Friday, March 24, 2006

Jangan Sombong & Takabur

Alhamdulillah.. pagi tadi sempat dengar sambungan kisah Nabi Ibrahim dengan raja yg zalim - Namrud.. Pada zaman tu, hanya beberapa orang sahaja yg beriman kepada Allah, yakni Nabi Ibrahim dan beberapa pengikutnya.. yang lain semuanya kafir, menyembah berhala dan juga menyembah raja mereka si Namrud..

Namrud adalah raja yg sangat sombong & angkuh dengan kekuasaannya, walaupon dia tahu Tuhan Nabi Ibrahim lebih berkuasa darinya.. Ini diperlihatkan ketika Namrud dan sekutunya menghumban Nabi Ibrahim ke dalam api yg sangat besar, dan api tersebut diprepare dgn kayu api yg sangat banyak, yg dikumpul oleh pengikut2 Namrud, even nenek tua yg bongkok pon turut pergi cari kayu api semata2 kerana bencikan Nabi Ibrahim.. sebabnya, Nabi Ibrahim telah memusnahkan berhala2 yg disembah mereka, yang menjadi keagungan & warisan nenek moyang mereka.. Setelah dihumbankan ke dalam api yg sangat besar tersebut, Allah telah mengutus malaikat utk menemani Nabi Ibrahim di dalam api tersebut.. Betapa kekuasaan Allah, api yg marak itu tak sedikit pon menjilat tubuh Nabi Ibrahim.. ada kisah yg mengatakan, hanya tali ikatan tangan & bajunya yg terbakar, tetapi auratnya masih terpelihara.. Nabi Ibrahim tidak merasa panas malahan selesa berada di dalam api tersebut.. baginda dapat beribadah kepada Allah dgn tekun dan aman dari gangguan orang2 kafir.. Setelah berpuluh2 hari di dalam api (tak ingat berapa hari, 40 kot), Namrud pon mengambil keputusan untuk naik ke tempat yg tinggi bagi melihat apa yg telah terjadi kepada Nabi Ibrahim.. dan dia sangat terkejut kerana melihat Nabi Ibrahim masih hidup dan sedang beribadat sambil ditemani seorang lelaki (malaikat utusan Allah).. lalu Namrud sendiri mengakui kehebatan Tuhan Nabi Ibrahim dan mengorbankan beribu2 ekor haiwan ternakan (lembu/unta tak sure) sebagai hadiah kepada tuhan Nabi Ibrahim.. masa tu Nabi Ibrahim dah dikeluarkan daripada api tersebut.. dan Nabi Ibrahim berkata kepada Namrud bahawa korban Namrud tersebut tidak diterima Tuhannya, Allah SWT.. ini kerana walaupon Namrud mengakui kehebatan Allah, dia tetap tidak mahu mengikut Nabi Ibrahim menyembah Allah.. dan disebabkan itu, Namrud memtuskan perang kepada Nabi Ibrahim, dan mengumpul semua pengikutnya (bala tentera) untuk bertempur dengan Nabi Ibrahim dan pengikutnya yg sangat sedikit di suatu tempat yg dijanjikan selepas Subuh keesokan harinya..

sebaik sahaja terbit fajar, Namrud dan bala tenteranya telah bersedia di tempat yg dijanjikan.. dan tiba2 kelihatan awan hitam menuju ke arah mereka.. dan yang paling menakutkan, awan hitam tersebut sebenarnya adalah segerombolan nyamuk yang diutuskan oleh Allah (bala tentera) untuk berperang dgn Namrud.. ada kisah mengatakan nyamuk2 tersebut adalah malaikat utusan Allah, tapi ada juga mengatakan itu adalah nyamuk biasa.. saiz nyamuk tersebut tak besar, sebesar nyamuk biasa, tapi jumlahnya sangatlah banyak.. tentera Namrud diserang nyamuk di seluruh badan.. dan akibat kesakitan, ada yang menghayun pedang sesama sendiri dan mati.. ada juga yang mati kekeringan kerana darad mereka telah habis dihisap nyamuk.. subhanallah.. betapa hebat kekuasaan Allah.. Namrud berjaya escape, melarikan diri balik ke istananya.. tapi diriwayatkan, ada seekor nyamuk yang mengikutnya dan sampai sahaja di istana, nyamuk tersebut telah memasuki hidung Namrud dan memasuki saluran terus ke otak.. diriwayatkan nyamuk tersebut telah menetap di dalam kepala Namrud selama 40 tahun, tapi kalau tak betul pon bilangan tahun ni, lama la nyamuk tu duduk kat kepala dia.. dan setiap kali nyamuk tu gigit/hisap otak dia, kepalanya akan teramat sakit dan akan disuruh hamba2nya (yg selama ini diherdik & dicaci) untuk memukul kepalanya menggunakan tongkat.. kadang2 tu hamba2 ini akan menggunakan selipar mereka untuk memukul kepala raja mereka.. subhanallah.. betapa besar kekuasaan Allah, sehinggakan maruah Namrud sebagai raja diperlekehkan dan dijatuhkan di hadapan hamba2nya sendiri.. itulah balasan utk orang yg sombong terhadap Allah.. (to be continued..)

[+] seperti yg diceritakan oleh Ustaz Wan Sohor Bani bin Leman di ruangan Zikra setiap pagi Isnin-Jumaat di stesen radio RMKL (97.2) dari jam 645 - 700am..
[+] saya tak pandai bercerita, kalau mana yang salah tu datang dari diri saya sendiri.. motif saya post kat sini sebagai pengajaran kepada kita semua yg sombong sesama umat & sombong kepada Allah.. Allah boleh uji kita di akhirat yang mungkin kita tak reti nak gambarkan siksanya.. tapi Allah mungkin uji kita di dunia, dengan memberi kita musibah dalam apa jua bentuk.. dan terimalah musibah tersebut sebagai kafarah, yakni sebagai pembersihan hati kita & dosa2 kita di dunia.. jangan pula bila diberi musibah, kita tak henti2 mengeluh, semakin kufur, sobong atau tidak bersyukur.. post ini juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga.. kepada yg menerima musibah di dunia, bersyukurlah, sesungguhnya Allah hendak meringankan beban kita di akhirat kelak..
[+] utk sahabat, janganlah kamu berbangga dengan kejahilan dan segala bentuk dosa yang kamu lakukan di dunia.. sesungguhnya perbuatan kamu itu dilaknati Allah.. nauzubillah.. semoga engkau bertaubat & insaf.. semoga Allah membuka pintu hatimu sebelum ditutupNya pintu taubat..

2 comments:

Anonymous said...

thanx kjulie
heh ok je awak crite
menarek2 =)

Anonymous said...

hehe.. tenkiu tenkiu..
bagus gak kene kuar kol 630 pagi2 pegi keje..
kalau tak kerana tu, sure tak dgr zikra ni..
i'm destined to listen to it.. =)
best ustaz tuh.. dia tak hipokrit.. terus terang..
kalau kite mmg buat salah, mmg terase la.. ehehe.. that's the point pon kan?
nanti kak julie sambung lagi cerita tu.. kalau tak cerita kat sini, lama2 hilang dari kepala ni.. nak jot down dlm kete susah sbb goyang2.. so i thot this is the best way..