Monday, November 14, 2005

learning progress..

Part 1
"Aisya.. Aisya sayang mama tak?.."
Aisya nodded..
"sayang papa tak?.."
Again, Aisya nodded..

Dh and me smiled at each other..

Part 2
"Aisya.. sebut AI-SYA.."
"A-SYA.."
"AI-SYA.."
"A-SYA.."

Again, Dh & me smiled at each other..

Part 3
"Aisya.. sebut MA-MA.."
"PAPA.."
"MA-MA.."
"PAPA.." and she giggled alone..

This time Dh laughed at me.. cett, this is unfair!!!

Thursday, November 10, 2005

Aisya turned 1yr old

..last 31st-Oct-05, Aisya turned 1yr old.. A very Happy Birthday to our beautiful daughter! May Allah bless u, mama & papa with unbound happiness and life full of barakah.. ameen.. nak present apani sayang? Posted by Picasa

Tuesday, November 08, 2005

seronotnye hari raye..

Well.. let’s talk about this year’s Hari Raya.. actually tgh bosan gile kat ofis.. baper kerat jer yg turn up dari cuti lama.. keje pon tak banyak lagi.. tapi apakan daya cuti dah takde.. sobbss.. terpaksa laa datang keje jgak..

Raya tahun ni 1st time beraya bersama buah hati kami, Aisya Afiqah.. tahun lepas dia dah lahir sebnanya tapi masa tu dlm pantang.. and this is the 3rd raya bersama beloved hubby.. and also 1st time beraya di Lunas utk hari raya pertama.. so, suasana macam baru jugaklaa w/pon dah 2 tahun lebih kami berumahtangga.. meriah tetap meriah walaupon tak dapat balik both kampung.. sedih jugak sbb tak dapat balik KB, takleh nak ziarah kubur arwah mak & buat havoc dgn adik2.. tapi Al-fatihah & Yasin dari jauh tetap dihadiahkan.. kat KB hanya ada ayah & stepmom, Saiful, Adek & Kak Mimi.. Uwu beraya di Southampton utk pertama kalinya.. siann dia kena raya kat tpt org, dlm lab plak tu.. takpelaa kan, timba pengalaman.. reason kami tak balik KB? Hempp.. mainly sbb bajet bulan ni sedikit tergelincir.. Aisya kena measles+chickenpox (taktau nak distinguish sbb saiznye sedang2) selama sebulan lebih, plus terkena jangkitan scabies.. kesian sgt kat dia.. nasib baik lalu makan (nasi 3x sehari) & main tak hingatnyer.. kami banyak spend pegi doctor non-panel, and lepas dah hantar Aisya ke kampung utk MIL jagakan, kami ulang-alik balik Lunas utk 2 wiken bturut2 utk tgk keadaan dia.. pastu balik kampung lagi.. kereta pula kena major service, plus eksiden sket, kena ketuk rim & bonet depan.. nak tukar tayar pon kami terpaksa tangguh dulu.. hoho.. harap2 tayar2 tu behave buat masa ni.. biasala.. kereta dah cukup umur setahun.. hmmpp.. dugaan datang mencurah2.. semoga rezeki kami melimpah kat tempat lain.. ameen..

Utk baju raya, kami berjimat2 utk diri kami berdua, tapi belanja lebih sket utk Aisya.. theme di pagi raya is light PINK.. Dh & I just wore our latest made baju melayu & baju kurung yg kami pakai masa wedding my sis, Kak Mimi 2 months ago.. saye punya baju kurung pesak gantung plain light pink, with kain tenun shantung silk.. Dh pula baju melayu cekak musang plain light pink.. saye just beli sandal baru sbb dah setahun dah tak beli sandal.. hehe.. Dh hanya ada kopiah baru.. sbb tak jumpa sandal baru yg berkenan di hati.. kesian die.. Utk si comel Aisya, kami beli baju kurung kaler pink bunga2 biru sbb nak bagi same theme.. yg bestnye beli kat pekan Kulim murah gile.. rm15 jer sepasang, compared to KL rm50 belum tentu dpt yg lawa.. Aisya ada gown hitam (papa beli), pink x 2 (mama beli & tok kasik), cream (uncle Kamal kasik), err.. banyak lagi ni.. plus t-shirt, jeans, corduroy, skirt and many more.. tak lupe kasut baru sbb dah boleh jalan dah skang ni,, sakan dia bergaya.. siap pakai rantai loket love yg Tok bagi.. thanks Tok.. actually dah lama tak tukar wardrobe Aisya, dok pakai yg lama2 jer sampai semuanya dah ketat sgt.. yg butang dah tercabut sampai nampak perut buncit dia pon ada.. hehe.. siann sangat tgk.. so, this is the best time utk beli baju2 baru dia.. sempena tgh Sale Raya..

Utk kuih raya, kami tak spend banyak pon.. tak sampai 200biji pon rasanya.. sbb tahun ni mmg fully beraya kat Lunas, rumah MIL & FIL.. kami tempah dari mak awek adik Dh.. best betul biskut2 raya yg dia buat.. ada tart nenas, almond london, chocolate slice, & tatau nama.. hehe.. utk MIL, saye bawak balik kerepek2 jer sbb tahu dia dah tempah byk & buat pon ada.. Malam raya, saye mencuba bakat memasak rendang daging utk dicicah bersama ketupat.. actually mmg tiap2 tahun saye yg akan masak rendang kat kampung kat KB.. tapi tahun ni lain sket sbb kena masak kat rumah MIL.. kalau kat KB, tentu saya masak rendang daging & nasi impit & ketupat (mak sedara buat), kuzi ayam & dgn roti jala (tempah), nasi putih & rendang ayam merah.. then kalau nak ubah selera sket masak spaghetti.. nyumss.. tapi bila dah kat rumah Dh, kena laa ikut selera depa pula.. kang masak beriya2, diorang tak makan, sape yg susah hati.. hari raya ke-2, mak masak nasi tomato dgn ayam masak merah ala rendang… sedap gile.. terubat rindu masakan arwah mak.. kalau arwah mak ada, tentu dia order sate, nasi bukhari or nasi dagang.. tapi now mak dah takde, masing2 takde bajet nak tempah tu semua.. semuanya masak sendiri sbb lebih jimat.. mak takpelaa, dia banyak duit.. hihi..

Utk rumah, memula kami mengecat frame2 pintu, sekali macam fail sket.. sbb cat lama tak berkualiti, habis rosak cat yg paling atas.. terus cut down mood mengecat.. (alasan jer nih.. ) then hari tu dah pegi survey kain nak buat langsir.. sekali Aisya plak tak sehat, so dah takde peluang nak bershopping kain langsir.. pinggan mangkuk pon ingat nak beli kat IKEA.. pon terbantut sama.. so, kesimpulannya, takde pape yg baru di rumah kami.. insyallah ada duit sket kami furnish laa sket sebanyak.. buat masa ni, just kemas & bersihkan je..

Kami balik ke Puchong hari Ahad petang, selepas pegi kenduri kawen kakak (seblah laki2) kat Pendang.. PLUS jam teruk sangat.. tapi nasib baik laa merangkak2, bergerak laa jugak.. kami bertolak pukul 4 petang, sampai rumah pukul 2 pagi.. letih kan? Apa2 pon, hari raya tahun ni meriah & menggembirakan.. yang paling penting, hubungan saya dgn keluarga Dh bertambah akrab, dah tak segan nak sembang2 ngan MIL or FIL or adik2 Dh or masuk dapur utk masak apa yg saya suka.. ada hikmahnya Aisya sakit & dugaan2 lain yg mendatang tu kan? Kalau tak, sure kami tak lama beraya di Lunas..

Oklah.. selamat hari raya to all.. maaf zahir + batin.. kami tak buat open house rasanya.. tapi kalau nak dtg beraya tu, jemputla datang, jgn segan.. call dulu tau.. bolehla goreng bihun or masak apa yg ada..

Nanti saya upload gambar raya kat fp..

Resipi Kuzi Ayam

1 ekor ayam dipotong 16
garam
kunyit
halia
bawang putih
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
rempah kuzi utk seekor ayam (campur dgn air menjadi pes)
minyak masak
garam
gula
air

Bahan A (dimayang)
1/3 kg bawang merah

Bahan B (dihiris)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan C
sedikit kismis (digoreng sedikit)
badam (rendam dlm air panas, buang kulit, hiris & goreng garing)
1-3 helai zat param (optional)

Cara2nya
  1. Ayam diperap bersama garam, sedikit kunyit, halia dan bawang putih selama satu jam. Kemudian, goreng hingga cukup2 masak, jangan garingkan. Ketepikan.
  2. Goreng bahan A sehingga kekuningan. Kemudian, kisar menggunakan blender sehingga hampir lumat. Ketepikan.
  3. Tumis bahan B hingga wangi. Masukkan pes rempah kuzi dan masak hingga rempah betul2 masak.
  4. Masukkan susu cair, tomato puree dan bahan A ke dalam rempah yg telah masak. Tambah air sehingga kuah menjadi sedikit cair. Biarkan mendidih dan kemudian renehkan dgn api perlahan. Masukkan ayam yg telah digoreng, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau hingga sebati & kuah agak pekat. Masukkan bahan C.
  6. Renehkan lagi, perasakan garam & gula secukupnya dan hidangkan bersama roti jala, roti atau nasi.

Selamat Mencuba!!
Resipi ini diajar oleh Allahyarhamah Azizah Saad, ibu saya.. thanks mak..