm blender & blend hingga sebati
2) sieve bancuhan tepung incase ada ketulan tepung (optional)
3) bancuhan ready utk proses mengirai

tips:
1) saya guna nonstick pan yg sgt best. so setitik minyak pun tak perlu. kalau pakai hot plate biasa, maybe perlu leserkan minyak before mengirai adunan
2) saya guna acuan roti jala yg plastik colour kuning tu (ada colour lain tak?). rasanya kalau nak jala yg lebih halus, kena guna acuan tembaga kot (tak sure logam apa)


utk kari ayam, saya guna curry paste Pataks jer sbb malas (gambar di atas). lagipun curry paste ni tak pedas sangat, so budak2 boleh makan. kalau rempah kari pakistan, mau nangis budak2 makan. cara nak buatnya sgt2 simple & cepat.

bahan2:
1/4 jar Pataks Vindaloo curry paste
1 biji bawang besar (dihiris)
4-5 helain daun kari
6-7 ketul ayam
1 sudu besar pes tomato atau 1 biji tomato didadu (optional)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
minyak utk menumis

steps:
1) panaskan minyak. tumis bawang and daun kari
2) masukkan Pataks curry paste dan ayam. gaulkan hingga ayam berpalut dgn curry paste
3) biarkan sekejap hingga ayam agak kecut (api perlahan)
4) masukkan tomato/pes, santan, then air
5) perasakan garam and biarkan mendidih
6) bila dah mendidih, perlahankan api sehingga kari pecah minyak
7) tutup api and siap! boleh tabur hirisan daun coriander kalau mahu

alhamdulillah.. anak2 & hubby suka sgt sampaikan berebut makan. haruslah buat lagi banyak next time. sampaikan si faris masuk dapur berkali2 minta "nak lagi.." so, tak sempat nak ambil gambar pun untuk tempek kat sini. sorryla yer gambar pinjam..

4 comments:

y@tipruzz said...

Ni yg tingin wat roti jala ni hehe.
kite malas betul nak menjala tuh :p

momsloveheart said...

ha ah.. menjala ambik masa lama.. makan kejap jer habis. hehe.. utk makan sendiri2 blehla buat.. nak menjamu mcm tak larat jek hahaha

afidalina said...

haha julie, aku kalau malas2 pun guna ni jekkk!! sedap per kan?

julie.yaacob said...

ha ah.. aku perap ayam bbq pon guna ni. kalau kari, certain selection jer yg sedap. kalau rajin, aku guna rempah kashmiri masala brand "king of spice". best gile!