Alhamdulillah.. selepas beberapa bulan mencari2, akhirnya kami telah menjumpai rumah kediaman yang kami inginkan. Walaupun bukanlah menepati 100% citarasa kami, tapi 90% insyallah.. Banyak yang kami ambil kira dalam memilih aset yang tidak murah harganya ini.. bukanlah kami sudah bosan tinggal di rumah tinggalan arwah mak, tetaapi kami menghadapi masalah pergi-balik ke tempat kerja yang terpaksa melalui LDP yang sangat sesak saban hari sehinggakan kami terpaksa keluar dari rumah seawal 630 pagi setiap hari.. selain itu, kami juga memikirkan yang rumah pangsapuri yang kami tinggal sekarang mungkin agak sempit sekiranya kami ingin menambah ahli keluarga lagi dan mempunyai pembantu rumah kelak.. kami sayangkan rumah tinggalan arwah mak, itulah rumah pertama kami setelah bergelar suami-isteri.. disitulah juga saya berpantang anak sulung kami.. dan macam2 kenangan pahit manis yang dikongsi bersama.. (termenung sejenak)
berbalik kepada cerita carian rumah.. cuma ingin berkongsi beberapa faktor yang kami ambil kira dalam membeli rumah ini.. antara yang sempat kami fikirkan:
+ suka Shah Alam, sbb ntahla, best kot.. aman damai.. byk pokok2 hijau..
+ kejiranan majoriti melayu
+ berdekatan dengan surau, sekolah, tadika, kedai & lain2 kemudahan harian
+ tidak melalui LDP sbb kami rasa LDP tiada harapan utk diperluaskan lagi memandangkan di kiri kanan penuh projek perumahan
+ akses mudah ke Utara / Timur
+ pegangan bebas (freehold)
+ pemaju yang diiktiraf
+ akses mudah ke tempat kerja di kawasan Lembah Kelang
+ berhampiran LRT/Komuter
+ pemandangan hijau & tempat beriadah
+ tidak sesak dengan pembangunan
+ dekat dengan shopping complex/Giant/Carrefour
Kami telah pergi meninjau beberapa rumah contoh di kawasan Puncak Alam, Seksyen 7 Shah Alam dan Bukit Subang.. Kami juga ada pergi meronda di kawasan Puchong, Putrajaya, Bangi & Seri Kembangan.. pening juga ye nak beli rumah ni.. kerana pelaburannya bukanlah sedikit tetapi ratusan ribu ringgit.. bukan nilai yang sedikit bagi kami orang kebanyakan.. dan kami harus fikir yang segala pembayaran adalah tanggungjawab kami, seboleh2nya tanpa bantuan ibubapa kerana kami tak mahu terhutang budi dan ingin cuba hidup berdikari.. cukuplah dengan bantuan yang mereka berikan sejak kami kecil hingga tamat belajar.. Penghujung cuti Thn Baru Cina, kami pergi ke pejabat jualan Guthrie di Bukit Jelutong utk bertanyakan apa2 projek yang sedang dijalankan.. Niat untuk pergi ke sana timbul setelah melawat halaman Guthrie di internet dan mendapat tahu bahawa hartanah Guthrie adalah satu2nya pegangan bebas di Shah Alam.. Kami juga pernah pergi ke rumah Gna di Bukit Jelutong yang dibina oleh Guthrie dan kami suka finishingnya!
setibanya di pejabat jualan tersebut, kami disapa seorang Jurujual Hartanah Melayu.. soalan pertama yang ditanya kepada kami: berapa range budget kami.. dlm teragak2, saya menjawab rm270k.. beliau mengambil beberapa dokumen dan menerangkan tentang projek Denai Alam yang berhampran Bukit Subang.. 3 pilihan yang ditunjukkan : 20x65, 20x70 & 22x75.. yang paling laris adalah 22x75 (hanya tinggal 2 unit) tetapi harganya agak tinggi (melebihi budget) dan kami rasa kami tak mampu untuk itu.. Jurujual tersebut mengajak kami ke mejanya untuk mengira kelayakan loan kami.. selepas sesi mengira loan, kami dibawa ke tapak pembinaan rumah menaiki trooper Guthrie dimana kami lihat projek telahpon bermula dan rangka rumah telah kelihatan (beberapa pekerja Indon sedang membuat kerja2 pembinaan).. kemudian kami ke rumah contoh yang 98% siap.. kami sukakan rumah 22x75 tetapi dlm hati kami tetap mengatakan yang kami mungkin membeli rumah 20x70 yg bernilai dalam lingkungan rm270k.. setelah balik semula ke pejabat jualan, Jurujual tersebut membuat perbandingan bayaran balik pinjaman 90% untuk 25 tahun.. dan perbezaan bayaran antara rumah 20x70 & 22x75 hanyalah dalam rm100-rm200 sebulan..
kami berbincang seketika.. betulkan kami ingin membeli rumah? betulkah rumah ini yang kami mahukan? masing2 membuat percaturan di dalam kepala, memikirkan nilai hartanah akan naik disebabkan lokasi projek di tepi highway Guthrie Corridor Expressway dan berhampiran Bkt Jelutong, tetapi memikirkan bayaran balik pinjaman yang agak tinggi.. setelah diberitahu yang projek tersebut akan siap penghujung 2007 dan kami hanya perlu membayar balik pinjaman T* seletah projek telah 95% siap, kami akhirnya bersetuju untuk membeli rumah 22x75 dengan pinjaman bersama 90% selama 25 tahun dengan harapan kami akan mendapat kenaikan gaji utk tahun 2006 & 2007.. hehe.. setelah menandatangani beberapa dokumen, kami pulang ke rumah dgn hati yang.. sukar utk diungkapkan dgn kata2.. macam tak percaya.. tapi kami sebenarnya gembira dan lega kerana salah satu hajat kami utk tahun 2006 telah terlaksana.. dengan harga hartanah yang semakin naik, rasanya kami telah membuat keputusan yang betul untuk tidak menangguhkan lagi pembelian aset ini.. mulai sekarang, kami perlu gigih menyimpan dan berjimat cermat untuk menampung kos2 memasuki rumah baru kami nanti.. =)
pesan saya.. kalau nak beli rumah/kereta/apa2 aset, senaraikan dahulu apa kriteria yang anda mahu dan cuba dapatkan yang sepadan dgnnya.. seboleh2nya berikan rating atau priority kepada kriteria2 tersebut.. senaraikan juga simpanan yang ada.. ingat! ukur baju di badan sendiri.. kemudian mulakan pencarian.. mungkin pilihan kami ini hanya terbaik untuk kami, tetapi tidak untuk orang lain.. terpulang kepada citarasa masing2 kerana anda yang menentukan pilihan anda!
10 comments:
So, Juliana. Berapa downpayment? I was thinking to buy a house at Denai Alam too.
Takut tak mampu pulak.
Bulan2 berapa? Lawyer? Downpayment? Agreement?
Very2 interested. Sekarang I duduk kat apartment Bukit Jelutong.
Kindly email me at: hisamudin@gmail.com
hisamudin, i'll email you the details..
brape harge sebenar dia julie?
yati, i'll email you..
mane komen arib ni? tak sabar saya nak membacanya...
btw.. congrats julie and chot on your recent purchase. Walaupon kiterang tak pernah sampai rumah yang kat puchong, we are looking forward to visit your new house one day! hehehe.. (hint nak julie masak fusili soup)
isk.. fusili soup tuh utk Aisya & sebaya dgnnya jelaa.. tapi kalau Rumet nak jugak, bleh share dgn Aisya.. she's very generous to share, don't worry.. utk org baru cabut gigi, it's a good option too.. hehe..
insyallah masuk rumah baru kitorang buatla kenduri ajak kawan2.. tapi lambatla lagi.. by that time, your baby dah bleh makan fusili soup aunty julie.. =)
julie mail kat kite gak the detailss.. nak kire-kire gak, yah yah.. !!
dah email dah.. jums jiran ngan kite!!
A'kum julie..
Bleh tak email kat k.syima tak the details..bukan nak beli tp as reference jek...thx
strawberriey@yahoo.com
kak syim.. dah email dah!!
Post a Comment